Jika anda mengikuti siri televisyen Vikings di saluran History baru-baru ini, tentunya anda akan perasaan mengenai kewujudan satu kaum yang dipanggil saami yang menyertai pakatan diantara Lagertha dan Ubbe bagi berperang dengan Ivar the Boneless dan Raja Harald. Lagertha menjemput Raja Svase – raja kaum saami bersama anaknya, Puteri Snaefrid dan pengikut-pengikutnya menyertai perang tersebut kerana kepakaran mereka dalam selok-belok hutan di utara Eropah.

Raja Svase (kiri) bersama anaknya Puteri Snaefrid (kanan) dalam siri Vikings

Tidak seperti siri televisyen yang lain, siri televisyen Vikings merupakan satu karya fiksyen berdasarkan peristiwa sebenar tentang penjelajahan kaum Viking di Eropah bahkan hingga ke utara Afrika. Kebanyakan watak-watak utama dalam siri ini seperti Ragnar lothbrok, Lagertha, Bjorn Ironside dan ramai lagi ditulis berdasarkan tokoh-tokoh sebenar dalam lagenda Viking. jadi, semestinya kaum Saami yang diperkenalkan dalam siri Vikings musim ke-5 kali ini benar-benar wujud di utara Eropah.

Kaum saami merupakan salah satu masyarakat asli di Eropah dan satu-satunya masyarakat asli di utara Eropah yang diiktiraf oleh Konvensyen ILO (Indigenous and Tribal Peoples) yang diadakan pada 27 Jun 1989. Kebanyakan kaum saami tinggal di kawasan sapmi (kawasan utara eropah meliputi negara Norway, Sweden, Finland dan barat laut Rusia). Mengikut kajian dari ahli arkeologi, kaum Saami mula mendiami Utara Eropah dan barat laut Russia sekurang-kurangya sekitar 5,000 tahun yang lalu.

Kedudukan tanah Saami di Eropah

Sebelum zaman moden tiba di Eropah, kaum Saami hidup secara berpindah-randah bergantung kepada perubahan musim di kawasan itu. Secara ringkas, kaum saami boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kaum Saami laut dan kaum Saami gunung. Kaum Saami laut tinggal di tebing-tebing hilir sungai dan bergantung hidup dengan menangkap ikan, dan bercucuk tanam. Masyarakat Saami gunung pula tinggal di pedalaman hutan dan bergantung hidup dengan memburu rusa kutub liar.

Walaubagaimanapun, semua ini berubah sekitar 1500 tahun yang lalu apabila masyarakat Saami menemukan cara menjinakkan rusa kutub liar dan mula mengembala kawanan rusa kutub dan hidup secara nomad bergantung kepada penghijrahan kawanan rusa kutub bagi mencari kawasan yang mempunyai tumbuhan yang cukup bagi rusa kutub. Sejak dari itu, kegiatan mengembala rusa kutub menjadi sinonim dengan kehidupan kaum Saami.

Hampir semua perkara mengenai kaum saami berkait-rapat dengan rusa kutub. Pakaian utama kaum saami dipanggil gakti diperbuat daripada kulit dan bulu rusa kutub. Lavvu atau khemah sementara yang digunakan kaum ini ketika mengembala pula diperbuat dari ranting kayu panjang yang dipacak membentuk kon dan dilitup dengan kulit rusa kutub. Diet utama kaum Saami juga datang dari daging rusa kutub. Selain itu, peralatan muzik utama yang digunakan kaum ini ketika menyanyikan joik (lagu tradisional kaum Saami) adalah seruling panjang yang dipanggil fadno dan gendang khas yang diperbuat dari kulit rusa kutub.

Pakaian tradisional kaum Saami yang dipanggil gakti

Pada zaman sekarang, dianggarkan populasi kaum Saami hanya tinggal dalam 137,000 sahaja. Daripada jumlah itu, hanya 10% sahaja yang masih aktif menjalankan kegiatan mengembala rusa kutub manakala selebihnya bekerja dalam pelbagai bidang yang lain seperti nelayan, perlombongan, pembalakan dan lain-lain lagi. Seperti masyarakat orang asli yang lain, sejarah dan budaya kaum ini semakin terhakis ditelan arus kemodenan. Kebanyakan kaum Saami telah berasimilasi dengan masyarakat moden Eropah. Hasilnya, semakin kurang kaum saami bertutur dalam bahasa Saami dan semakin kurang bilangan kaum Saami yang masih hidup secara nomad kerana keterbatasan sempadan negara dan tekanan dari kerajaan tempatan.

Rujukan

  1. http://traditionscustoms.com/people/sami-people
  2. http://www.laits.utexas.edu/sami/diehtu/giella/music/noaidi.htm
  3. https://www.inquisitr.com/4716976/vikings-season-5-who-are-the-sami-and-how-will-king-svase-and-princess-snaefrid-affect-the-story/
  4. https://www.pinterest.com/pin/368098969518563855/
  5. https://www.laits.utexas.edu/sami/dieda/hist/nor-sami.htm

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.