Beberapa perkampungan dan bandar kecil di Itali menawarkan bayaran sehingga €28,000 kepada sesiapa yang mahu berpindah ke situ. Syaratnya mudah: berusia di bawah 40 tahun dan mesti menetap di kawasan berkenaan dalam tempoh 90 hari selepas disahkan layak. Ini syarat dikenakan kawasan perkampungan Calabria.

Di samping itu, pemohon juga perlu bersedia membina perniagaan atau menerima pekerjaan spesifik bagi melayakkannya mendapat bayaran. Perkampungan Calabria yang terletak di kawasan paling hujung di Itali itu mempunyai populasi seramai 2,000 orang tetapi berdepan masalah pengurangan populasi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Pemohon boleh dibayar menerusi ansuran bulanan €800-€1000 dalam tempoh tiga tahun. Mereka juga boleh menerima semua wang berkenaan sekiranya ingin membuka perniagaan baru di kawasan yang dipilih. Antara bentuk perniagaan yang dijangka mendapat pembiayaan ini ialah restoran dan kedai-kedai.

Semasa ditemubual saluran berita CNN, kaunselor wilayah Gianluca Gallo memberitahu skim yang dipanggil skim pendapatan tempat tinggal aktif bertujuan merangsang ekonomi setempat dan memberi nafas baru kepada kawasan-kawasan ini. Ini kerana dengan membawa golongan muda ke kawasan-kawasan sebegini, ia dapat menambahbaik mutu kehidupan penduduk di situ.

Buat masa ini, skim dihadkan kepada kawasan yang mempunyai populasi 2,000 orang ke bawah. Tetapi sekiranya skim insentif ini mendapat sambutan menggalakkan, ia akan dikembangkan kepada kawasan berpopulasi 3,000 orang ke bawah. Dijangkakan lebih banyak permohonan akan diterima dalam minggu-minggu berikutanya dengan peruntukan dana €700,000.

Selain Calabria, beberapa perkampungan dan bandar kecil lain turut menawarkan insentif sama. Perkampungan Santa Fiora, Tuscany dan bandar kecil Rieti, Lazio menawarkan insentif kepada pekerja jarak jauh dan menawarkan sewa rumah pada kadar diskaun 50% sekiranya tinggal selama dua hingga tiga bulan. Dengan kadar sewa sekitar €300-€500 sebulan, pekerja boleh membayar sewa serendah €100 sebulan.

RUJUKAN:

Coffey, Helen. (2021). ITALIAN VILLAGES TO PAY MILLENNIALS UP TO €28,000 TO MOVE THERE. The Independent. Diambil dari https://www.independent.co.uk/travel/news-and-advice/italy-village-millennials-pay-move-b1883193.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.