Kapal Yang Menyamar Jadi Pulau Tropika

4,035

Dalam episod P3rang Dunia Kedua yang terjadi diantara pihak negara Bersekutu (Alliance) dan negara Paksi (Axis), terdapat ribuan hikayat p3rtempuran yang terjadi di pelbagai tempat di seluruh dunia.

Terdapat kisah tragedi yang menyayatkan hati, ada pula cerita yang tidak masuk akal, tetapi ia sememangnya berlaku tanpa kita ketahui. Daripada ribuan catatan p3rtempuran daripada P3rang Dunia Kedua, saya akan mengisahkan tentang sebuah catatan p3rang yang menarik perhatian dunia. Kisah sejarah tentang sebuah kapal p3rang milik Belanda (Dutch) yang menyamar menjadi sebuah pulau tropika bergerak dalam misi menyelamatkan diri mereka daripada serangan armada laut empayar Jepun.

Gambar sebenar kapal Crijnssen menyamar sebagai sebuah pulau hutan tropika ketika belayar keluar dari perairan laut Jawa pada tahun 1942.

1. HNLMS ABRAHAM CRIJNSSEN: TERCETUSNYA P3RANG DUNIA KEDUA.

HNLMS Abraham Crijnssen merupakan sebuah kapal kelas ‘Jan van Amstel’ milik Tentera Laut Diraja Belanda, yang mana ia sebuah kapal yang berfungsi sebagai kapal yang menyahaktifkan periuk api di laut dan memberikan laluan yang selamat kepada kapal-kapal p3rang besar yang lain untuk belayar di lautan. Kapal Crijnssen ini dibina pada sekitar tahun 1930. Ia digunakan sebagai kapal yang berkhidmat kepada pihak Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) atau Verenigde Oostindische Compagnie (VOC) juga mengawal perairan Belanda di Eropah.

Pada perancangan awal, pihak Belanda ingin membina kapal kelas Jan van Amstel sebanyak 12 buah, tetapi disebabkan pada waktu tersebut negara Jerman yang dipimpin oleh Ad0lf H!itler sudah melancarkan P3rang Dunia Kedua dan berjaya menduduki negara Belanda, maka projeknya hanya siap separuh sahaja. Daripada 12 buah kapal ini, hanya sembilan buah sahaja yang berjaya disiapkan dan salah satunya adalah kapal Crijnssen.

Kapal Crijnssen dilengkapi dengan dua laras meriam Oerlikon 20 mm sebelum ditambah dengan persenjataan anti-kapal selam oleh pihak tentera Australia.

Baik, kita kembali kepada kisah utama dalam penulisan ini.

Kapal Crijnssen berlabuh pada siang hari berdekatan pulau untuk mengelakkan penyamarannya terungkap oleh pihak tentera Jepun.

2. P3RTEMPURAN LAUT JAWA: KEKALAHAN PASUKAN LAUT PIHAK BERSEKUTU.

Tahun 1940.

Empayar Jepun dibawah pemerintahan Maharaja Hirohito, negara f4sis Jerman dibawah pemerintahan Ad0lf H!tler dan negara f4sis Itali dibawah pemerintahan Benito Mussolini menyepakati untuk membentuk sebuah pakatan Paksi (Ax!s) melawan pihak Bersekutu (Alliance) dalam Perjanjian Tripartite Pact pada tanggal 27 September 1940.

Tahun 1941.

Pakatan Rome-Berlin-Tokyo ini mula mengatur strategi masing-masing untuk menentang pihak lawannya. Dan pihak musuh utama bagi Jepun adalah negara Amerika Syarikat.

Empayar Jepun mula menggerakkan pasukan tenteranya dalam skala yang besar seperti memusnahkan pangkalan pasukan laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour, menakluk Semenanjung Tanah Melayu daripada British, menguasai Selat Sunda dan perairan kepulauan Jawa daripada Belanda. Segala kekuatan yang berhubungkait dengan pihak Bersekutu dihancurkan dan disekat sejauh mungkin oleh pihak Jepun.

