Terdapat beberapa jawapan yang baik di sini. Kesimpulan yang luar biasa adalah mungkin pertumpahan d*rah tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang yang terburuk dalam sejarah.

Amerika akan menjatuhkan lebih banyak bom atom dan kemudian menyer*ng secara berterusan. Kedua-dua per*ng ini mengakibatkan bencana besar bagi Jepun, baik terhadaporang awam mahupun tentera.

Sekiranya Jepun tidak menyerah, Amerika akan menyer*ng. Bahkan, dalam sejarah, persiapan untuk melakukan pencerobohan terhadap Jepun sudah pun berjalan dengan baik disaat Maharaja Hirohito hendak menyerah kalah.

Berdasarkan Pertemp*ran di Iwo dan Okinawa, korb*n di pihak tentera Jepun adalah 10 hingga 1 berbanding tentera Amerika. Kem*tian melibatkan orang awam di Okinawa merupakan salah satu tragedi paling besar dalam sejarah zaman moden.

Berdasarkan apa yang kita ketahui tentang Maharaja, dia pasti akan menyerah juga. Sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya, itu masih tidak memberi jaminan bahawa pihak tentera akan menyerah. Amerika mungkin terpaksa menghadapi lebih ramai kelompok saki baki pasukan tentera Jepun yang masih meneruskan operasi di mana-mana pergunungan di Pasifik dan Asia Tenggara selama bertahun-tahun, seperti yang pernah terjadi di beberapa pulau Pasifik.

PENINGKATAN KADAR BUN*H DIRI

Isu utama yang harus diberi perhatian ialah apa yang akan berlaku adalah orang awam. Pihak Jepun sudah lama mempersiapkan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak untuk berper*ng. Program ini dikenali sebagai “Ketsugo”. Ketsugo adalah sebuah program dan ia didokumentasikan, tetapi tiada sesiapa pun yang tahu sejauh mana orang awam sebenarnya akan turut berper*ng.

Tidak seperti Ketsugo, tentera Jepun yang menggalakkan amalan membun*h diri dikalangan orang awam dan membun*h orang lain adalah satu usaha dokumentasi yang terbaik pernah dilaksanakan. Tentera Jepun di Pasifik (Saipan dan Okinawa) mendorong orang awam untuk membun*h diri dan jika mereka enggan secara berterusan, tentera akan membun*h orang mereka sendiri, biasanya dengan menembak atau melemparkan bom tangan dan bahan l3tupan lain ke dalam gua tempat mereka bersembunyi.

Saipan di Mariana adalah wilayah pertama yang diser*ng oleh Amerika Syarikat dengan populasi penduduk awamnya adalah warganegara Jepun. Pertemp*ran yang sengit menyebabkan anggota-anggota marin merasa gementar ketika mereka melihat golongan ibu bersama dengan bayi di tangan mereka melompat dari tebing yang tinggi.

Amanalan bun*h diri juga berlaku di Okinawa dan pembun*han orang awam oleh tentera mereka sendiri sangat ketara di Okinawa.

Tidak ada cara untuk mengesahkan maklumat ini, tetapi sejumlah besar orang awam mungkin telah dibun*h oleh tentera Jepun untuk mengelakkan dari mereka jatuh ke tangan pihak Sekutu. Tidak mustahil perkara ini boleh berlaku, tetapi sejauh mana askar Jepun yang akan m*ti akan membun*h diri bersama-sama dengan orang awam di kepulauan utama Jepun tidak diketahui.


Orang Jepun mungkin memandang rendah terhadap orang Okinawa, tetapi apa yang telah mereka lakukan di kepulauan utama Jepun dengan orang-orang mereka sendiri masih tidak kita ketahui.

Sekalipun tentera Jepun mengubah dasar-dasar yang diterapkan di Okinawa, jikka kerajaan mereka tidak menyerah kalah, rakyat Okinawa tetap akan m*ti dalam angka korb*n yang tinggi sehingga berjuta-juta kerana masalah kebuluran akibat ketiadaan bekalan makanan yang semakin buruk.

Perbincangan mengenai cara menamatkan per*ng didominasi oleh cadangan penggunaan senjata nuklear oleh Amerika Syarikat. Dan tumpuannya adalah pada korb*n jiwa, manakala kira-kira 0.2 hingga 0.3 juta orang yang akan ditambahkan selepas angka mereka yang terkorb*n berdasarkan laporan selepas l3tupan akibat kecederaan.

MASALAH BEKALAN MAKANAN

Dunia lebih tertarik hendak melihat kesan selepas pengeboman berbanding kesan akibat kebuluran. Jepun adalah satu-satunya negara perindustrian di Asia pada waktu itu. Ini bermaksud makanan harus diimport untuk keperluan populasi pekerja industri yang semakin meningkat di bandar-bandar perindustrian yang membangun di Jepun.

Walaupun sebelum Jepun mula melaksanakan revolusi perindustrian, makanan sentiasa menjadi masalah utama. Jepun adalah sebuah negara yang dipenuhi dengan kawasan pergunungan. Sumber daya ekonomi Jepun hanya memiliki sekitar 10-15 peratus kawasan tanah yang sesuai untuk membangunkan industri pertanian, ia teramat kecil.

Berbeza dengan China yang mer*ngkumi sehingga 50 peratus kawasan tanah yang boleh dijadikan tanah pertanian. Keperluan yang mendesak terhadap sumber makanan adalah salah satu punca yang menyebabkan tentera Jepun mula meluaskan sempadan empayar mereka setelah Per*ng Dunia I.

Pencerobohan pertama Jepun berlaku di Manchuria (1931), dan kemudian mereka cuba menakl*k seluruh China (1937). Masalahnya bagi Jepun ialah, per*ng yang berterusan tidak menyelesaikan masalah mereka, malah semakin memburukkannya.

Pencerobohan terhadap China menghasilkan lebih sedikit makanan daripada apa yang mereka jangkakan. Sebilangan besar makanan yang diperoleh terpaksa digunakan untuk mengisi perut anggota tentera Jepun yang berada di China. Memang berlaku beberapa penghantaran stok makanan ke kepulauan utama Jepun, tetapi per*ng telah meminimakan statistik pengeluaran makanan di kedua-dua negara China dan Jepun.

KEKURANGAN SUMBER LAIN

Gangguan akibat per*ng memberi kesan buruk kepada pengeluaran hasil di China, tetapi jarang disedari, ia juga mengurangkan hasil penuaian di Jepun sendiri. Di sini, faktor utama ialah pengambilan pekerja dari luar bandar untuk menyertai kerahan tenaga tentera telah mengurangkan tenaga kerja dalam industri pertanian.

Dan keadaan bertambah buruk dengan bermulanya Per*ng Pasifik. Sekali lagi makanan menjadi salah satu objektif Jepun dalam melancarkan Per*ng Pasifik dengan Amerika Syarikat dan merebut Zon Sumber Selatan (SRZ) pada Disember 1941. Walaupun Jepun memperoleh keuntungan yang luar biasa dari SRZ pada awal per*ng, Jepun telah kehilangan kawalan dominasi ke atas angkatan laut bermula dengan Pertemp*ran Midway (Jun 1942).

Jepun mempunyai armada maru (kapal-kapal dagang) yang memadai untuk digunakan ketika aman damai, tetapi tidak sama sekali mencukupi untuk digunakan ketika per*ng. Bahkan kempen kapal selam Amerika memfokuskan terhadap maru. Akibatnya, walaupun merebut banyak kawasan penghasilan makanan di SRZ, Jepun tidak mempunyai cara untuk mengangkut makanan itu pulang ke kepulauan utama mereka.

Perkara ini boleh difahami berdasarkan perincian berikut. Kementerian Pendidikan Jepun akan mengadakan program mengukur berat dan ketinggian tubuh pelajar-pelajar sekolah pada setiap tahun. Mereka akan membandingkan data yang dikumpulkan di bandar dengan data luar bandar menunjukkan bahawa anak-anak bandar lebih pendek dan beratnya lebih ringan daripada anak-anak dari luar bandar.

Hasil dari perbezaan ini hanya menambahkan lagi situasi yang semakin teruk apabila ia diteruskan untuk merekrut anak-anak dari luar bandar menyertai tentera, dan masalahnya bukan hanya berkenaan hasil tuaian dan sekatan barangan import, masalah pengangkutan juga sedang meningkat.

