Pembaca yang meminati sejarah Eropah pasti pernah menonton wayang bertajuk Braveheart, berkenaan seorang pewira bernama William Wallace berusaha membebaskan tanah asal dan masyarakat Scotland dari genggaman British. Namun, pernahkah kita terdetik untuk mengetahui apakah benar orang Scotland itu orang asal kepulauan British? Di sini saya terangkan mengenai kaum Celts yang amat berkait dengan orang Scotland sendiri.

Kaum Celts (sebut kelts) adalah kaum purba di Eropah Utara yang mengamalkan bahasa Celtic dan pembina monument Stonehenge pada 5000 tahun dahulu. Asal-usul kaum Celts masih diperdebatkan namun apa yang pasti kaum purba ini berasal dari orang kebudayaan Urnfield di Zaman Logam Eropah Tengah sekitar 1200 SM. Pendapat paling popular adalah kaum Celts berasal dari orang kebudayaan Hallstatt, juga di Zaman Logam Eropah Tengah yang bertempat di Austria pada 800 SM sehingga daerah Hallstatt digelar sebagai Celtic Homeland. Pada 450 SM, kaum Celt bertebaran ke Gaul, semenanjung Iberia, kepulauan British, utara Itali sehingga menebar di Asia Kecil, iaitu Turki kini.

GAMBAR 1: Tebaran orang Celts dari Hallstatt, Austria

Julius Caesar pernah bertempur dengan kaum tersebut dalam misi menakluk Gaul. Kerajaan Rom juga telah menakluk Britain dan semenanjung Iberia dari tangan kaum Celts. Di akhir pemerintahan Rom, kaum Celts hanya dapat merampas sebahagian barat utara Perancis, Ireland, Wales, dan sebahagian Scotland. Pada zaman pertengahan Eropah, mereka mengukuhkan pertahanan di Scotland dan melakukan cubaan menakluk England.

Kaum Celts di Ireland kekal di penempatan mereka sendiri di awal zaman pertengahan. Pada tahun 800, wilayah Leinster, Munster, Connaught, dan Ulster bersatu di bawah kekuasaan “High Kings”. Kaum Viking datang menceroboh pada tahun 795 dan membina penempatan di Ireland pada pertengahan abad ke-9 Masihi. Kota Dublin mencatat sejarah terpenting bagi penduduk Ireland di mana pada tahun 1000, Brian Boru menjadi raja pertama bagi seluruh Ireland. Kemudian pada tahun 1014, penduduk Ireland telah mengalahkan kaum Viking di wilayah Clontarf, walaupun raja pertama mereka telah dibunuh.

GAMBAR 2: Hierarki sosial kaum Celts. Dari atas: hamba, petani, artisan/tukang, tentera dan seniman, raja dan permaisuri.

Puak penduduk Ireland bernama Scotti telah menyerbu jajahan di selatan Scotland pada awal zaman pertengahan, membina menempatan di sana dan menamakan jajahan itu sempena nama puak mereka. Puak Scotti kemudian bersatu dengan puak Picts yang mengganggu penempatan Rom di selatan. Pada abad ke-11 Masihi, kerajaan Scotti dengan jajahan Scotland kini terbentuk tetapi kerajaan English tiba-tiba masuk campur, tidak mengiktiraf kerajaan itu. Kerajaan Scotti menggunakan hubungan kesatuan auld (purba) dengan Perancis untuk menyerang balas terhadap English. Kemudian Raja Edward I atau Longshanks telah menakluk Scotland pada tahun 1296.

William Wallace atau Braveheart mengetuai pemberontakan di Scotland, kemudian berjaya memerdekakan diri dan orang Scotland dalam Pertempuran Stirling Bridge pada tahun 1297. Setelah kemaraan Wallace dipatahkan di Falkirk, dia meneruskan pemberontakan dengan perang gerila sehingga dikhianati oleh orangnya, ditangkap dan dihukum mati pada tahun 1305. Robert the Bruce melantik dirinya sebagai raja Scotland setelah membunuh pesaing utamanya. Dia menceroboh England dan memenangi peperangan di Pertempuran Bannockburn pada tahun 1314. Raja Edward III menyedari hasrat Scotland untuk memerdekakan diri tetapi sengketa peperangan Scotland dan England masih berterusan selama berabad-abad. Pada tahun 1603, kedua-dua kerajaan bersatu dengan melupuskan dua takhta.

GAMBAR 3: William Wallace atau Braveheart

Manakala di Wales, tiada pewaris takhta Celts mampu menyatukan seluruh wilayah. Pada lewat abad ke-13, Edward I merampas wilayah Gwynedd, salah satu wilayah milik putera raja yang terkuat di Wales. Kemudian dia membina 5 buah istana di Wales, menjadikan wilayah itu sah di bawah pemerintahan England.

Kini, orang Scotland saja yang mengekalkan kebudayaan nenek moyang Celts mereka manakala kaum Celts yang lain telah berasimilasi dengan kaum Eropah lain dan tiada lagi kebudayaan Celts dikekalkan oleh generasi kini selain dipamerkan dalam muzium.

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
  2. Cunliffe, Barry(2003). The Celts – a very short introduction. Oxford University Press. p. 109.
  3. James, Simon (1999).The Atlantic Celts – Ancient People Or Modern Invention. University of Wisconsin Press.
  4. John T. Koch (ed.),Celtic Culture: a historical encyclopedia. 5 vols. 2006. Santa Barbara, California: ABC-CLIO, p. 371.
  5. Koch, John(2005). Celtic Culture: a historical encyclopedia. Santa Barbara: ABC-Clio.
  6. Koch, John T (2010). Celtic from the West Chapter 9: Paradigm Shift? Interpreting Tartessian as Celtic – see map 9.2 Celtic expansion from Hallstatt/La Tene central Europe 

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.