Kaum Itali terdiri daripada masyarakat yang menetap kekal di Semenanjung Apennine dari tahun 572. Sebelum itu, semenanjung tersebut menjadi pusat kekuasaan Empayar Rom. Pada tahun 476, Rom jatuh ke tangan para kaum Jerman dibawah perintah Odoacer. Pada tahun 493, kerajaan Byzantine (Rom Timur) berjaya memiliki kota Rom setelah memperdaya raja Theodoric, raja Ostrogoth yang ketika itu memerintah Itali.

Setelah raja Theodoric mangkat pada 526, semenanjung Apennine kembali huru-hara, membenarkan jeneral Flavius Belisarius mengarahkan para tentera Byzantine menakluknya pada 535. Namun pemerintahan Byzantine hanya bertahan sehingga 572 kerana kaum Lombards iaitu kaum Jerman terbaru menceroboh semenanjung itu. Maka, kaum Itali dikenali sebagai masyarakat gabungan kaum Latin (Rom) dan kaum Jerman (pengguling kerajaan Rom).

Kaum Itali ketika itu hanya menubuhkan pelbagai negara-kota, banyak kota persendirian dan tidak meluaskan jajahan keluar dari ibu kota dan sekitar perkampungan. Di utara Itali, kejatuhan Empayar Rom Suci (Holy Roman Empire) bawah perintah Charlemagne yang pernah menghalau kaum Lombards menyebabkan huru-hara seketika sehingga tertubuhnya beberapa negara-kota seperti Milan, Genoa, Florence dan Venice.

Manakala di tengah Itali, masyarakatnya lebih selesa diperintah di bawah kekuasaan Pope yang berpusat di Rom. Tetapi, apabila Pope mula melantik German Oto I sebagai Holy Roman Emperor pada 962, utara dan tengah Itali menjadi sebahagian dari empayar itu. Di selatan Itali masih dikuasai kaum Lombards dan Byzantine sehingga kurun ke-11, di mana kaum Norman menceroboh dan menubuhkan kerajaan Sicily.

GAMBAR 1: Itali di zaman pencerahan. Banyak kerajaan negara-kota sebelum bersatu menjadi negara bangsa.

Tentera Itali di zaman pertengahan terdiri daripada Condottieri, askar upahan yang hanya setia kepada pengupah yang menawarkan bayaran tinggi. Zaman tersebut sentiasa berlaku konflik sesama negara-kota bagi mengekalkan status-quo. Ketika itu juga Condottieri menjadi kerjaya lumayan bagi mana-mana negara-kota yang mahukan khidmat mereka. Perang Itali atau Perang Renaissance pada kurun ke-16 menampakkan konflik tersebut sehingga tidak sedar perkara tersebut melemahkan kesatuan setiap negara-kota sendiri.

Walaupun begitu, jangan memandang rendah akan armada laut kaum Itali. Armada laut mereka adalah yang terbaik dalam Eropah. Demi kepentingan aktiviti perdagangan dan penyebaran budaya mereka, seluruh laut Mediterranean di bawah kekuasaan mereka. Kota Venice dan Genoa pula menggunakan armada laut secara efektif dalam penjajahan laut, bersaing dengan negara-kota Eropah lain dan empayar Ottoman (Turki Uthmaniyyah).

Itali di zaman pertengahan memiliki seni bina yang dipengaruhi oleh budaya Rom Purba, kebangkitan kuasa teokrasi (pemerintahan oleh paderi) dan bidang artistik yang bersifat memberontak. Di tengah Itali yang dikuasai oleh Pope Katolik, mereka melaksanakan pengekalan kedudukan tertinggi dalam keagamaan dan urusan politik seluruh Eropah Kristian. Kota Florence yang bertapak di utara Itali menjadi kota penting menjelang akhir zaman pertengahan, kota yang mencetuskan pengaruh Renaissance, mempunyai peningkatan dalam seni lukis, muzik dan sains. Leonardo da Vinci adalah tokoh terpenting di era pencerahan, yang mereka bentuk pelbagai kerja seni yang menarik dan mencipta teknologi yang jauh dari logik akal manusia.

GAMBAR 2: Leonardo da Vinci. Tokoh Itali Renaissance yang genius. Membawa Itali ke aras kegemilangan.

Konflik sesama negara-kota Itali yang berterusan membuatkan kerajaan dan empayar lain mengambil kesempatan untuk merampas Itali. Kerajaan jiran seperti Perancis, Sepanyol, dan Austria sentiasa masuk campur dalam urusan ‘rumahtangga’ Itali. Sehingga tahun 1861, pemerintah Itali iaitu Victor Emmanuel II dari Savoy dan Giuseppe Garibaldi menyatukan seluruh negara-kota sebagai kerajaan bersatu, menjadi negara bangsa yang wujud sehingga hari ini.

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empire II.
  2. Nolan, Cathal J. (2006).The age of wars of religion, 1000–1650 : an encyclopedia of global warfare and civilization (1. publ. ed.). Westport (Connecticut): Greenwood Press. p. 360.
  3. Empires of faith : the fall of Rome to the rise of Islam, 500 – 700(1st. pub. ed.). Oxford: Oxford UP. p. 118.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.