Dalam Liverpool antara permulaan musim sampai habis semalam, ramai peminat mungkin lebih gemar dengan pemain-pemain lain yang banyak buat jaringan, assist cantik, defend power atau mungkin penjaga gol sendiri.

Tapi aku secara peribadi nampak kapten Milner sebagai seorang pemain dan team player yang terbaik dalam Liverpool kini. Beliau seorang pemain dan ketua yang sangat baik, kemampuan dia bermain di mana-mana posisi yang ditugaskan seumpama askar upahan, menyesuaikan kemahiran dengan setiap misi.

Potensi dia aku nampak semasa dia dengan Aston Villa lagi, yang menyaksikan dia memenangi PFA Young Player of The Year tahun tersebut, tak silap musim untuk 2009/2010.

Milner pada aku melalui proses transisi yang paling hebat berbanding semua pemain dalam Liverpool. Dibayangi peranan yang sama dengan Gerrard sebelumnya memberi tekanan yang bukan semua pemain sebarangan mampu tanggung. Itu belum dikira bayangan sendiri semasa bermain di MCI. Beza bekerja bersama bintang semasa di MCI berbanding pemain anak-anak ikan muda di Liverpool sangat besar dan bukan kerja senang.

Milner adalah seorang ketua semulajadi, jarang sekali senyum, tenang dan buat kerja dengan baik.

Kalau gol pun dia gembira ala kadar je. Seorang ketua tidak perlu menunjukkan emosi sangat sebenarnya. Jarang sekali dia bergembira beria-ria. Biar kekal misteri, tetapi dihormati.

Seorang maestro yang sentiasa dibebani peranan dan pastinya seringkali dibandingkan dengan Gerrard, tetapi ada banyak potensi.

Milner adalah penguasa versatile di bahagian tengah dengan burst larian yang bukan calang-calang. Mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai peranan di atas padang.

Rembatan kuat dan composed, mengambil penalti dengan bijak sambil menyembunyikan niat dan emosi. Berbekalkan pin point on the run crosses dan hantaran tepat ke dalam kotak penalti, dia banyak membantu penyerang Liverpool lebih berkesan musim ini.

Gameplay dan komposisi permainan Milner ni lebih kurang macam Shukor Adan masa dalam NS dulu, walaupun Shukor Adan sebenarnya bila kena rasuk saka, dia akan jadi emo lebih sikit dan kaki provoke. Malah dapat dilihat tugas dalam permainan antara Milner dan Shukor juga mengalami evolusi yang hampir sama.

Selain Lucas dan Sturridge, hanya Milner sahaja pemain Liverpool yang berpengalaman di pentas UCL. Pengalaman Milner di dalam UCL semasa bersama MCI pasti menjadi bekalan ampuh membawa Liverpool kembali ke ‘rumah asal’ kami. Liverpool mendapatkannya dengan percuma, tetapi pengalaman dan kemahirannya, tidak ternilai.

Ketua, banyak pengalaman, banyak misi, banyak mangsa, banyak musuh dan banyak rakan-rakan setia. Macam iron-willed head honcho Barney Ross dalam The Expendables.

Terima kasih, Milner!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

2 Comments

Leave A Reply