Kadar Bun*h Diri Jepun Berkurangan Sejak Perintah Berkurung

722

Jepun menyaksikan kadar kes bvnvh diri di negara itu berkurangan sebanyak 20% untuk bulan April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas. Keadaan ini berlaku berikutan perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Di sebalik kebimbangan tekanan akibat perintah berkurung meningkat dan talian pencegahan bvnvh diri tidak berfungsi atau tidak cukup staf, faktor ini diatasi dengan faktor lain.

Antara faktor-faktor itu ialah lebih banyak masa diluangkan dengan keluarga, masa kurang dihabiskan bergerak ke tempat kerja dan penangguhan permulaan tahun persekolahan baru yang menyumbang kepada kejatuhan peratusan kes. Sejak tahun 2003, trend kes bvnvh diri menunjukkan penurunan dengan 20,000 kes dicatatkan pada 2019 berbanding 34,000 kes (2003).

Perintah berkurung dilaksanakan pihak kerajaan berikutan peningkatan kes penularan Covid-19 melebihi 500 kes pada pertengahan April lalu. Walaupun menguatkuasakan perintah berkurung, ia tidaklah seketat negara-negara lain dari China hingga negara-negara Eropah.

Dengan perlaksanaan perintah berkurung ini juga, ini menyukarkan usaha pertubuhan pencegahan bvnvh diri bergiat aktif dengan 40% daripadanya terpaksa bekerja dari rumah atau bekerja mengikut tempoh yang terhad.

Di sebalik trend penurunan kes bvnvh diri, trend lain pula yang menunjukkan peningkatan iaitu kes buli dan pelbagai masalah lain di sekolah. Bagi kanak-kanak, tahun persekolahan dianggap tempoh memberi tekanan tetapi selepas ia ditangguhkan akibat Covid-19, ia dilihat menyelamatkan banyak nyawa walaupun bersifat sementara.

Bagi bekas ketua perkhidmatan kaunseling telefon Persekutuan Inochi-no-Denwa Jepun, Yukio Saito, kanak-kanak merasa tertekan semasa berada di sekolah. Tetapi itu tidak berlaku kali ini berikutan mereka berpeluang meluangkan bersama keluarga dan merasa selamat di samping orang tersayang.

Sementara bagi orang dewasa pula, jarang bagi mereka membunuh diri apabila negara dilanda musibah bencana alam berskala nasional seperti gempa bumi, tsunami dan kegagalan reaktor nuklear di Fukushima pada tahun 2011. Selain itu, bilangan yang bergerak ke tempat kerja dan bekerja terlalu lama yang berkurangan dilihat menyumbang kepada faktor penurunan kes.

Namun, Saito memberi amaran tekanan ekonomi dan kehilangan pekerjaan akibat Covid-19 boleh saja menyumbang kepada trend peningkatan kes bvnvh diri. Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pencegahan Bvnvh Diri Jepun mendedahkan pada tahun 1998, trend kes mencatat peningkatan sebanyak 35% dan ini berlaku setahun selepas krisis ekonomi Asia 1997.

RUJUKAN:

Blair, Gavin. (2020). Japan svicides decline as Covid-19 lockdown causes shift in stress factors. The Guardian. https://www.theguardian.com/world/2020/may/14/japan-svicides-fall-sharply-as-covid-19-lockdown-causes-shift-in-stress-factors

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.