Kekurangan sumber bahan bakar menyebabkan Jepun semakin sukar untuk mengangkut stok makanan dari luar bandar ke bandar-bandar. Masalah lain pula ialau para nelayan. Jepun bergantung penuh pada sumber lautan terutamanya ikan untuk protein dan apabila sumber bahan bakar semakin berkurangan, pihak Amerika Syarikat pula sudah mula menenggelamkan kapal-kapal nelayan Jepun, menyebabkan sumber protein utama hilang.

Kesemua turutan masalah ini bermula ketika kempen pengeboman strategik Amerika mula mencapai hasilnya (Februari 1945).  Menjelang Musim Panas 1945, gadis-gadis yang bekerja di kilang perindustrian melaporkan merasa ‘bertuah’ kerana menemui secebis mi di bahagian bawah mangkuk sup mereka.

Orang Jepun hampir m*ti kebuluran. Dan sekiranya Per*ng berlanjutan sehingga bulan September, rakyat Jepun akan mula kelaparan. Maharaja, menteri-menteri kabinet, dan pemimpin tentera mengetahui perkara ini. Namun mereka nekad untuk meneruskan per*ng, mengabaikan malapetaka yang mereka kumpulkan untuk dihadapi oleh rakyat Jepun.

Setiap perkara-perkara ini amat penting untuk difahami disebalik perbahasan mengenai keberkesanan penggunaan senjata nuklear. Bom nuklear sememangnya mengerikan, tidak diragukan lagi. Tetapi sayangnya para pengkritik yang paling tegas terhadap keputusan Presiden Truman untuk menggunakan bom pada waktu itu pun tidak dapat memberikan senario atau alternatif yang boleh menyelamatkan lebih banyak nyawa orang Jepun berbanding menjatuhkan bom.

PER*NG PROKSI

Baiklah, walaupun secara hipotesisnya, jika bom tidak digugurkan dan Jepun akan terus bertahan, kesimpulannya Jepun tetap akan kalah teruk. Mengapa?

Dari September-Disember hingga beberapa waktu yang tidak pasti lagi, akan ada dua pertemp*ran besar. Dari utara, Kesatuan Soviet akan mengambil alih Sahalin utara dan beberapa pulau-pulau kecil yang lain, akhirnya akan bergerak menuju ke wilayah Tohoku. Dari selatan pula Amerika Syarikat akan melaksanakan Operasi Downfall, mereka akan merebut semua kawasan bermula dari Kyushu hingga Tokyo.


Namun Soviet mungkin akan mendapat lebih banyak kawasan sehingga ke Tokyo.  Tidak pasti sama ada British atau Republik China akan memperoleh tanah atau tidak kerana Amerika akan mempunyai pengaruh terbesar dalam persidangan perdamaian rasmi yang bakal memecahbelahkan Jepun, dengan alasan bahawa Amerika Syarikat adalah satu-satunya pihak yang menyer*ng.

Akibat per*ng-per*ng ini, Jepun akan dibentuk semula menjadi dua negara yang terpisah, salah satunya adalah negara boneka komunis yang disokong oleh Soviet (berfungsi sebagai negara penyangga menentang Amerika Syarikat yang akan menempatkan unit di Selatan). Gambar di atas merupakan contoh geografi Jepun sekiranya senario ini berlaku.

Teori ini boleh berguna jika kita melakukan kajian dengan melihat situasi sekeliling yang telah dan pernah berlaku sepanjang sejarah, antara contoh paling dekat dan kekal hingga kini ialah Korea dan China. Korea terpecah kepada dua bahagian manakala China terpecah di antara tanah besar dan pulau Taiwan. Contoh cubaan memecahbelahkan negara yang dianggap gagal adalah Turki.

Kemusnahan akibat per*ng akan menjadikan Jepun sebagai ‘negara dunia ketiga’ kerana ketidakstabilan politik yang berlaku akibat pergeseran di antara kedua-dua negara. Kemungkinan besar akan berlaku pertembungan ketenteraan yang berpotensi untuk menghalang Jepun wujud sebagai sebuah negara bangsa yang bebas.

Per*ng proksi di Asia akan menjadi per*ng jangka masa pendek tetapi memberi kemenangan besar bagi pihak komunis Kerana Amerik tidak dapat memanfaatkan Jepun untuk per*ng mereka di semenanjung Korea, Amerika kemungkinan besaf akan kalah.

Oleh itu, tidak akan ada Korea Selatan, dan seluruh semenanjung Korea mungkin akan diperintah oleh Korea Utara hingga sekarang. Boleh dikatakan bahawa Jepun pula akan berada dalam keadaan berpecah seperti Korea Selatan dan Utara hari ini, mungkin akan wujud Republik Sosialis Jepun dan Jepun Selatan?

