Setiap inci tanah di Timur Tengah mempunyai tandatangan Amerika Syarikat. Disebabkan dasar beberapa presiden, rantau tersebut telah riuk dikerjakan. Jurang antara kaya dan miskin satu hal. Perbandingan antara dua negara pun berjarak juga. Senang kata kekayaan Arab Saudi tiada di Iraq.

Oleh kerana Amerika terlalu terlibat di Iraq selepas kejatuhan Saddam, ramai dalam kalangan rakyat mula berpaksi kepada Iran pula. Itu pun satu masalah juga, yang meruncing kepada kemelut “sectarianism” berterusan sehingga hari ini.

Namun Amerika Syarikat baru saja masuk di pentas Timur Tengah sebenarnya. Selepas P3r4ng Dunia Kedua, Barat lebih menumpukan perhatian untuk menundukkan mvsvh yang sangat menggervnkan – Kesatuan Soviet.

Kebangkitan Soviet sebagai kuasa kedua memang menggigilkan Amerika Syarikat. Perihal nuklear merupakan antara sebab utama Tetapi yang betul-betul buat Amerika tidak senang duduk ialah keupayaan sosioekonomi didabik Soviet.

Peta Kemiskinan 2009 (selepas pembangunan banyak negara)

Angkara British, banyak negara di Asia terjervt dengan kemiskinan tegar. Status kefakiran sebuah negara merupakan baja paling organik untuk percambahan benih komunisme.

Itulah sebab Vladimir Lenin berjaya membina platformnya. Perut yang lapar boleh membuat orang lupa tuhan pun. Bila sudah kenyang, susah pula nak taubat sebab takutkan laras sen4p4ng sang penguasa.

Dengan China dan Yugoslavia (tidak berkaitan dengan hujah British) bangkit sebagai negara komunis, geopolitik dunia semakin cenderung antara “kapitalisme v komunisme”.

Jadi persoalannya, bila kali pertama Amerika masuk Timur Tengah?

Garisan M4ut Di Teluk Sidra

Sebutan popular di Internet sentiasa memetik nama Os4m4 bin L4d3n, Saddam Hussein dan Ruhollah Khomeini sebagai asbab. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku di Teluk Sidra yang menapak langkah pertama di Timur Tengah (lebih tepat sebenarnya Afrika Utara).

Sudahlah bengang kerana kes TWA Flight 847 dan s3r4ngan di lapangan-lapangan terbang Rom dan Vienna, kesabaran Amerika diuji sekali lagi oleh nama yang agak popular juga.

Muammar Gaddafi telah memasangkan teknologi Soviet pada penghujung 1985 untuk mengukuhkan kedudukannya di Teluk Sidra (atau menurut Libya, Garisan M4ut). Gaddafi kemudiannya mengugut akan t3mb4k jika kapal Amerika menyeberangi garisan tersebut.

Dan pada 24 Mac 1986, apa yang boleh selesai dengan diplomasi dan kematangan telah berakhir dengan minyak dan api. Kedatangan USS Ticonderoga, USS Scott dan USS Caron memaksa Gaddaf untuk kotakan janji. Pertukaran pelvrv antara dua pihak ini berakhir dengan keb4k4ran.

Bot Libya Yang Terb4k4r

Hasil daripada pertunjukan kuasa ini, Gaddafi hanya mer0sakkan hubungan Libya bersama Amerika. Lima tahun kemudian pula, Amerika datang semula dengan s3r4ngan yang membvnvh 45 t3t3ra Libya. Pada masa yang sama, mereka mengh4ncvrkan banyak aset pertahanan dimiliki Libya.

Salah seorang yang didakwa terbvnvh ialah Hana Gaddafi, seorang bayi yang belum kenal dunia lagi. Namun terdapat juga maklumat bahawa Hana tidak wujud pun, bahawasanya ia ialah dakyah emosi daripada Muammar (Walker, 2011).

United States of Arabia?

Zaman 1980-an merupakan detik paling sengit antara Amerika dan Timur Tengah. Sambil mensasarkan Gaddafi, Amerika juga mempunyai suatu senarai panjang tentang ahli politik Arab termasuk Saddam Hussein dan Yasser Arafat.

Namun tiada seorang pun yang lebih meng4ncam berbanding Gaddafi sendiri. Amerika berkeyakinan bahawa Gaddafi sedang mengimpikan Libya sebagai kuasa nuklear. Penjajahan Libya di Chad dipetik sebagai bukti utama oleh kerana negara jajahan tersebut sebenarnya kaya dengan uranium.

Matlamat akhir Gaddafi pula merupakan risik0 utama bagi kepentingan Amerika. Pada masa mereka semakin membenamkan Soviet, impian Gaddafi untuk menubuhkan sebuah persekutuan Arab Islam memang menggigilkan.

Ibaratkan jatuhnya singa, bangkit pula harimau. Sudahlah dari awal lagi Gaddafi didakwa terlibat secara terus dalam ser4ng4n Rom dan Vienna. Pada 5 April 1986 pun Libya telah mengeb0m kelab malam La Belle di Berlin Timur.

Jadi jika tertubuhkan kuasa besar Arab di Timur Tengah yang bersatu lagi bersepadu, doktrin Amerika di Timur Tengah lantas berubah secara ketara. Jadi Amerika menggunakan falsafah “p0t0ng kepala untuk membvnvhkan ular”.

Matlamat itu hanya tercapai berdekad-dekad kemudian apabila berlakunya Kebangkitan Dunia Arab yang menamatkan Muammar Gaddafi.

RUJUKAN:

Walker, P. (2011, August 26). Gaddafi’s daughter Hana: (ditapiskan) or a practicing doctor? The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2011/aug/26/hana-gaddafi-daughter-mystery

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.