Sejak kebelakangan ini, ramai berminat untuk tahu tentang ivermectin. Jadi inilah masa yang sangat sesuai untuk menceritakan tentang pembohongan tentang satu kajian ivermectin. Sebelum itu, harus faham dulu proses pembentangan fakta dalam sains.

Ambil pokok sebagai contoh mudah. Semua cakap daun berwarna hijau. Ini memang fakta sains yang sudah diketahui. Tetapi kalau ada yang cakap daun pokok tiada warna (colorless), ini adalah andaian.

Orang yang cakap sebegitu perlu membuktikan dulu dengan menulis kertas kerja. Jika berjaya, ia belum digelar satu dapatan saintifik. Kertas kerja tersebut mesti dikaji secara bersilangan (oleh pakar botani tidak berkaitan).

Kalau mereka bersetuju dengan fakta dibentangkan barulah diterima pakai sebagai fakta sains. Orang yang keluar menonong cakap daun tiada warna takkan dilayan sebagai fakta selagi tidak menepati proses ini.

Sama juga dengan ivermectin. Dengan COVID-19 meletup-letup, ada yang mencadangkan ivermectin sebagai ubat. Ada beza antara ubat dan vaksin.

Tiada apa boleh menyantuni keabsahan usaha vaksinasi melainkan rawatan ubat yang berkesan dan selamat. Cuba ambil iktibar daripada penularan wabak kolera yang ada ubat dan vaksin.

Sesiapa yang pernah terkena kolera memang tahulah azabnya. Mereka tidak buang masa berdebat keperluan vaksin waktu ada ubat.

Mereka menerima kedua-duanya. Vaksin vaxchora sekarang ini terbukti selamat dan berkesan untuk menangani penularan wabak kolera. Pada masa yang sama, ubat azithromycin, ciprofloxacin dan doxycycline disediakan sebagai rawatan antibiotik.

Inilah hakikat yang perlu dihayati. Walaupun ada antibiotik dan vaksin, sains akur bahawa rawatan terbaik adalah hidrasi (pengambilan air yang mencukupi).

Penghidrasian.

Tengok COVID-19 pula. Walaupun ada vaksin yang bagus (dan belum ada ubat terbukti berkesan), sains tidak pernah sama sekali meminta semua bertaklid buta hingga ke lubang biawak pada ivermectin. Vaksin masih perlu. Penjarakan sosial pun perlu. Pelitup muka sentiasa wajib – kalau boleh dua lapisan.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang menjaja ketahyulan tentang ivermectin. Dan ketahyulan ini siap menceroboh kertas kerja sains pun.

Cerita ini berlaku di Mesir, apabila pekung Dr Ahmed Elgazzar daripada Universiti Benha dilondehkan seorang pelajar di London bernama Jack Lawrence. Pada November 2020, Dr Elgazzar menerbitkan satu kertas kerja. Dalam kertas kerja tersebut, beliau bercerita secara panjang lebar perihal satu ujian ivermectin secara kawalan rawak (randomized control testing).

Hasil ujian ini adalah seperti berikut (menurut Dr Elgazzar):

  1. Pesakit COVID-19 yang menerima rawatan ivermectin semasa peringkat permulaan gejala didapati sembuh dengan begitu pantas.
  2. Pesakit COVID-19 yang menerima rawatan ivermectin ketika menghadapi peringkat tinggi didapati pulih dengan kadar kematian rendah.

Dapatan ini tidak benar langsung (CodeBlue, 2021). Kerana Lawrence mendapati Dr Elgazzar sekadar copy paste daripada kajian-kajian orang lain, dengan hanya guna teknik sinonim bagi mendapatkan keaslian dalam kajian. Orang lain guna “severe acute respiroatry syndrome”.

Elgazzar guna “extreme intense respiratory syndrome”. Kajian orang lain cakap “the coronavirus has been a known pathogen in animals since the early 1970s”. Elgazzar pergi tulis “coronavirus has been a recognised pathogen in animals in early 1960s” bagi menceritakan konteks sama: “koronavirus sudah dikenal pasti sebagai satu kuman berpenyakit dalam haiwan seawal 1960-an.”

Kalau setakat sinonim tidak mengapa. Elgazzar menipu perihal data pun. Kertas kajian cakap lain. Data penyelidikan cakap lain. Contohnya, kertas kajian cakap penyelidikan diuji pada pesakit COVID-19 antara umur 18 hingga 80 tahun.

Tetapi sebenarnya Elgazzar hanya menggunakan ivermectin pada empat pesakit berumur 18 tahun. Bagi kajian rawatan bukan ivermectin, Elgazzar cakap empat dalam 100 orang mati (padahal tiada siapa mati). Dalam kategori ivermectin, Elgazzar berkata dua pesakit kronik mati… walhal empat orang yang mati.

Macam mana Lawrence tahu data sebenar? Beliau menggodam rizab data Elgazzar (yang dikunci). Tidak susah pun. Sebab kata laluan Elgazzar adalah 1234.

Penipuan ini sangat serius sebenarnya. Kerana orang yang tidak tahu menahu silap haribulan pergi guna ivermectin berdasarkan kajiannya. Apabila pekung dilondeh, kajian Elgazzar terus ditarik balik (Fiore, 2021). Dan pihak berkuasa Mesir sudah melancarkan siasatan terhadapnya.

RUJUKAN:

CodeBlue. (2021, Julai 16). Huge Study Claiming Ivermectin Effective Against Covid-19 Retracted Amid Fraud, Plagiarism Concerns.

Fiore, K. (2021, Julai 20). Large Ivermectin Study Retracted. Medpage Today.

Hilmy, I. (2021, Ogos 2). Ivermectin clinical trials begin. The Star Online.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.