Air zam zam adalah segala-galanya untuk umat Islam. Sumbernya terletak elok dalam sebuah telaga di perkarangan Masjidil Haram. Tak jauh pun dari Ka’abah, seuatu yang sangat menarik bagi saya kerana kalau korang perasan – serius, logikkah kat padang pasir boleh ada telaga sebegini ajaib? Kalau tengok sekarang memanglah, dah moden. Tapi zaman dulu macam mana? Padang pasir ada telaga bersumber air memang sesuatu yang menarik perhatian saya sebagai penggemar sains.

Maka terpanggil untuk buat ulasan ni. Bagi yang Islam, kita mula mengenali terma oasis dalam kisah Nabi Ismail semasa baginda menghentakkan kaki dan air zam zaman terpancur. Ini secara tak langsung menyebabkan kawasan Mekah menjadi subur kerana adanya air. Begitu juga dengan mana mana kawasan padang pasir di dunia ini. Cumanya, kalau itu ialah padang pasir yang kontang, maka daripada mana air ini datang dan kenapa ia susah nak habis?

(Sumber: Mohammad Bahareth/CC BY-SA 2.0)

Untuk memahami perkara ini, kita patut mulakan dengan penerangan tentang struktur air mata air atau air bawah tanah. Semasa hujan berlaku, air air ini akan mengalir ke dalam tanah dan meresap ke bawah. Struktur tanah ini pula ada pelbagai di mana ada tanah yang membenarkan air mengalir dan ada tanah yang kalis air kerana padat. Tanah seperti pasir, misalnya, adalah peresap air yang bagus manakala ada sesetengah tanah liat akan bertindak menahan air daripada diresap. Struktur tanah yang mengandungi air ini dinamakan sebagai akuifer.

Air ini kemudiannya akan mengalir ke lembah akibat tarikan graviti dan juga sifat tanah liat yang tak membenarkan air untuk meresap dengan lebih mendalam. Hasilnya ialah kawasan yang mempunyai air bawah tanah selalunya mempunyai permukaan tanah yang lembap. Sekalipun kawasan itu lembap, kawasan di sekelilingnya tak semestinya lembap. Ingat, air mengalir dan berkumpul di titik rendah lembah. Air ini juga membawa mineral bersama mereka dan sekaligus menjadikannya lebih berkhasiat.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Namun, ada juga air yang tak mengalir ke lembah. Cuma setakat tersangkut di poket tanah akuifer. Inilah punca air untuk perigi di Malaysia. Jadi, sekiranya anda mahu membina perigi, anda perlu mencari kawasan yang bertanah lembab. Kemudian, tanah itu dikorek dengan dalam sehingga tanah mula menjadi berlecak. Titik hentinya ialah apabila anda menggali sampai ke tanah liat yang sangat padat dan kalis air.

Sekiranya dibiarkan semalaman, air bawah tanah akan memenuhi lubang telaga ini. Sebagai selingan, sekiranya anda mempunyai kawasan bertanah yang sentiasa bertakung walaupun hujan telah lama berlaku, ini bermaksud tanah anda itu mempunyai tanah liat berkenaan pada jarak yang tak dalam. Sepatutnya tanah itu di kawasan yang dalam. Jadi, kawasan bertanah itu perlu digali dan tanah liat tersebut dibuang atau dicampur bagi menjadi berliang.

Bagi kes oasis, kita tak perlu gali tanah di situ kerana mereka sememangnya terletak di titik rendah lembah. Jadi, air akan terkeluar di situ menjadi tasik. Disebabkan oasis ini terletak di lembah, kuantiti airnya susah nak habis berbanding tasik. Hal ini disebabkan air daripada kawasan luar akan sentiasa mengalir ke lembah tersebut di bawah tanah. Sebagai bukti, telaga zam zam yang terletak di Lembah Ibrahim ataupun Wadi Ibrahim sudah beroperasi sejak zaman Mesopotamia (Nabi Ibrahim hidup pada zaman tersebut) lagi tapi sampai sekarang masih tak habis.


Sebab tu penting kita kena tahu pasal sains. Maka kami galakkan korang baca buku SEMOGA TUHAN MERAHMATI SAINS DALAM KEHIDUPAN. Jemput beli di Shopee: https://bit.ly/stmsains


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply