Ada orang selalu cakap, usia muda ni adalah masa yang sesuai untuk henyak sampai lunyai. Katanya dengan tenaga yang masih banyak, tidak berpenyakit dan selalu kena reject dengan crush membolehkan orang muda bekerja dengan kuat. Cukup 10 dan dah stabil dalam segenap, bolehlah kita berehat sebentar.

Sekali dengar memang kita rasa betul. Ye lah usia muda tak boleh disia-sia begitu sahaja. Bukan macam budak-budak zaman sekarang. Hujung minggu je nak keluar dengan awek dan tak habis-habis nak kanjo malam minggu. Tiba hujung bulan je kerja deme mudah iaitu menyalahkan kerajaan. 

Tapi Jepun membuktikan sebaliknya. Sebab budaya henyak sampai lunyai ataupun mereka panggil sebagai karoshi boleh buat pekerja cepat mati. Apa benda karoshi tu?

Budaya karoshi ini muncul kerana orang Jepun terlalu kuat bekerja. Semuanya bermula pada era showa apabila orang Jepun perlu bekerja dengan gigih demi kemandirian syarikat dan nak bagi anak bini makan. Itu semua tidak menjadi masalah sehingga menjelang era 1970an. 

Ketika itu orang Jepun bekerja selama 60 sehingga 70 jam dalam masa seminggu. Kita bila dengar rasa best je sebab mesti gaji dia tinggi. Tapi apalah makna gaji tinggi jika kesihatan tak terjaga. Secara tiba-tiba kematian di tempat kerja mula terjadi. Deme semua anggap itu mungkin berpunca daripada penyakit yang kita tidak ketahui seperti serangan jantung.

Masalahnya semakin ramai yang terkena serangan jantung semasa dan selepas bekerja. Tambah memeritkan lagi, ada orang Jepun yang terkena strok akibat terlalu kuat bekerja. Mereka masih husnuzon lagi sebab penyakit boleh datang tanpa diundang. Tapi semuanya berubah apabila ada orang Jepun yang membunuh diri kerana terlalu kuat bekerja. Buktinya seramai 100,000 pekerja yang mati setiap tahun di Jepun kerana terlalu kuat bekerja.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Teruk sangat ke budaya karoshi atau orang Jepun terlalu manja macam budak-budak zaman sekarang?

Selain kena bekerja selama 60 hingga 70 jam dalam masa seminggu, pekerja Jepun juga jarang ambil cuti tahunan. Di Jepun, setiap pekerja diperuntukkan 20 hari cuti tahunan untuk setahun. Sepatutnya mereka boleh ambil cuti tahunan pada bila-bila masa yang sesuai melainkan tak ramai nak kerja.

Dekat Jepun ni lain sikit. Sebab para pekerja tak berani nak ambil apabila melihat majikan deme pun selamba je kerja lebih masa. Pada deme, kalau ambil cuti tahunan ni macam tak menghormati majikan. Korang kena faham dekat Asia ni, kita sangat memegang erat falsafah warlordism. Bermakna kita sentiasa akan ikut arahan orang atasan. Kalau cuba melawan walaupun benda tu betul, boleh dianggap kurang ajar.

Kesannya orang muda dekat Jepun memang susah nak pergi bercuti ke kawasan pelancongan. Kita ni yang hari-hari meratib kerja banyak dan salahkan kerajaan, masih lagi mampu pergi food hunting ke Penang. Deme semua nak makan oden dekat kedai Acheh di Tokyo pun susah. 

Sebenarnya boleh je nak cuti tapi orang Jepun ni akan dipandang serong oleh pekerja lain. Malah semua orang akan persoalkan kenapa perlu ambil cuti ketika syarikat sangat memerlukan kononnya. Paling teruk sekali, rekod kerja akan jadi sangat teruk hanya kerana ambil cuti tahunan. Nak selamat, jangan cuti dan boleh dianggap sebagai pekerja cemerlang.

Senang cerita karoshi ni merupakan tabiat kerja sampai mati. Tapi apa solusi yang boleh diberikan oleh kerajaan Jepun untuk atasi masalah karoshi?

Jepun telah membentangkan rang undang-undang Work Style Reform Bill bagi menyelesaikan masalah karoshi sedikit demi sedikit. Dalam rang undang-undang tersebut majikan perlu memberikan cuti selama 5 hari kepada pekerja. 10 hari lagi cuti, pekerja boleh gunakan pada bila-bila masa sahaja.

Tengok atas kertas rang undang-undang ni memang cantik. Tapi masalahnya dekat pelaksanaan sebab pekerja masih tak berani ambil cuti. Untuk itu Jepun perlukan masa untuk berubah dan terus menghapuskan karoshi.

Apa yang boleh kita belajar adalah, kerja keras tu salah. Tapi akan jadi salah sampai mengganggu kesihatan dan korang tak ada masa untuk berseronok. 

RUJUKAN:

Demetriou, D. (2020, Januari 18). Employees in the country whose brutal office culture has led to several deaths are beginning to rethink the tradition. BBC. Dipetik daripada https://www.bbc.com/worklife/article/20200114-how-the-japanese-are-putting-an-end-to-death-from-overwork

Fuerte, K. (2021, Julai 6). According to the World Health Organization, “working 55 hours or more per week is a serious health hazard.” Observatory. Dipetik daripada https://observatory.tec.mx/edu-news/karoshi-phenomenon/

Hunt, E. (2021, Jun 2). Japan’s karoshi culture was a warning. We didn’t listen. Wired. Dipetik daripada https://www.wired.co.uk/article/karoshi-japan-overwork-culture


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply