Lars Vilks yang mencetuskan kontroversi dengan melakar karikatur Nabi Muhammad s.a.w dalam bentuk seekor anjing pada 2007 kini kembali menjadi tajuk berita utama. Ini selepas kenderaan yang dinaiki pelukis Sweden itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ngeri yang mengo.rb.ankan dirinya dan dua orang pegawai polis yang berperanan sebagai pengiring keselamatannya.

Selepas karikatur tersebut diterbitkan, Vilks, 75, hidup dalam ketakutan dan terpaksa memerlukan perlindungan polis. Semasa kejadian, kereta polis yang dinaikinya dan pengiringnya sedang dalam perjalanan sebelum berlanggar dengan sebuah lori. Kedua-dua kenderaan terba.ka.r dengan pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan teruk sebelum dibawa ke hospital.

Polis dalam satu kenyataan menyifatkan ia merupakan satu kemalangan tragis dan ketika ini tidak melihat sebarang unsur je.na.yah dalam kemalangan berkenaan. Ketua polis kebangsaan Anders Thornberg merasa sedih selepas mendengar berita kemalangan itu dan mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga dan kenalan mangsa yang terlibat. Walaupun nama Vilks tidak disebut dalam laporan rasmi, ia disahkan oleh pasangannya dalam satu wawancara berita.

Sebelum menghasilkan karikatur kontroversi itu, dia dikenali di Sweden kerana menghasilkan sebuah arca kayu yang diperbuat dari kayu-kayu hanyut di sebuah rizab alam semulajadi di selatan Sweden.

Bagaimanapun, tindakan Vilks mengambil kayu-kayu itu tanpa kebenaran mengakibatkan dia dikenakan tindakan makhkamah yang berlangsung selama beberapa tahun. Pada akhirnya, dia dikenakan denda oleh pihak kerajaan. Tetapi arca kayu yang dihasilkannya menarik ribuan pelancong ke rizab berkenaan setiap tahun. (AP & Reuters, 2021)

Sebaik saja ia disiarkan, ia mengundang rasa tidak puas hati umat Islam di seluruh dunia yang menyifatkan gambaran tersebut sebagai satu penghinaan agama. Ia tidak dibantu dengan kenyataan Perdana Menteri Sweden ketika itu, Fredrik Reinfeldt menyifatkan karikatur berkenaan merupakan satu bentuk kebebasan berekspresi. (The Local, 2007)

Tidak lama selepas karikatur bersifat provokatif itu disiarkan, kumpulan pengga.na.s AQ Iraq meletakkan ganjaran AS$100,000 kepada mana-mana individu yang berjaya membu.nu.hnya. Pada 2010, akhbar-akhbar Sweden menyiarkan semula karikatur jijik Vilks selepas dua orang lelaki didakwa di mahkamah Ireland berhubung plot bu.nu.h ke atasnya.

Pada 2015, seorang pene.mb.ak mene.mb.ak puluhan das terhadap sebuah kafe di Copenhagen. Kafe tersebut merupakan tempat penganjuran acara kebebasan bersuara dengan Vilks sepatutnya tampil sebagai speaker undangan. Se.ra.ngan tersebut menyaksikan seorang pengarah filem terbu.n.uh dan mencederakan tiga orang anggota polis. (AP & Reuters, 2021)

RUJUKAN

AP dan Reuters. (2021, 4 Oktober). Muhammad cartoonist Lars Vilks DITAPIS in car crash. The Guardian.

The Local. (2007, 31 Ogos). Reinfeldt speaks out over Muhammad controversy.

Kredit gambar: Harry Soremski/AFP/Getty


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.