Di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah ketika ini, terdapat sebuah loceng yang diletakkan sebagai peringatan di situ. Di loceng tersebut, tertera tulisan HMS Malaya 1916.

Mungkin HMS Malaya kedengaran seperti sebuah kapal. Ya, ianya merupakan sebuah kapal dan lebih menarik, kapal ini dibiayai oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika era penj4j4han British dahulu. Malah HMS Malaya ini menjadi kebanggan buat rakyat Malaya pada suatu ketika dahulu.

HMS Malaya dibina oleh Syarikat Sir WG Armstrong yang berpusat di Newcastle, England. HMS Malaya merupakan sebahagian dari kapal p3r4ng kelas Queen Elizabeth. Selain berfungsi sebagai kapal p3r4ng, Kapal ini juga direka sebagai kapal pengiring.

Pelan HMS Malaya

Nama kapal ini diambil sempena nama Malaya sendiri kerana kapal ini dibiayai oleh pihak kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tidak lama selepas kapal ini siap dibina, HMS Malaya terlibat di dalam Pep3r4ngan Jutland.

Selepas p3r4ng berakhir, HMS Malaya dijadikan sebagai kapal pembawa  Sultan Mehmed IX yang dibuang negeri ke Malta pada November 1922.  Semasa Revolusi Arab yang berlaku sekitar 1938, HMS Malaya berlabuh di Pelabuhan Haifa ketika peristiwa itu berlaku. HMS Malaya juga sempat singgah pertama kali ke Malaya pada 1921.

HMS Malaya di Pelabuhan Swettenham pada 1921

Semasa kapal ini berlabuh di Malaya, pelbagai acara sukan diadakan seperti ragbi dan bolasepak. Sebuah piala pertandingan bolasepak juga diambil bersempena HMS Malaya, iaitu Piala HMS Malaya. Piala inilah dikenali sebagai Piala Malaysia yang kita kenali pada hari ini.

Sebaik sahaja Pe-Rang Dunia Kedua tercetus, HMS Malaya ditugaskan di perairan Mediterranean sebagai kapal pengiring. Pada Februari 1941, semasa memb3d1l Bandar Genoa, salah satu pe-luru yang dilancarkan tidak meletvp berhampiran dengan Katedral Genoa.  Pada Mac 1941,  semasa mengiringi konvoi dari Sierra Leone ke Liverpool, HMS Malaya telah ditor-pedo oleh sebuah kapal selam Jerman.

Bahagian kiri kapal mulai tenggelam sebanyak 7 darjah. HMS Malaya terpaksa keluar dari konvoi tersebut dan diiringi oleh kapal Crovus. HMS Malaya akhirnya tiba di Pelabuhan Trindad dengan selamat. Selepas siap dibaiki, HMS Malaya berlabuh di Pelabuhan New York untuk dibaiki sekali lagi selama empat bulan.

HMS Malaya di Perairan Aden

Di akhir-akhir p3r4ng, HMS Malaya diletakkan di dalam skuad simpanan. Sebelum Peristiwa D-Day, kapal HMS Malaya akhirnya dinyahaktif dan dijadikan sebagai kapal pengeb0m simpanan.

Pada penghujung tahun 1944, HMS Malaya dijadikan sebagai salah sebuah kapal di dalam pusat latihan t0rp3d0.  Pada Februari 1948, kapal HMS Malaya akhirnya dijual dan dimvsnahkan  di Faslane. Loceng kapal ini dibawa ke Malaya dan dipersembahkan kepada Majlis Kerajaan Negeri Perak. dan digantung di dalam Dewan Majlis tersebut.

Sebuah loceng lagi diberikan kepada pihak Victoria Institution pada 1947. Pada 2007, loceng ini kemudiannya diberikan kepada T3nt3ra Laut Diraja Malaysia dan akhirnya loceng ini ditempatkan di Pusat Hidrografi Nasional hingga ke hari ini.

RUJUKAN:

Othman, Z. (2019, March 18). The last link to HMS Malaya: New Straits Times. Retrieved January 14, 2021, from https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/470269/last-link-hms-malaya

Yusof, T. (2019, March 18). HMS Malaya: Federated Malay States paid for ship: New Straits Times. Retrieved January 14, 2021, from https://www.nst.com.my/news/nation/2019/03/470285/hms-malaya-federated-malay-states-paid-ship

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.