Dalam sejarah manusia yang panjang, mereka banyak berjalan kaki berkaki ayam. Beberapa bukti menunjukkan bahawa kasut muncul sekitar 30,000 tahun yang lalu. Tetapi 100 tahun lalu barulah muncul kasut berfesyen yang telah mengubah bentuk kaki kita. Sejak tahun 1970-an, kasut larian yang empuk telah menjadi kasut pilihan untuk bersenam.

Walau bagaimanapun, semakin banyak bukti menunjukkan bahawa kasut larian tersebut lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan. Memakai kasut telah mengubah cara kita berlari dan telah melemahkan kaki sehingga membawa kepada banyak kecederaan.

Sebelum ini, sepasukan penyelidik mendedahkan bahawa kita masih boleh berlari dengan baik walaupun berkaki ayam, lebih-lebih lagi apabila kita telah mula berlari dalam keadaan begitu sejak muda. Mereka bukan sahaja menemui kanak-kanak di New Zealand berumur 12 – 19 tahun dapat berlari pecut dengan berkaki ayam, malah mereka menemui bahawa kelaziman kesakitan pada anggota badan bawah secara relatifnya lebih rendah.

Mereka menemui bahawa sekitar 35 hingga 50 peratus pelari akan cedera dalam satu-satu masa. Kecederaan lazim yang berlaku ialah pada lutut, buku lali, tapak kaki dan tulang kering. Kecederaan ini biasanya berpunca daripada tulang atau tisu penghubung (connective tissue) – berperanan untuk menggerakkan otot.

Mereka menemui apabila kaki berhubung dengan tanah, kulit, tendon, ligamen dan saraf kaki akan disuap dengan pelbagai maklumat tenang kedudukan kaki kita termasuklah kadar tekanan dan regangan. Kualiti maklumat yang diperoleh ini membolehkan pengawalan otot yang lebih jitu untuk memastikan sebarang bentuk impak dan batas bahaya dapat diserap.

Kajian mereka mencadangkan bahawa pemakaian kasut telah mengurangkan kualiti maklumat yang diterima oleh otak melalui kaki kita yang membawa kepada ketumpulan mekanik larian. Kasut membuatkan pelarinya mendaratkan kaki pada kedudukan badan menegak dan kaki yang memanjang – tuntas membawa pada daya pengreman (braking) yang berlebihan. Mekanik larian ini kelihatannya memainkan peranan dalam kekerapan kecederaan ketika berlari. Peggunaan kasut ketika berlari dalam jangka masa panjang akan membawa kepada kaki yang lemah.  Pelari berkaki ayam dilaporkan kurang menerima kecederaan lutut dan kurang kesakitan pada tumit berbanding pelari yang berkasut.

Walau bagaimanapun, pelari yang berkaki ayam dilaporan lebih banyak cedera pada betis dan tendon. Ini mungkin kerana berlakunya perubahan drastik daripada berkasut kepada berkaki ayam.

Perlu diingatkan bahawa kecederaan ketika berlari disebabkan oleh banyak faktor seperti umur, kecederaan lama, indek jisim tubuh dan pelbagai perubahan drastik – kasut bukanlah satu-satunya faktor. Kasut secara relatifnya agak baru untuk spesis kita kerana kita tidak pernah berlari gunakan kasut selama jutaan tahun.

RUJUKAN:

  1. Is It Really Better to Run Barefoot? Another Major Study Just Weighed In. https://www.sciencealert.com/running-shoes-can-cause-injuries-here-s-what-the-science-says-to-do
  2. Running shoes may cause injuries – but is going barefoot the fix?.
    https://theconversation.com/running-shoes-may-cause-injuries-but-is-going-barefoot-the-fix-135264

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.