PERANAN BESAR SOVIET

Penyerahan kalah pihak Jepun sebenarnya telah merendah-rendahkan peranan besar Kesatuan Soviet dalam usaha mengalahkan Kuasa Paksi.

Jepun tidak menyerah kalah kerana Amerika Syarikat menggugurkan bom atom terhadap Hiroshima dan Nagasaki. Kesan dari pasca ser*ngan pengeboman yang gagal di Tokyo itu lebih besar dan mereka masih boleh mengabaikannya.

Kehilangan dua buah bandar akibat l3tupan bom atom bukanlah jalan m*ti yang strategik bagi Jepun – dan untuk menamatkan per*ng, senjata berkuasa tinggi bukanlah satu-satunya penentu tunggal dalam apa cara sekalipun, ia hanya berguna untuk menahan kuasa-kuasa besar daripada berper*ng secara konvensional, bahkan hingga hari ini Amerika dan Rusia masih berper*ng namun melalui proksi-proksi mereka di Timur Tengah.

Kekalahan Jepun direncanakan sebagai antara langkah penting diambil oleh pihak Sekutu untuk menghabiskan semua pilihan strategik Jepun yang masih ada, sekarang mari kita lihat apa itu dua pilihan strategik Jepun:

  • Jepun telah menandatangani perjanjian berkecuali selama lima tahun dengan Soviet pada bulan April 1941. Menteri Luar Negeri Togo Shigenori berharap agar Stalin yakin dapat mengetengahkan jalan penyelesaian antara Amerika Syarikat dan sekutunya. Bagaimanapun, ini adalah satu kepentingan bagi Soviet untuk memastikan bahawa syarat penyelesaian itu tidak terlalu menguntungkan Amerika Syarikat: peningkatan pengaruh dan kuasa Amerika Syarikat di Asia bererti pengurangan kekuatan dan pengaruh Rusia.
  • Tentera Imperialis dikerah untuk menghancurkan pasukan Sekutu, dengan harapan Amerika Syarikat akan menawarkan syarat yang lebih baik dalam rundingan damai. Pilihan Ketenteraan ini bukan satu perkara yang boleh dibuat gurauan, tidak seperti Third Reich pada hari-hari terakhirnya, Jepun masih belum kehabisan perancangan strategik mereka. Mereka masih melatih 3,000,000 orang tentera yang kuat, itu belum termasuk pasukan militia sukarelawan awam yang telah menjalani latihan ketenteraan secara wajib sebagai warganegara Jepun.


Amerika Syarikat sudah mengetahui pelan Pilihan Strategik Ketenteraan yang dimiliki Jepun, oleh sebab itu mereka sudah meramalkan bahawa encerobohan itu akan berd*rah, sebenarnya pingat Purple Heart yang diberikan kepada askar yang cedera dalam sebarang pertemp*ran hari ini, adalah sisa stok yang mereka telah siapkan khas untuk pencerobohan terhadap Jepun yang direncanakan. 

Begitulah ceritanya yang sebenar. Tetapi Amerika Syarikat masih meneruskan komitmen untuk membuat Jepun tunduk pada penyerahan kalah tanpa syarat.

Sekiranya segala perancangan strategik Jepun itu berjaya, ia bergantung kepada keputusan Kesatuan Soviet yang tidak mahu mengganggu per*ng Pasifik.

Tentera Jepun sememangnya masih kuat, mereka mempunyai peluru dan personel yang mencukupi, kekuatan pertemp*ran mereka tidak berkurangan walaupun selepas bom atom kedua dijatuhkan

Bom yang sebenar ‘dil3tupkan’ sebaik sahaja Kesatuan Soviet Mengisytiharkan per*ng ke atas Jepun dan menyer*ng Machuria. Ia secara tidak langsung membatalkan satu-satunya pilihan strategik yang tinggal untuk Jepun. Kesan pengisytiharan per*ng oleh Soviet sangat besar.

