Baru-baru ini, seorang rakan penulis merangkap penulis Alegori Naruto, Zamir Mohyedin menulis satu ciapan berikut di Twitter. Ciapannya berbunyi:

Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan ciapan tersebut. Tetapi berdasarkan satu kaji selidik, lebih ramai jutawan yang mendapat pendidikan di universiti dan ada yang mempunyai ijazah pasca-graduasi berbanding yang tiada ijazah langsung.

Statistik ini didedahkan syarikat insurans GoCompare selepas memeriksa senarai individu pasca-persekolahan yang memasuki senarai 100 teratas majalah Forbes dalam tempoh 20 tahun.

Hasil semakan mereka mendapati 76% jutawan mempunyai ijazah. Dan jika dipecahkan lagi mengikut kategori, 47% mempunyai ijazah sarjana, 23% ada ijazah Master dan 6% lagi mempunyai ijazah doktor falsafah.

Jurusan popular yang menjadi pilihan mereka ialah ekonomi dan kejuruteraan dengan lebih ramai orang mempelajari sains berbanding kesenian atau kemanusiaan.

Jika dibandingkan dengan populasi orang dewasa Amerika Syarikat, ini bermakna 68% jutawan mempunyai kemungkinan memiliki ijazah sarjana. Dan 61% lagi kurang berkemungkinan tidak mempunyai ijazah berbanding populasi negara itu.

Institut pendidikan pilihan mereka juga konsisten dengan jutawan-jutawan AS memilih Universiti Harvard atau lebih tepat Sekolah Perniagaan Harvard. Di Rusia pula, kebanyakan jutawan memilih ke Moscow berikutan di situlah terletaknya Moscow State University dan pelbagai institusi pendidikan khas yang wujud.

Bagi jutawan-jutawan dalam bidang teknologi, alma mater mereka sama ada Institut Teknologi Massachusetts atau Universiti Stanford, California. Salah seorang orang kuat Google, Sergey Brin pernah menyambung pengajian pasca-graduasi di situ. Di Britain, Universiti Cambridge dan Sekolah Ekonomi London (LSE) menjadi pilihan mereka.

Kajian mengenai latar belakang pendidikan para jutawan ini turut dilakukan oleh Wealth-X dan UBS Billionaire Census. Kajian mereka mendapati ramai jutawan dalam kalangan 2,300 jutawan yang ditemubual mempunyai latar pendidikan yang tinggi.

Mereka mendapat ijazah dari LSE, Universiti Pennsylvania, Harvard, Princeton, University of Southern California, Cornell dan Stanford.

Antara jutawan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi ialah:

  • Ramai tahu kisah Jack Ma tidak berpeluang menyambung pelajaran di Harvard selepas ditolak sebanyak 10 kali. Tetapi tidak ramai tahu Ma mempunyai ijazah sarjana kesusasteraan Bahasa Inggeris dari Universiti Hangzhou Dianzi (HDU) dan pernah menjadi pensyarah untuk subjek Bahasa Inggeris dan perdagangan antarabangsa.
  • Orang terkaya di dunia dan pemilik Amazon, Jeff Bezos merupakan seorang pelajar cemerlang semasa di Princeton. Beliau menamatkan pengajian dengan kepujian summa cum laude dalam ijazah sarjana sains kejuruteraan (BSE) untuk jurusan sains komputer dan kejuruteraan elektrik.
  • Alma mater CEO konglomerat LVMH, Bernard Arnault ialah Ecole Polytechnique, sebuah institusi kejuruteraan yang terkemuka di Perancis. Sebelum bekerja bersama bapanya, Jean Leon Arnault, beliau menamatkan pengajian di situ pada tahun 1971.

Rata-rata jutawan datang daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai taraf ekonomi bagus. Apabila taraf ekonomi mereka bagus, keluarga mereka juga sedar tentang kepentingan pendidikan.

Dan banyak kajian menyokong aspek ini seperti kajian di atas. Jadi, jangan terkejut kalau anak-anak jutawan ini turut menyambung pelajaran walaupun mempunyai harta berkoyan-koyan.

Bagi yang masih suka memetik nama Mark Zuckerberg atau Bill Gates sebagai bukti orang tiada pendidikan tinggi juga boleh kaya, berhentilah berangan. Dalam kes mereka berdua, mereka berdua sudah mempunyai rancangan dan menunggu hasil yang berbaloi sebelum memilih tidak menyambung pengajian.

Dalam kes Gates, beliau memilih untuk memulakan langkah menceburi perniagaan komputer. Malah dalam banyak temubualnya, bila ditanya mengapa beliau meninggalkan Harvard, Gates berkata, “Sekiranya tidak menjadi, saya boleh kembali ke universiti. Saya secara rasmi ketika itu sedang bercuti.”

Dalam kes Zuckerberg pula, beliau sudah mempunyai prototaip projek yang baik kualitinya dan mampu pergi jauh. Malah, beliau sanggup memilih tidak meneruskan pengajian demi memastikan projek Facebook berjalan lancar. Hasilnya, Facebook merupakan antara gergasi teknologi terbesar di dunia.

Kita yang berangan nak jadi kaya pun tak pernah fikir benda macam ini. Mereka bukan keluar dari universiti dengan tangan kosong ya. Kalau sudah ada rancangan pun, mereka tak keluar lagi. Bila sudah ada hasil, barulah mereka berani berbuat demikian.

Kita belum apa-apa, sudah berangan nak kaya dengan jalan tak nak sambung pengajian. Bukankah sikap ini sikap Mat Jenin, sudah berangan tapi tiada rancangan atau usaha nak realisasikannya?

RUJUKAN:

Coughlan, Sean. (2020). Are billionaires more likely to be graduates?. BBC News. https://www.bbc.com/news/business-35631029

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.