Dulu Cao Cao dapatkan kekuasaan dengan cara kotor juga. Dia jadikan Maharaja Han sebagai patung boneka. Cao Cao sendiri pernah dilabel sebagai pengkhianat. Han Loyalist paling benci dia ini.

Kalau keluar saja perkataan “pemberontak” dan “pengkhianat”, mesti merujuk pada Cao-Cao.

Tetapi kalau dia tak berkuasa, seluruh rakyat China akan mati kelaparan, cukai sangat tinggi dikenakan dan pentadbiran menjadi kucar-kacir. Malah, antara Tiga Kerajaan China pada waktu itu, kerajaan Cao-Cao paling cekap dan maju.

Punya teruk kelaparan rakyat China masa itu sampai ada makan daging manusia. Jadi, apabila dia berkuasa, benda pertama dia buat adalah reformasi dalam pertanian supaya rakyat tak lapar serta reformasi pendidikan. Semua orang dapat pendidikan, tak kira kelas.

Cao Cao ini penguasa yang tak berprinsip. Dia pernah pesan ke anak dia, belajarlah semua ilmu pasal peperangan dan pentadbiran tetapi jangan sekali pun tersangkut dengan mana-mana idelogi.

Bagi sesetengah orang prinsip sangat penting. Dulu Julius Caesar dibunuh pun atas nama prinsip. Caesar dicintai rakyatnya kerana khidmatnya kepada rakyat.

Tetapi bagi sesetengah Senator, Caesar terlalu berkuasa kerana populis dan reformasi pentadbirannya menyebabkan hilangnya keseimbangan kuasa. Perkara ini melanggar prinsip Republik Rom.

Apa Senator-Senator ini buat? Mereka membunuh Caesar. Pergi mampuslah apa yang dia buat kepada rakyat. Yang penting prinsip Republik Rom tak tercemar

Caesar kena bunuh. Apa jadi? Republik Rom tak kembali pun. Malah, musnah dan huru-hara akibat kemarahan rakyat. Perang saudara yang berpanjangan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.