Umum diketahui, empayar Jepun pada waktu itu terkenal dengan kekuatan armada lautnya. Kekuatan laut ketiga paling terbesar pada waktu itu selain British (Royal Navy) dan Amerika Syarikat (USA Navy) adalah empayar Jepun (Imperial Japanese Navy).

Pada tanggal 27 Februari 1942, armada laut Jepun telah menghadapi armada laut Bersekutu (British, Amerika Syarikat, Australia dan Belanda) di Selat Gaspar dalam P3rtempuran Laut Jawa (Battle of the Java Sea). Dalam p3rtempuran laut ini, kekuatan armada Jepun lebih besar daripada armada pihak Bersekutu dan akhirnya pihak Bersekutu dikalahkan.

Sebanyak 5 buah kapal p3rang dari tiga jenis kelas dihancurkan dan seramai 3,600 kru terbvnuh yang dialami oleh pihak Bersekutu. Dengan kekalahan yang besar ini, maka pihak Bersekutu mengeluarkan arahan kepada semua kapal p3rang yang berlabuh dan belayar di perairan Nusantara supaya berundur dan bergabung dengan pasukan laut Australia yang berpengkalan di Australia.

3. PENYAMARAN PULAU HUTAN TROPIKA CRIJNSSEN.

Ketika berlakunya P3rtempuran Laut Jawa, kapal Crijnssen sedang berlabuh di pelabuhan SHTB di Surabaya. Apabila kapten kapal ini menerima arahan daripada pihak Bersekutu, maka beliau bersama 45 orang anak kapal bergegas untuk belayar menuju ke Australia.

Tetapi untuk keluar dari pelabuhan Surabaya menuju ke Australia pada waktu tersebut bukannya semudah yang disangkakan. Armada laut Jepun sudah menguasai hampir keseluruhan perairan Nusantara. Maka, menyelamatkan diri pada waktu tersebut amatlah sukar.

Pada permulaan pelayaran, kapal Crijnssen ditemani dengan tiga buah kapal p3rang yang lain, tetapi ketiga-tiga buah kapal ini berjaya dilacak dan dikejar oleh armada laut Jepun. Nasib tidak menyebelahi mereka, ketiga-tiga buah kapal p3rang ini berjaya ditenggelamkan oleh pihak Jepun.

Kini, hanya kapal Crijnssen sahaja yang terselamat dan terumbang-ambing belayar kesepian dan ketakutan di perairan Jawa. Musuh akan tiba pada bila-bila masa sahaja. Dari timur, barat, selatan atau utara. Mereka perlu berhati-hati. Silap langkah sedikit, maka tamatlah riwayat mereka.

Mereka hanyalah 45 orang manusia yang tersepit tanpa bantuan atau harapan. Menunggu maut datang menerkam.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tetapi anak-anak kapal Crijnssen tidak berputus asa. Mereka mencari idea dan strategi untuk mengelak bertembung dengan armada laut Jepun yang berkali ganda kuatnya. Mereka tahu, kekuatan kapal ini tidak mampu menembus kekebalan kapal pasukan Jepun, apatah lagi menenggelamkannya. Mereka mendapat sebuah idea. Idea yang sangat gila dan luar biasa.

Idea yang didasari daripada geografi Nusantara.

Mereka akan menukarkan kapal Crijnssen kepada sebuah pulau tropika. Penyamaran yang menguntungkan pada pihak mereka. Perlu diketahui, di sekitar perairan Malaysia dan Indonesia terdapat 18,000 buah pulau dari pelbagai saiz. Besar dan kecil. Kapal Crijnssen merupakan sebuah kapal yang kecil berkepanjangan 56 meter dan mudah untuk menelusuri ruang-ruang yang sempit diantara pulau-pulau. Maka dengan kelebihan ini, ia tidaklah susah untuk menyamar menjadi sebuah pulau diantara pulau-pulau yang lain.

