Kaum Aztec (1325 – 1521): Kaum Penyembelih Korban

0
917
views

Pernah dinobatkan sebagai kaum Amerika Tengah paling berkuasa, berkemungkinan kaum ini berasal dari puak utara yang bermigrasi ke lembah sehingga membentuk ketamadunan di persekitaran tasik besar. Masyarakatnya mementingkan semangat dan kemahiran kepahlawanan sehingga kelebihan itu dapat menyaingi kaum sekutu di persekitaran tasik. Di akhir kurun ke-15, kaum Aztec menaungi keseluruhan Amerika Tengah (Tengah Mexico) sebagai sebuah kerajaan ketenteraan yang memungut cukai terhadap kaum sekutu.

Kebudayaan Aztec terlahir melalui pengalaman sejak sebelum lahirnya kerajaan tetapi mereka tidak banyak mencipta dan menginovasikan teknologi yang canggih. Sektor pertanian kaum Aztec sangat maju sehingga mampu menampung populasi yang gergasi. Kaum Aztec juga pakar dalam membina bangunan yang agung serta memakmurkan pelbagai seni. Contoh paling ketara adalah keagungan kota Tenochtitlan iaitu ibu kota Aztec yang indah pembinaannya yang dikelilingi oleh Tasik Taxcoco. Aztec mempunyai tukang logam tetapi besi bukan bahan penting. Roda yang biasanya menjadi bukti kecanggihan tamadun, kaum Aztec tidak mempunyai sebarang motif untuk menciptanya kerana tiada sebarang haiwan yang mampu dijadikan sebagai kenderaan.

GAMBAR 2: Empayar Aztec.

Salah satu ciri berlainan dalam kebudayaan Aztec adalah ketaksuban terhadap korban darah. Mitos kaum Aztec menyatakan bahawa darah manusia dijadikan sebagai jamuan untuk matahari supaya matahari sentiasa terbit setiap hari. Persembahan korban manusia diadakan secara besar-besaran, di mana beribu-ribu hamba diperlukan setiap hari. Mangsa korban akan dipancung atau dilapah, dan jantung dikeluarkan dari tubuhnya. Upacara pengorbanan diadakan di sebuah pyramid tinggi, hampir kepada kedudukan matahari tegak dan membiarkan darah manusia mengalir di tangga. Walaupun sumber ekonomi kaum Aztec berasaskan jagung (atau padi), namun masyarakat tetap mempercayai bahawa kesuburan tanaman bergantung kepada kekerapan persembahan korban darah.

Permintaan hamba korban berterusan mengakibatkan kerajaan Aztec hampir hilang kekuasaan terhadap kota-kota lain kerana pemberontakan mereka terhadap tawaran menangkap mangsa baru. Demi mencapai kembali keamanan, “garland wars” (Perang Kalung) dirancangkan secara sulit dengan mengadakan pertandingan bertarung sesama pahlawan, sebagai cara baru memperoleh mangsa korban. Setiap pahlawan bertarung menggunakan pemukul kayu sehingga salah satu lawannya pengsan dan lumpuh, tanpa membunuhnya. Apabila bertarung sehingga bunuh, pahlawan menggunakan pemukul yang dipaku dengan pisau belati.

GAMBAR 3: Upacara korban darah manusia.

Walaupun kaum Aztec mempunyai kemajuan dalam pertanian dan kesenian, mereka tetap dilihat sebagai tamadun kebelakangan kerana mereka tidak mempunyai sebarang teknologi canggih, falsafah keagamaan atau teori politik yang berkembang maju. Kegemilangan empayar Aztec tiba ke akhirnya secara mendadak kerana kehadiran penjajah Sepanyol pada awal kurun ke-16. Para pahlawan Aztec gagal menghalang kemaraan penjajah Sepanyol kerana dua perkara: 1) Tentera Sepanyol yang mempunyai senjata besi, senjata api, dan tentera berkuda. 2) Wabak penyakit orang Eropah yang disebarluas oleh aktiviti perdagangan sehingga kematian dalam kalangan masyarakat Aztec.

Empayar Aztec yang dahulunya gah telah lumpuh keseluruhannya atas kekejaman penjajah Sepanyol yang bersekutu dengan puak non-Aztec.

RUJUKAN:

  1. Sejarah ringkas dari video game Age of Empires II.
  2. Almazán, Marco A. (1999). The Aztec States-Society: The Roots of Civil Society and Social Capital, in Annals of the American Academy of Political and Social Science, Vol. 565, p. 170.
  3. Bernal Diaz del Castillo,The Discovery and Conquest of Mexico (1576), Cambridge, MA, Da Capo Press, 2003.
  4. Brumfiel, Elizabeth M. (1983). Aztec State Making: Ecology, Structure, and the Origin of the State. American Anthropologist, New Series (85)2, p. 273
  1. Davies, Nigel (1973). The Aztecs: A History. University of Oklahoma Press.
  1. Evans, Susan T. (2004). Ancient Mexico & Central America: Archaeology and Culture History. Thames & Hudson: New York, pp. 443–446, 449–451