Kaum Goth: (200 – 714 Masihi) Pengguling Pertama Empayar Rom Purba

313

Di zaman invasi orang gasar ke empayar Rom Purba, kaum Hun bukanlah satu-satunya kaum gasar yang menyerang Rom. Bukan juga kaum yang pertama melakukannya. Kaum yang bertanggungjawab mencetuskan zaman invasi ini adalah kaum Goth.

Dari abad pertama Masihi. Tertekan akan pencerobohan puak Hun yang menjelajah ke barat dari Asia Tengah (Mongolia), puak Goth berangkat meninggalkan Sungai Danube dan menjelajah jauh ke Eropah bagi menghindari pencerobohan seterusnya. Setelah puak Goth terlibat dalam kempen menggulingkan empayar kerajaan Rom, mereka bersaing dengan puak gasar lain bagi merebut saki-baki bekas jajahan empayar Rom barat di zaman awal pertengahan.

GAMBAR 1: Zaman invasi puak gasar terhadap empayar Rom purba.

Puak Goth sebenarnya berasal dari Pulau Gotland yang bertempat di Laut Baltic. Apabila tiba masa untuk bermigrasi, puak Goth berpecah kepada dua kumpulan, menjelajah ke selatan melalui Eropah Tengah. Orang Visigoth atau puak Goth Barat menetap di Romania kini semasa abad ke-2 Masihi. Orang Ostrogoth atau puak Goth Timur menetap jauh ke timur, di kawasan pantai barat laut Laut Hitam. Pada tahun 376, pencerobohan puak Hun di Romania kini menyebabkan orang Visigoth beredar dan menjelajah ke selatan melalui Sungai Danube. Seramai 60,000 orang Visigoth yang terdiri dari lelaki dewasa, wanita dan kanak-kanak yang bermigrasi. Puak Goth ini kemudian mengalahkan tentera Rom dari Constantinople, menetap di selatan Sungai Danube dan menjelajah terus ke Itali. Pada tahun 409, puak Goth di bawah pemerintahan raja Alaric menjarah empayar Rom, kemudian menuju ke Gaul. Kaum Rom yang menggeruni kekuatan Goth memberikan jajahan di barat daya Gaul dan dari situlah puak Goth meluaskan penjajahan di seluruh Sepanyol dan Portugal kini.

 

GAMBAR 2: Raja Alaric, raja orang Visigoth. Melawan maharaja Rom yang pernah dia berkhidmat demi membela nasib bangsanya.

Manakala orang Ostrogoth pula berpaling tadah dari pemerintahan puak Hun dan mengikuti jejak puak serumpunnya (Visigoth) bermigrasi ke Itali pada lewat abad ke-5 Masihi. Pada tahun 488, seluruh puak Ostrogoth yang diketuai oleh Theodoric, raja tanah Switzerland dan Balkan menjarah Itali, seterusnya melengkapkan penaklukan pada tahun 493.

Kerajaan Theodoric tidak bertahan lama saat kemangkatan baginda pada tahun 526. Kerajaan Byzantine kemudian menghantar rombongan ketenteraan yang diketuai oleh jeneral Belisarius ke Itali, dengan alasan menukarkan pemerintahan kerajaan sana. Tujuan sebenar kerajaan Byzantine adalah merampas Itali dan melahirkan semula kerajaan Rom lama di Eropah Barat. Peperangan tercetus sehingga banyak kehancuran kota selain tersebarnya wabak penyakit dan kebuluran. Pada tahun 552, orang Ostrogoth akhirnya dikalahkan di Itali. Pada lewat abad ke-6 Masihi, orang Ostrogoth terpisah kepada kumpulan-kumpulan kecil keluar dari utara Itali yang telah diserang oleh puak gasar baru iaitu Lombards.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/
GAMBAR 3: Raja Theodoric, raja orang Ostrogoth. Menceroboh Rom selepas Raja Alaric seterusnya menggulingkannya.

Di barat daya Gaul, kerajaan Visigoth bertahan lebih lama berbanding kaum serumpun mereka. Pada akhir abad ke-5 Masihi, Clovis iaitu raja pertama orang Frank menghalau orang Visigoth keluar dari tanah Perancis, memaksa mereka menetap di pergunungan Pyreness. Setelah kemangkatan Clovis, kerajaan orang Frank berpecah dan orang Visigoth peroleh kembali tanah mereka. Pada tahun 711, para tentera Muslim dari Afrika Utara mara ke selatan Perancis, menggulingkan kerajaan Goth terakhir selama 4 tahun.

Puak Goth sememangnya diingati sebagai kaum pertama yang menggulingkan kerajaan purba terakhir di Eropah. Walaupun terkenal dengan sejarah sedemikian, usaha Goth memelihara segala kebudayaan Rom menyebabkan unsur-unsur budaya purba itu tidak tenggelam dalam diri setiap kaum Eropah. Contohnya adalah bahasa moden Itali, Perancis, Sepanyol, Portugal dan Romania teradaptasi dari bahasa purba Latin yang diamalkan oleh kaum pasca kerajaan Rom

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
  2. Arhenius, B,Connections between Scandinavia and the East Roman Empire in the Migration Period, pp. 119, 134, in Alcock, Leslie (1990), From the Baltic to the Black Sea: Studies in Medieval Archaeology, London: Unwin Hyman, pp. 118–37.
  3. Gibbon, Edward (1930).The Decline and Fall of the Roman Empire. Plain Label Books
  4. History of Europe: The Germans and Huns”.Encyclopædia Britannica Online.Encyclopædia Britannica, Inc. Retrieved January 16, 2015.

 

 

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.