Jadi, setelah idea ini dikemukakan, maka kapal Crijnssen berlabuh berdekatan sebuah pulau. Anak-anak kapal mula menebang pokok, mengambil daun-daun dan ranting pokok untuk menutup permukaan atas kapal. Segala permukaan besi yang boleh memantulkan cahaya disembunyikan. Badan kapal pula diwarnakan dengan warna kelabu, warna yang menyamai batu-batuan pantai.

Pekerjaan ini mengambil masa yang tidak lama. Setelah penyamaran ini dilengkapkan sepenuhnya, maka mereka mula belayar secara perlahan-lahan keluar dari perairan Jawa. Kalau dipandang dari jauh, kita tidak akan perasan ia sebuah kapal p3rang. Hanya sebuah daratan yang dipenuhi daun-daunan pokok.

Penyamaran sudah selesai, maka apakah strategi mereka yang lain pula? Ya, walaupun mereka tahu kapal tersebut sudah menyamar menjadi sebuah pulau, tetapi tidakkah pelik bagi sebuah pulau yang bergerak dengan kelajuan 28 km/jam di tengah lautan? Ia akan menimbulkan syak wasangka dari pihak Jepun dan kemungkinan penyamaran mereka akan terbongkar juga?

Tetapi, jangan risau, kapal Crijnssen hanya akan belayar pada malam hari secara perlahan-lahan dan berlabuh di beberapa pulau berdekatan pada siang hari. Dengan strategi ini, maka tentera udara dan armada laut Jepun tidak mampu menjejaki dan melihat segala pergerakan mereka.

Ya, dan strategi ini berjaya juga akhirnya.

Setelah lapan hari berhempas pulas menongkah arus lautan, bersembunyi dibalik bayangan pulau dan terseksa mental fizikal, maka kapal Crijnssen berlabuh dengan selamat di pengkalan laut Australia. Kesulitan yang dihadapi oleh 45 orang anak kapal diakhiri dengan senyum tawa yang bahagia.

Weh, gila kalau tak bahagia. Bayangkan pada waktu itu, hanya kapal itu sahaja yang merupakan kapal tanpa kekuatan persenjataan yang canggih, dikepung kiri dan kanan oleh musuh tanpa diduga dan hanya bermodalkan daun-daun pokok boleh keluar dengan selamat tanpa sebarang serangan.

Tambahan pula, kapal Crijnssen merupakan kapal terakhir dari pihak Bersekutu yang berjaya keluar hidup-hidup dari perairan Jawa yang dikawal ketat oleh armada laut Jepun. Fuh, syabas.

Sekarang kapal Crijnssen dipamerkan sebagai Muzium Angkatan Laut Belanda di kota Den Hedler setelah ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1960.

4. KAPAL P3RANG MENJADI SEBUAH MEMORI.

Walaubagaimanapun, kisah kapal Crijnssen tidak berakhir di sini. Ia diambil oleh Pasukan Laut Diraja Australia dan ditukarkan menjadi sebuah kapal anti-kapal selam dengan nama HMAS Abraham Crijnssen. Khidmatnya digunakan oleh pihak tentera laut Australia dari tahun 1942 sehingga tahun 1943.

Pada tahun 1943, pihak Australia mengembalikan kapal ini kepada pihak Belanda. Pihak Belanda terus menggunakannya dalam P3rang Dunia Kedua sehinggalah ia ditamatkan daripada senarai kapal laut Belanda pada tahun 1960. Dan akhirnya sekali lagi, pada tahun 1995, kapal Crijnssen dijadikan sebagai sebuah muzium Angkatan Laut Belanda dan ditempatkan di kota Den Hedler, Belanda sehingga ke hari ini.

Kini, kapal Crijnssen merupakan satu-satunya kapal yang penyamarannya paling epik di dalam rekod sejarah dunia p3rang moden.

– TAMAT –

RUJUKAN:

1. The Ship That Disguised Itself as an Island to Evade the Japanese in WWII (W4r History Online).

2. Plants Go to W4r: A Botanical History of World W4r II oleh Judith Sumner.

3. A stranded Dutch w4rship evaded Japanese b0mbers in WWII by disguising itself as an island (Business Insider).

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.