Orang Frank adalah salah satu dari puak gasar Jerman di zaman empayar Rom. Pada awal abad ke-5 Masihi, mereka mula menjelajah ke selatan dari tanah kelahiran melalui Sungai Rhine ke Gaul yang berada dalam jajahan Rom (Perancis sekarang). Mereka sebenarnya tidak meninggalkan tanah asal seperti puak Jerman lain, cuma meluaskan jajahan luar untuk menjadi milik mereka. Ketua puak bernama Clovis yang mengalahkan para tentera Rom terakhir yang mengawal Gaul dan seterusnya menyatukan seluruh orang Frank pada 509, menjadi pemerintah agung di barat Eropah. 1000 tahun kemudian, kerajaan orang Frank beransur-ansur menjadi negara bangsa Perancis.

Kerajaan yang Clovis asaskan dibahagi oleh keempat-empat anak lelakinya selepas baginda meninggal dunia. Pembahagian ini membawa kepada perang saudara yang berpanjangan dan perebutan takhta sesama pewaris. Pada akhir abad ke-7, para raja Merovingian (keturunan Clovis) adalah pemerintah kerajaan orang Frank namun hanya atas nama saja. Pada awal abad ke-8, Charles Martel menjadi mayor (datuk bandar) istana, pemerintah sebenar di balik tabir takhta diraja. Martel merekrut orang Frank, membentuk skuad tentera berkuda dan berperang habis-habisan sehingga musuh menggelarkannya “Chales of Hammer”. Pada tahun 732 para anggota tentera berkuda Frank menewaskan para tentera Muslim yang menceroboh dari utara Sepanyol dalam Battle of Poitiers, seterusnya menghentikan segala kemaraan tentera Muslim dari barat daya kerajaan.

Pepin, anak lelaki Chales Martel dilantik sebagai raja orang Frank hasil pemilihan para pope sebagai balasan terhadap bantuan ketenteraan yang mempertahankan kota Itali dari serangan tentera Lombards. Pepin membentuk Dinasti Carolingian dan dalam kalangan pemerintah Carolingian, Charles the Great atau Charlemagne (768 – 814) adalah pemerintah terbaik dalam sejarah Perancis. Baginda mengembangkan kerajaan orang Frank sehingga membentuk sebuah empayar dan bertanggungjawab bagi melahirkan semula kegemilangan tamadun Eropah Barat. Kemudian empayar Charlemangne dibahagikan sesama pewarisnya. Seterusnya membentuk dua buah kerajaan di mana bahagian barat empayar menjadi kerajaan Perancis. Para raja yang bergilir memerintah beransur-ansur hilang penguasaan politik berkerajaan sehingga hak kekuasaan hancur akibat perang saudara, pertahanan kota lumpuh, dan masuk penaklukan para kaum Viking. Dari goyahnya pemerintahan bersatu, Perancis menjadi pecahan-pecahan kerajaan kecil bersendirian yang dikuasai oleh para tuan tanah feudal.

GAMBAR 1: Kerajaan pasca era Charlemagne pada tahun 800 ke atas.

Pada tahun 987, para bangsawan Perancis melantik Hugh Capet sebagai raja para tuan tanah kerana tanahnya berada di tengah-tengah kota Paris dan tidak diancam serangan dari musuh. Kemudian Hugh Capet membentuk pemerintahan diraja Capetian, selama 2 abad pemerintahan itu terbentuk semata-mata memastikan keturunan diraja Capet diiktiraf, meluaskan tanah feudal, melancarkan aktiviti perdagangan, dan menjadikan tanah kosong dan kota baru sebagai hak milik diraja. Hasil dari hubungan bersekutu raja Capetian dengan gereja, pemerintahan mereka mendapat posisi moral yang kukuh dari gereja dan mendapat faedah dari kuasa politik, budaya dan pengaruh sosial gereja. Dalam pemerintahan diraja Capetian, raja wajib ditaati dan sebarang pewarisan jawatan kerajaan mesti dihapuskan.

Bermula dengan pemerintahan Philip II pada tahun 1180, tiga pemerintah melakukan perubahan drastic, menjadikan Perancis sebagai kerajaan terpenting di Eropah. Mereka memperbaharui sistem kerja berkerajaan, menggalakkan ledakan aktiviti perdagangan, mengutip cukai, dan mengukuhkan posisi mereka dalam sistem hierarki feudal.

Dari tahun 1337 ke 1453, Perancis dan England berada dalam konflik Perang Seratus Tahun kerana masalah pemilikan beberapa tanah Perancis yang dikuasai oleh raja English. Akhirnya Perancis peroleh kemenangan sebagai bukti bahawa raja Perancis mempunyai kuasa mutlak ke atas tanahnya. Tidak lupa juga akan usaha keras seorang anak perempuan petani yang berjaya menanamkan sifat nasionalisma tinggi dalam kalangan tentera Perancis bagi melawan kembali tentera English seterusnya menjadi wali (saint), iaitu Joan of Arc, pembebas kota Orleans.

GAMBAR 2: Potret Joan of Arc pada 1903.

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II
  2. “France”.Berkley Center for Religion, Peace, and World Affairs. Archived from the original on 6 February 2011. Retrieved 14 December 2011
  3. “History of France – The Capetian kings of France: AD 987–1328”. Historyworld.net. Archived fromthe original on 6 August 2011. Retrieved 21 July 2011
  4. Jean-Benoit Nadeau; Julie Barlow (8 January 2008).The Story of French. St. Martin’s Press. pp. 34

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.