Kota Bath di barat daya Britain ada sejarah yang kaya dengan tahyul-tahyul Rom. Pada zaman dahulu, orang ramai dari pelbagai tempat gemar mengunjungi kota Bath untuk berendam di dalam mata air panas Bath.

Ya, nama kota ini adalah kota Bath, bukan Ba’ath di Iraq dan Syria sana ya, dan Bath memang tempat mandian awam yang terkenal ketika itu, tapi setiap kali berlaku kes kecurian yang melibatkan kehilangan barang pengunjung, mangsa lebih gemar menggunakan “tablet sumpahan” bagi membalas dendam terhadap orang yang mencuri pakaian mereka.

“Semoga Tuhan melaknat sesiapa yang telah mencuri kain toga aku!”

Pada tahun 1979, apabila ahli arkeologi mula melakukan ekskavasi terhadap kota Bath era Rom, air keruh yang pernah menjadi mata air yang paling suci di sana didapati menyimpan ratusan objek kecil.

Objek-objek ini merangkumi kira-kira sebanyak 130 kepingan logam yang digulung sejak sekitar abad pertama Masehi. Ia merupakan tablet sumpahan, yang biasa ditemui di seluruh dunia Yunani-Rom dari abad kelima Sebelum Masehi hingga ke akhir zamannya.

Definisi standard bagi tablet sumpahan, menurut apa yang dikemukakan oleh David R. Jordan, ialah: “kepingan plumbum bertulis, biasanya dalam bentuk kepingan kecil dan nipis, bertujuan untuk mempengaruhi, melalui cara ghaib, tindakan atau belas ihsan manusia, atau binatang, yang bertentangan dengan kehendak mereka.”

Walaupun Julius Caesar pada awalnya menyerang Britain pada tahun 50-an S.M., dia tak meneruskan penaklukan. Seabad kemudian, Tiberius Claudius Caesar Augustus Germanicus, maharaja keempat Rom yang terkenal itu membawa Britain masuk ke dalam sempadan empayar.

Selepas beberapa abad berlalu, kemasukan migrasi baru dari seluruh benua ke kepulauan Britain akan membawa pelbagai barangan baru, idea baru, dan ‘Tuhan’ yang baru.

Semasa era Bath kuno, tablet sumpahan sering ditujukan kepada Sulis Minerva: dewi hibrid hasil dari gabungan Dewi Sulis, yang dikatakan menjaga mata air, dengan dewi dari Rom yang bernama Minerva.

Orang Rom sangat gemar mempraktikkan tradisi hibridisasi keagamaan begini, ia dipanggil “Interpretatio Romana”, membawa dan mengubah para dewa dari mana-mana bangsa yang mereka takluki ke dalam panteon (kuil) Rom sendiri.

Tablet sumpahan boleh dikelaskan kepada dua kategori. Yang pertama ialah sumpahan mengikat, atau defixiones, digunakan untuk menghalang pesaing sama ada dalam hal ehwal cinta, sukan dan undang-undang.

Kategori kedua, “doa memohon keadilan,” tablet di Bath termasul dalam kategori ini, yang kebanyakannya adalah berkisar tentang masalah kecurian. Mangsa akan menulis aduan tentang jenayah ini kepada dewi di dalam tablet sumpahan, kadangkala ia dilakukan secara terbuka melalui ritual upacara berdoa.

Tujuan upacara doa diadakan bukanlah supaya pelakunya dapat dihukum. Ia sebenarnya bertindak sebagai amaran dan ancaman di mana si pencuri akan menerima hukuman berat jika barang-barang yang dicuri itu tidak dipulangkan.

Bagi memastikan sumpahan itu boleh ‘beroperasi’, si, mangsa terlebih dahulu perlu menghadiahkan barang yang senilai dengan barangannnya yang dicuri kepada dewi itu sendiri, jadi sebenarnya ini adalah jenayah kecurian oleh ‘dewi’ Sulis sendiri.

Dalam erti kata lain, individu yang menulis tablet ini pada dasarnya telah ‘melantik’ dewi sebagai pemburu dengan menugaskan dewi untuk mengenal pasti dan menjejak pencuri dan melaksanakan hukuman..

Sumpahan dari kebanyakan pusat bandar ditujukan sebagai “masalah harian duniawi yang biasa”. Kecurian adalah kejadian yang agak normal sama seperti hari ini, dan tablet sumpahan akan berfungsi sebagai strategi propaganda.

Jika mangsa kecurian mengetahui nama orang yang telah menganiaya mereka atau nama suspek, mereka akan menyebut nama tersebut di dalam tablet.

“Dengan ini saya telah pun memberikan Dewi Sullis sebanyak enam syiling perak yang telah saya kehilangan, ini supaya Dewi akan memintanya daripada nama-nama yang tertulis ini: Senicianus dan Saturninus dan Anniola.”

Kemudian,, pemuja ini akan menuntut Tuhan atau dewi membuatkan pencuri itu menderita atau jatuh sakit sehingga mereka terpaksa datang ke lokasi tertentu yang sesuai bagi mengembalikan barangan yang dicuri.

Salah satu tablet mencatatkan, “Dari Solinus kepada Dewi Sulis Minerva. Aku serahkan kepada kebesaran dan keagungan-Mu jubah mandi dan mantel ku ini. Jangan benarkan dia tidur atau memberikan kesihatan badan kepadanya, yang telah menganiayai aku, baik lelaki atau perempuan, hamba atau orang merdeka, melainkan jika dia munculkan dirinya dan membawa kembali barang-barang itu ke kuilmu.”

Tablet Bath mungkin telah dipaparkan secara terbuka dan dibacakan kepada orang ramai sebelum ia diselamkan ke dalam kolam suci. Ini mencipta perbandingan antara teks di Bath dengan teks dari Sanctuary of Demetry di Cnidus, Asia Kecil.

Teks-teks dibacakan secara terbuka supaya para pemuja yang mendengar ia dibacakan dengan kuat mungkin akan memberikan maklumat yang hilang berkaitan kes jenayah yang tak dapat diselesaikan. Ia mungkin juga boleh membawa tekanan sosial terhadap penjenayah yang didakwa.

Inilah kaedah paling bajet rendah dalam menuntut keadilan, tablet sumpahan boleh diakses oleh semua orang. Kebanyakan orang menganggarkan golongan celik huruf kuno adalah sekitar 10-15 peratus, dan tablet sumpahan pasti ditulis oleh orang dari kumpulan itu. Ia mungkin termasuk hamba, tukang dan askar.

Mungkin para pengunjung di tempat mandian awam itu miskin, tablet yang mereka tulis sering mengadu tentang kes kecurian barang-barang kecil— jadi mereka tak mampu mengupah pengawal atau membeli hamba untuk melindungi barangan mereka semasa mereka sedang mandi.

Hari ini, seluruh dunia juga menggunakan tablet sumpahan, tapi secara atas talian, dan diadukan ke wall Facebook.

Kalau anda berminat dengan sejarah Tamadun Rom, bolehlah membeli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN ROM yang sedang ada promosi di Shopee. Boleh beli di: bit.ly/30VoLai


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.