Kamala Harris Keturunan India Jadi Vice-President, Kenapa Malaysia Tak Boleh Buat?

1,361

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ada segelintir warga Twitter tempoh hari menyuarakan di Amerika Syarikat, seorang migran yang berketurunan India telahpun dipilih menjadi Vice President US, tapi tak di negara kita. Namun, ada hakikat yang tak didedahkan sekali.

Sebelum mengulas mengenainya, saya suka untuk menjadikan buku Who Are We tulisan seorang sarjana US iaitu Samuel P. Hungtinton sendiri dalam mengulas identiti seorang berbangsa Amerika Syarikat. Buku ini menggariskan apa yang menjadikan seorang itu bangsa Amerika yang sejati.

Buku ini meletakkan bahawa ada beberapa ciri-ciri identiti Amerika antaranya iaitu:

1. Berbahasa Inggeris
2. Beragama Kristian Protestan
3. Menghormati Perlembagaan/Undang-Undang
4. Memperjuangkan kebebasan individu US agar tak dicampuri kerajaan.

Buku ini ditulis oleh Samuel P. Hungtinton atas rasa risaunya melihatkan gelombang imigran alaf baru terutama orang Latino/Arab yang tidak seperti gelombang-gelombang awal imigran di US yang datang ke tanah air US menghormati national creed sebuah Amerika Syarikat. Ini berbeza dengan gelombang imigran sebelum gelombang alaf baru ini.

Identiti seorang rakyat US harus dibincangkan semula menurut beliau agar identiti ini tidak lenyap ditelan oleh gelombang baru imigran ini. Dan sekarang, kita ke arah pencerahan seterusnya. Apakah Kamala Harris menepati ciri-ciri national creed yang digariskan oleh Hungtinton?

Pertama, Kamala Harris sebenarnya sangat fasih berbahasa Inggeris. Dengarlah setiap ucapan beliau dalam pemilihan presiden US, betapa accentnya sangat Amerika, seperti kulit putih sendiri, tidak ada pelat-pelat pelik. Jadi, syarat pertama fasih berbahasa Inggeris. Kamala = lulus!

Kedua, Kamala Harris adalah seorang pengganut Kristian yang sangat taat. Kamala mengambil sumpah menjadi senator dengan menggunakan Bible. Republican cuba menjatuhkan kredibiliti beliau dengan menuduh beliau bukan seorang Kristian yang taat agar rakyat US tak pilih beliau.

Malah dalam beberapa siri kempen beliau untuk Biden, beliau turut memetik beberapa quote daripada Bible sendiri malah menggesa Jesus menjadi contoh dalam dada setiap rakyat Amerika Syarikat.

Jadi sebenarnya kat US, tak kisahlah kau bangsa apa-apa pun asalkan kau beragama Kristian. Agama sangat penting. Dan dari dua kayu ukur ni kita tahu yang Kamala walaupun seorang migran, dia dah berasimilasi ke dalam kebudayaan majoriti US iaitu Anglo-Saxon-Protestan.

Di Malaysia, kita juga ada perdana menteri seperti itu juga. Tun Mahathir seperti Kamala, memiliki keturunan India, tetapi sudah berasimilasi ke dalam budaya majoriti Melayu-Islam, tak tumpah seperti Kamala Harris.

Tun Mahathir seorang yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya. Keturunan beliau dah berasimilasi ke dalam bangsa Melayu. Beliau seorang Islam yang taat. Jadi, apa bezanya kita dengan US?

Malah mungkin kita lagi maju daripada mereka! Pada tahun 1960, seorang kanak-kanak berkulit hitam bernama Ruby Bridges menjadi orang kulit hitam pertama diterima bersekolah bersama kulit putih.

Hari pertama Ruby Bridges adalah dipenuhi dengan ejekan penuh perkauman dari pelajar mahupun ibu-bapa kulit putih yang menentang dia bersekolah bersama dengan mereka! Sampai federal marshall kena iringi budak ni sebab nak jaga keselamatan dia.

Kita di Malaysia pada ketika itu, baru negara kita merdeka, kabinet kita terdiri daripada mereka yang berbilang bangsa. Tun Sir Henry Lee Hau-shik menjadi Menteri Kewangan pertama Tanah Melayu. Tun V.T. Sambanthan menjadi Menteri Kesihatan pertama kita.

Tahniah Malaysia, kita jauh lebih baik daripada negara Amerika Syarikat, malah meninggalkan mereka berbatu-batu. Cuma masalahnya kita di Malaysia, masih belum ada identiti kebangsaan yang jelas seperti di negara mereka.

Apa itu bangsa Malaysia? Budaya majoriti bangsa yang mana harus menjadi national creed negara kita? Apakah kita perlu menjadi bangsa yang menjadikan asimilasi asas kita seperti mana US, Indonesia, Thailand dan dasar intergerasi yang kita amalkan cukup baik?

Selagi perkara ini kita tak duduk semeja, selesaikan antara kita, maka janganlah bermimpi untuk perkara-perkara “progesif” yang lain. Apalah gunanya bergelar rakyat Malaysia, bersamakan bantal, tetapi mimpi kita lain-lain?

Kalau kata sepakat ini kita berjaya capai bersama, saya percaya perbincangan-perbincangan lain dapat kita jadikan lebih mudah. Saya percaya pada rasionalnya rakyat Malaysia dan negara saya yang tercinta ini.

Dan kayu ukur terakhir yang kita boleh contohi daripada Kamala Harris. Beliau sangat menghormati perlembagaan Amerika Syarikat. Tetapi di Malaysia,  tetapi apakah mereka di Malaysia yang membangkitkan mengenai Kamala Harris menjadi vice-president, hormat artikel 153 dari perlembagaan yang merangkumi hak orang Melayu dan juga bumiputera yang lain?

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.