Tulisan Pallava ni orang Melayu ambil daripada selatan India, lalu digunakan meluas dalam batu bersurat Tamadun Melayu ketika era Srivijaya. Misalnya dalam Batu Bersurat Kedukan Bukit, yang mencatatkan ekpedisi Maharaja pertama Srivijaya, Dapunta Hyang Sri Jayanasa.

Dalam batu bersurat ini, meski menggunakan tulisan Selatan India, menggunakan Bahasa Melayu Kuno, menunjukkan antara rekod terawal Bahasa Melayu dalam sejarah. Dan perlu tahu, bukan orang Melayu jer pakai tulisan dari India, tapi Khmer, Thai, Cham dan banyak tamadun lain.

Fasa ini dikenali sebagai Fasa Indianisasi yang di mana banyak kalangan kaum tuan yang salah faham mengenai fasa ini dengan menganggap ia dibina pribumi India, tetapi hakikatnya dibangunkan pribumi AT sendiri, tetapi menerima pengaruh besar dari India.

Kemudian, dari tulisan Pallava, penduduk Asia Tenggara termasuk orang Melayu membangunkan tulisan yang dikenali sebagai pasca-Pallava. Daripada Pallava, mereka bangunkan tulisan sendiri. Untuk orang Melayu, salah satunya ialah Rencong.

Gambar saya naikkan ini ialah Syair Perahu, sebuah puisi Sufism yang dikaitkan dengan fahaman Wahdatul Wujud yang dipercayai dihasilkan pada separuh kedua kurun-ke-17 terdahulu.

Manuskrip Melayu lain yang menggunakan tulisan Rencong ialah seperti di bawah. Perkenalkan Tembai dan teremba, sebuah tulisan yang menceritakan asal usul roh dan tempat muasal roh.

Ia boleh dibaca seperti di bawah:

“Anjut parahu dari ulu / pisang rukama kanan pari / tambai kutahu dari guru / taraba kapun barahi.”

Manuskrip ini menampakkan era kemasukan Islam kerana ada unsur campuran Islam dan agama-agama di Nusantara sebelum itu.

Selain itu, Manuskrip Tanjung Tanah seperti di bawah merupakan Manuskrip tertua di dunia dalam Bahasa Melayu ialah dalam Rencong.

Manuskrip ini berusia tidak lebih daripada 1377 Masihi. Menceritakan mengenai kod undang-undang yang digerakkan oleh Raja Melayu kerajaan Dharmasraya ke atas taklukannya di Sumatera iaitu wilayah Kerinci.

Adapun selepas kedatangan Islam, orang Melayu pakat menggunakan tulisan Jawi. Tapi budaya ni tak unik pada Melayu sahaja. Bangsa Turki, bangsa Parsi turut menggunakan tulisan seiras tulisan Arab. Tapi apakah saudara mahu menafikan ketamadunan Turki yang membina Uthmaniyah?

Atau ketamadunan Parsi yang membina empayar-empayar Purba, dengan nama seperti Cyrus The Great dianggap sebagai antara raja paling bertoleransi di dunia?

Dan menggunakan tulisan asing dalam tamadun mereka bukan lambang tak bertamadun. Orang Jepun masih mengekalkan tulisan Kanji, yang dinspirasikan daripada Cina..

Tentang bagaimana boleh wujud frasa dari bahasa lain dalam Bahasa Melayu? Tenang sahabat. Sesungguhnya pinjaman-pinjaman yang wujud dalam Bahasa Melayu bukan bermaksud tamadun kami tidak tua.

Pinjaman ini menandakan bahawa Tamadun Melayu dahulu dah banyak mengalami pertembungan dengan tamadun luar atas sifat progesif dan keterbukaan mereka lantas menerbitkan pinjaman ke dalam bahasa mereka.

Hatta demikian, Bahasa Melayu masih berdiri sebagai bahasa sendiri dibawah keluarga bahasa Austronesia, dan merupakan antara bahasa dalam keluarga Austronesia yang banyak dituturkan.

Dan sifat sebegini tak terhad pada Bahasa Melayu sahaja, boleh dilihat pada bahasa seperti Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga juga tidak lepas dari fasa pinjaman yang saya percakapkan.

Bahasa Inggeris merupakan sebuah bahasa dari cabang Bahasa Germanic. Dalam Bahasa Inggeris, Bahasa dari cabang keluarga Bahasa Romance (Latin, Perancis etc) menguasai sekurang-kurangnya 56 peratus Bahasa Inggeris berdasarkan kajian daripada University of New England, Australia pada tahun 2006, manakala Bahasa Germanic itu sendiri hanya merangkumi sekadar 15 % sahaja dalam Bahasa Inggeris menunjukkan bahawa betapa sikitnya kosa kata asal dari keluarga Germanic yang masih tinggal.

Dalam kajian lain yang dibuat oleh Joseph M. Williams yang merupakan professor bahasa di University Chicago menyatakan bahawa kira-kira 58 peratus dalam 10, 000 patah perkataan Bahasa Inggeris yang selalu digunakan dalam kehidupan seharian kita datang dari Bahasa Romance, di mana 29 peratus daripadanya ialah Bahasa Latin, dan 29 peratus lagi datang daripada Bahasa Perancis.

Selebihnya 6 peratus pula datang dari Bahasa Greek manakala bakinya adalah dari Bahasa Germanic sendiri dan bahasa asing termasuk Bahasa Melayu. Gambaran lebih jelas diungkapkan dalam infografik di bawah.

 

Tapi ini tak menghalang daripada tuan berbicara dalam bahasa Inggeris? Ini tak menghalang daripada kita mengaku kehebatan pencapaian tamadun Inggeris, dengan empayar yang dikatakan matahari tidak pernah terbenam?

Fenomena yang sama dapat dilihat pada Bahasa Sepanyol. Ya, Bahasa Sepanyol merupakan sebuah Bahasa Romance seperti mana Bahasa Latin dan Perancis. Apabila Tariq bin Ziyad menakluk Sepanyol ke dalam sfera pengaruh empayar Umaiyyah, ia menandakan detiknya kemasukan pengaruh kebudayaan Arab ke dalam Sepanyol bermula dari senibina sehinggalah ke bahasanya. Dikatakan bahawa pada hari ini, terdapat 4000 akar kosa kata dalam Bahasa Sepanyol dapat dijejak sejarahnya kepada perkataan Bahasa Arab.

Dan respon beliau selepas membaca artikel kami, sangatlah baik. Kami dan beliau juga sama-sama belajar mengenai Bahasa Melayu dan sejarahnya.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.