Bahasa Arab ataupun nama asalnya, “Al-arabiyyah (العربية)” adalah bahasa Afro-asiatik yang dituturkan lebih 300 juta orang di seluruh dunia. Bahasa tersebut dijadikan sebagai bahasa rasmi di dua puluh lima (25) buah negara seperti Arab Saudi, Mesir, Maghribi, Emiriah Arab Bersatu dan Iraq.
Sebagaimana bahasa lain, Bahasa Arab juga mempunyai kata pinjamannya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Kata Pinjaman” ditakrifkan sebagai “kata yang telah terserap di dalam sesuatu bahasa tetapi berasal daripada bahasa lain”. Situasi tersebut selalunya berlaku kerana pelbagai sebab seperti perdagangan, perbalahan dan sebagainya.
Persoalannya, perkataan apakah dalam Bahasa Arab yang berasal daripada bahasa asing? Barangkali penulisan ini dapat menjawab setidak-tidaknya sekelumit persoalan kita.
KATA PINJAMAN BAHASA PARSI
Orang Parsi pernah berdagang dengan orang Arab pada suatu masa dahulu. Nama-nama dalam bahasa Parsi ditemui pada barang keluarannya. Untuk pengetahuan semua, ada sebilangan perkataan Parsi dalam Bahasa Arab tidak lagi digunakan dalam Bahasa Parsi Moden.
Perkataan “ʾšāy (شَّاي)” adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Parsi. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “teh”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Parsi iaitu “čây (چای)” yang dengan maksud yang sama.
Selain itu, “ʾʾustāḏ (أُسْتَاذ)” adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Parsi. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “cikgu”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Parsi iaitu “ostâz (استاذ)” yang bermaksud “cikgu” ataupun “pakar menukang”.
Di samping itu, “ʾʾdin (دِيْن)” adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Parsi. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “agama”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Parsi iaitu “din (دين)” dengan membawa maksud yang sama.
KATA PINJAMAN BAHASA LATIN
Bahasa Latin adalah bahasa utama dalam Empayar Rom (27 SM – 395). Pada zaman kemuncaknya, wilayah Syam yakni peta moden Syria, Jordan dan Palestin pernah berada di bawah kekuasaan Rom. Sepanjang itu, perkataan Latin mula meresap ke dalam Bahasa Arab.
Perkataan “ʾqayṣar (قَيْصَر)” adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Latin. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “gelaran jeneral dalam Empayar Rom”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Latin iaitu “CAESAR”.
Selain itu, “barbārīs (بَرْبَارِيس)” adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Latin. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “barberry”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Latin iaitu “BARBERIS”.
Di samping itu, “qamīṣ (قميص)” adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Latin. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “kemeja”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Latin iaitu “CAMISIA”.
KATA PINJAMAN BAHASA YUNANI
Bahasa Yunani adalah merupakan bahasa utama dalam Empayar Rom Timur ataupun Byzantine (395-1453). Pada zaman kemuncaknya, wilayah Syam yakni peta moden Syria, Jordan dan Palestin pernah berada di bawah kekuasaan Byzantine. Sepanjang itu, perkataan Yunani mula meresap ke dalam Bahasa Arab.
Perkataan “al-qānūn (القانون) adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Yunani. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “undang-undang”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Yunani iaitu “kanṓn (κανών)”.
Selain itu, perkataan “falsafa (فلسفة) adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Yunani. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “falsafah”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Yunani iaitu “philósophia (φιλοσοφία)”.
Di samping itu, perkataan “kīmiyāʾ (كيمياء) adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada Bahasa Yunani. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “kimia”. Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Yunani iaitu “khēmeía (χημεία)”.
LAIN-LAIN KATA PINJAMAN
Selain Parsi, Latin dan Yunani, Bahasa Arab juga mengandungi kata pinjaman daripada bahasa lain. Namun, bahasa lain tidak banyak menyumbang kepada perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab. Tahukah anda apa perkataannya? Mari kita lihat.
Perkataan “sirāṭ (سراط) adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada bahasa asing. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “jalan”. Perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Latin iaitu “STRATA” melalui Bahasa Suryani, “ˀesṭrāṭ”.
Perkataan “‘arz (أرز) adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada bahasa asing. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud “pokok sedar”. Perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Aramaik iaitu “ʾarzā (ʾארזא)”.
Perkataan “‘kafur (كافور) dan “Surah (سورة)” adalah antara perkataan Arab yang berasal daripada bahasa asing. Dalam bahasa Arab, perkataan tersebut masing-masing membawa maksud “Kapur” dan “pembahagi”. Perkataan tersebut dipercayai berasal daripada Bahasa Melayu iaitu “kapur” dan “surat”.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah antara kata pinjaman yang terdapat dalam Bahasa Arab. Penerimaan kata tersebut berlaku dalam pelbagai cara sama ada secara baik seperti perdagangan dan persaudaraan ataupun sebaliknya seperti perbalahan dan penaklukan.
RUJUKAN:
Ethnologue: Arabic. Dicapai pada 17hb April 2020 dari https://www.ethnologue.com/language/ara
How Many People Speak Arabic? Dicapai pada 17hb April 2020 dari https://www.babbel.com/en/magazine/how-many-people-speak-arabic
Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kata Pinjaman. Dicapai pada 17hb April 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kata+pinjaman
30 Arabic Words of Persian Origin. Dicapai pada 17hb April 2020 dari https://blogs.transparent.com/arabic/30-arabic-words-of-persian-origin/
Are there any Latin loanwords in Arabic. Dicapai pada 17hb April 2020 dari https://www.quora.com/Are-there-any-Latin-loanwords-in-Arabic
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Etymology of Arabic words of greek origin. Dicapai pada 17hb April 2020 dari http://arabic-greek-etymology.blogspot.com/2012_08_15_archive.html?m=1
Proto-Austronesian: Surat. Dicapai pada 17hb April 2020 dari https://www.trussel2.com/acd/acd-lo_w.htm?zoom_highlight=surat
Proto-Austronesian: Kapur. Dicapai pada 17hb April 2020 dari https://www.trussel2.com/acd/acd-s_k.htm?zoom_highlight=kapur