Asal-usul kaum Magyar atau Hungary boleh dijejak lebih kurang 2000 tahun SM di mana mereka hidup secara nomad, sebagai pemburu di kawasan sekitar Sungai Volga dan Pergunungan Ural. Sebelum 500 Masihi, kaum ini mula bermigrasi ke Tengah Eropah. Pada abad ke-8 Masihi, mereka berpindah ke kawasan berdekatan Sungai Don dan seterusnya berpindah ke kawasan Ukraine kini setelah berlaku perang saudara pada abad ke-9 Masihi. Kemudian, Perang Bulgaro – Byzantine yang melibatkan sengketa kedua-dua kerajaan Eropah menyebabkan kaum Magyar sekali lagi bermigrasi di kawasan lembangan Carpathian, dipimpin oleh Arpad pada tahun 896. Setelah menguasai lembangan itu dengan menakluk beberapa penempatan kaum Slav, mereka bersepakat untuk menubuhkan sebuah kesatuan yang diperintah oleh putera Hungary atau ‘Principality of Hungary’.

Principality of Hungary adalah sebuah persekutuan puak-puak Hungary yang diperintah oleh generasi selepas Arpad, iaitu Grand Prince. Untuk memastikan persekutuan ini berkekalan, mereka perlu menjarah mana-mana kerajaan di sekitar Eropah pada abad ke-9 dan ke-10 Masihi. Tentera kaum Magyar rata-ratanya adalah tentera infantri berperisai ringan dan membawa busur Asia elastik yang menjadi senjata warisan mereka. Tentera kaum Magyar juga pantas memanah, dimulai dengan beberapa buah anak panah. Pada 955, atas kekalahan kaum Magyar dalam Perang Lechfeld, taktik tradisi perang mereka harus dilupakan dan mencedok taktik perang Eropah Barat yang lebih berkesan: tentera berkuda bersama tentera infantri.

Akhir abad ke-10 Masihi, tiada kerajaan yang perlu dijarah. Maka kempen menjarah telah berakhir. Pengakhiran ini membawa cabaran politik kaum Magyar seterusnya iaitu kerengangan kesatuan sesama puak. Grand Prince perlu mencari penyelesaian mengikut acuan politik Eropah Barat. Putera Stephen I yang dilantik sebagai pemerintah Hungary pada 1001 merealisasikan impian ayahandanya iaitu menyatukan Hungary dengan memusatkan dan mereformasikan kuasa kerajaan serta memperkenalkan agama Kristian dalam Hungary. Perlantikan beliau sebagai raja oleh para Pope adalah permulaan kepada tertubuhnya Kerajaan Hungary.

GAMBAR 1: Putera Stephen I

Pada abad ke-11 dan ke-12 Masihi, Kerajaan Hungary yang berasal dari Eurasia perlahan-lahan diserap menjadi kerajaan yang penuh dengan budaya Eropah Barat. Pada abad ke-13 Masihi, kerajaan Hungary mengalami krisis keruntuhan: rampasan kuasa raja oleh para bangsawan dan invasi kaum Mongol pada 1241. Tambahan lagi, raja keturunan Arpad terakhir mangkat pada 1301 setelah 7 tahun berhadapan dengan perang saudara.

Setelah perpecahan kerajaan selama 7 tahun, Charles Robert dari tuan rumah Anjou iaitu salah satu keturunan diraja Capetian, dilantik sebagai raja non-Arpad yang pertama. Perlantikan ini permulaan kepada zaman keemasan Kerajaan Hungary: kuasa diraja telah dipulihkan dan polisi penguasaan Hungary menjadikan kerajaan itu sebagai salah satu kerajaan berkuasa di Eropah. Salah satu mengapa kerajaan Hungary begitu berkuasa adalah penguasaan lombong emas dan perkembangan urus niaga berbentuk wang sehingga raja sendiri memegang urus niaga itu. Tambahan pula, perkembangan sektor agrikultur dengan memfokuskan penternakan lembu dan penghasilan wine, ia membantu memulihkan kerajaan dari zaman keruntuhannya.

Bukan saja kerajaan Hungary mengalami zaman keemasan. Empayar Turki Uthmaniyyah juga mengalami zaman yang sama dan empayar berkembang pesat. Sejak perlantikan Putera Stephen I lagi kerajaan Hungary adalah kerajaan kristian Eropah Barat paling timur. Dalam perkembangan kebudayaan kaum Magyar, sejak pengambilan budaya Kristian dan Eropah Barat, budaya tradisi Eurasia mereka dilupakan. Kerajaan Hungary juga mengambil budaya Rom dan Goth, serap dalam bidang seni bina, arca dan lukis. Kota Buda (Budapest, ibu negara Hungary) menjadi bukti dalam kegemilangan Hungary di zaman pencerahan Eropah pada abad ke-15 Masihi.

GAMBAR 2: Ibu negara Hungary, Budapest

Sejak penubuhan kerajaan kristian Hungary juga perlu berhadapan dengan 4 penjuru kuasa besar: penjarahan kaum Mongol, penguasaan empayar Rusia di timur, empayar Byzantine, dan empayar Turki Uthmaniyyah di selatan. Pada 1456, jeneral Hunyadi berjaya mematahkan penguasaan empayar Turki ke Eropah dan bertahan selama beberapa abad. Pada abad ke-16 Masihi, kerajaan Hungary runtuh dengan bahagian barat utara milik kerajaan Habsburg dan bahagian selatan milik empayar Turki.

Pada awal hingga akhir abad ke-20, tanah Hungary berpindah tangan dari penguasaan kerajaan Austria-Hungary, menjadi negara boneka empayar Nazi Jerman, dan berakhir dengan menjadi negara satelit empayar komunis Soviet. Kini, Hungary adalah sebuah negara bangsa di Eropah Timur. Kaum Magyar kini selain berada dalam Hungary, mereka bertebaran di Romania, Serbia, Slovakia, malah menyebar jauh ke Amerika Syarikat.

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II
  2. Kovrig, Bennett (2000),Partitioned nation: Hungarian minorities in Central Europe, in: Michael Mandelbaum (ed.), The new European Diasporas: National Minorities and Conflict in Eastern EuropeNew York CityCouncil on Foreign Relations Press, pp. 19–80.
  3. Peter F. Sugar, Péter Hanák, Tibor Frank, A History of Hungary, Indiana University Press, 1994 page 11.
  4. Stephen Wyley.“The Hungarians of Hungary”. Web.archive.org. Archived from the original on October 27, 2009. Retrieved 2013-08-22.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.