Setelah Kesatuan Soviet mengisytiharkan per*ng, Stalin tidak lagi boleh bertindak sebagai orang tengah. Oleh itu, pilihan diplomatik turut dihapuskan berikutan langkah Soviet. Kesannya pada situasi ketenteraan sama dramatiknya. Sebahagian besar pasukan terbaik Jepun telah dipindahkan ke bahagian selatan pulau-pulau asal. Tentera Jepun telah menduga dengan tepat bahawa kemungkinan pencerobohan pertama Amerika adalah pulau Kyushu yang paling selatan.

Sebagai contoh, Tentera Kwangtung yang pernah dibanggakan di Manchuria ibarat “keluar dari cengkerang sendiri” kerana unit terbaiknya telah dipindahkan untuk mempertahankan Jepun sendiri dan mereka ini hanya mahir dengan selok belok geografi di Manchuria sahaja.

Tentera Soviet ke-16 dengan kekuatan sejumlah 100,000 ketumbukan tentera melancarkan pencerobohan di bahagian selatan Pulau Sakhalin. Kemudian, dalam masa dua minggu sahaja mereka sudah bersiap sedia untuk menyer*ng Hokkaido. Pasukan Jepun yang bertugas mempertahankan Hokkaido iaitu Tentera Kawasan ke-5, berada di bawah pecahan kekuatan antara dua divisyen dan dua briged, mereka berada di luar kedudukan untuk menentang pendaratan tentera Soviet.

Tentera Imperialis memerhatikan keadaan itu dengan suram, kerana tidak mungkin mereka mampu untuk melawan dua kekuatan besar yang menyer*ng dari dua arah yang berbeza. Pencerobohan Soviet menggagalkan strategi pertemp*ran terbesar melibatkan seluruh tentera, sebagaimana ia membatalkan strategi diplomatik.

Dua kuasa besar dunia berjaya memerangkap Jepun dari utara dan selatan – tanpa meninggalkan sebarang pilihan diplomatik. Mereka perlu menyerah kalah tanpa syarat atau dilenyapkan terus dari peta dunia oleh ser*ngan pasukan Sekutu dari dua arah yang berbeza.

Sememangnya perisikan Jepun telah membuat perkiraan dengan betul, bahawa pasukan Sekutu akan menyer*ng dari selatan, dan memerlukan masa berbulan-bulan sebagai persiapan. Tetapi mereka tidak menyangka bahawa ancaman pasukan Soviet di utara dapat merampas kepulauan-kepulauan kecil Jepun yang kurang dari segi pertahanan. Dalam beberapa hari sahaja ia menyebabkan Jepun menerima penyerahan.

Maka, jika Jepun tidak menyerah, Soviet akan mengganyang Pasukan Jepun di utara, dan hanya berhenti ketika kehabisan minyak. Jepun mengetahui perkara ini dengan baik, maka mereka sudah sedia menggali terowong yang menghadap ke arah yang bertentangan sehingga barisan belakang dan sayap Soviet terdedah.

Pasukan darat Soviet akan menderita akibat sekatan rantaian logistik yang panjang, dan kemungkinan akan berkumpul semula setelah mengambil Hokaido. Sebelum memperbaharui rancangan ser*ngan.

Disaat Amerika Syarikat melancarkan Operasi Downfall, tentera Soviet seharusnya telah mengambil bahagian utara Honshu, sementara pasukan Jepun berusaha memulih dan memperkuatkan Medan Utara yang telah pun hancur.

Ketika pasukan pendaratan Amerika Syarikar tiba untuk menyelesaikan konflik ini secara penuh dan menekan dari selatan, angka korb*n dijangka sudah meningkat ke jumlah jutaan nyawa.

Soviet akan mengeksploitasi kedudukan Jepun ke dalam posisi yang semakin mengecil. Kerana pasukan Soviet akan lebih berjaya sekiranya tidak ada halangan yang straregik, kerana segala usaha dan kekuatan Jepun akan tertumpu di selatan.

Jepun berharap agar Amerika dapat menawarkan perjanjian penyerahan yang tidak membebankan, sebelum perjanjian dengan Kesatuan Soviet berakhir pada pertengahan 1946. Namun Jepun sudah tidak ada sebarang perancangan untuk menangani pencerobohan tentera Soviet.

Di saat Jepun tewas, pasukan Soviet kemungkinan sudah tiba di wilayah kanto, dan pasukan pendaratan Amerika mengambil seluruh wilayah Pulau Selatan.  Memecahkan negara Jepun menjadi dua seperti yang pernah berlaku terhadap Jerman, dan masih berlaku terhadap Korea.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.