Pada beberapa hari lepas, Imam Besar Masjidil Haram iaitu Sheikh Dr Abdulrahman al-Sudais menyertai pasukan pembersihan melakukan kerja-kerja sanitasi sekitar Kaabah. Beliau bersama pasukan pembersih melakukan kerja sanitasi pada Maqam Ibrahim, Hajarul Aswad dan kain kiswah yang menutup Kaabah.

Semua kerja ini dilakukan sebelum solat malam (Maghrib, Isyak dan tarawih) dilaksanakan. Bagi memastikan urusan ibadat berjalan lancar di Masjidil Haram, badan yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir dua masjid mengikut semua saranan pihak berkuasa kesihatan termasuk penjarakan sosial antara jemaah semasa solat dilakukan.

Proses sanitasi ini merupakan antara beberapa operasi yang dilakukan badan ini termasuk memelihara integriti Hajarul Aswad dan kain kiswah Kaabah. Sehingga kini, terdapat 25,459 kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi dengan 176 warganya menemui ajal akibat penyakit berkenaan.

Proses sanitasi di Masjidil Haram dibuat bermula pada 5 Mac lalu sebelum ia dibuka semula beberapa hari kemudian. Langkah tersebut dibuat pihak berkuasa bagi mengelak penularan kes Covid-19 seperti yang berlaku di Iran di mana ramai penduduknya dijangkiti wabak berkenaan selepas menziarahi beberapa tapak suci fahaman Syiah.

Tetapi berikutan trend penularan kes Covid-19 di sana menunjukkan corak melandai, perintah berkurung yang dilaksanakan ketika ini dilonggarkan sedikit di seluruh Arab Saudi kecuali di Makkah dan Madinah. Waktu perintah berkurung juga turut dilonggarkan dengan penduduk boleh keluar antara 9.00 pagi hingga 5.00 petang waktu tempatan.

Dengan situasi Covid-19 di Arab Saudi, wujud ura-ura ibadat haji yang berlangsung setiap tahun bakal dibatalkan pada tahun ini. Jika itu berlaku, pembatalan tersebut merupakan yang pertama dibuat dalam sejarah moden dan semenjak penubuhan negara Arab Saudi pada tahun 1932.

Pihak berkuasa telah menasihatkan mana-mana jemaah haji yang merancang mengerjakan haji tahun ini agar menjadualkan semula perancangan mereka.

Situasi ini merupakan sekelumit tentang sambutan Ramadan membabitkan umat Islam di seluruh dunia yang teruk dibadai Covid-19. Jutaan umat Islam terpaksa duduk diam di rumah berikutan perintah berkurung/Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semua bentuk perkumpulan beramai-ramai seperti aktiviti buka puasa tidak dibenarkan dianjurkan.

RUJUKAN:

Pleasance, Chris. (2020). Worshippers observe social distancing as they pray in virtually empty Grand Mosque in Mecca amid Ramadan coronavirus curfew. Daily Mail. https://www.dailymail.co.uk/news/article-8264377/Worshippers-observe-social-distancing-pray-virtually-Grand-Mosque-Mecca.html

Arab News. (2020). Makkah Grand Mosque imam joins workers cleaning and sterilizing the Kaaba. https://www.arabnews.com/node/1666156/saudi-arabia


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.