Pada 6 September 1976, Lt Viktor Belenko, juruterbang unit PVO yang berpusat di pangkalan udara Chuguyevka di utara Vladivostok (beberapa sumber menyatakan pangkalan udara Sakharovka) gagal kembali dari misinya.  Pegawai atasannya mungkin tidak akan merasa marah sekiranya dia terhem.pas di Lautan Jepun, namun, berita tentang Belenko telah mendarat di lapangan terbang antarabangsa Hakodate adalah amat mengejutkan.

Mungkin tidak sesiapa yang pernah tahu sekiranya Belenko menghubungi risikan ketenteraan Amerika Syarikat sendiri atau disewa oleh mereka.  Siasatan mendapati bahawa pembelotan itu bukan tindakan yang dilakukan secara melulu oleh seorang pegawai yang tidak berpuas hati – Belenko telah dijangka akan tiba ke Jepun dan membuat persiapan untuk melakukan penerbangan.  Dia menerbangkan pesawat ke Jepun buat kali pertama dengan muatan bahan bakar penuh, dan membawa manual teknikal terperinci bersamanya.

Tidak ada sesiapa pum di pangkalan yang menjangkakan pembelotan akan berlaku.  Profil misi itu antaranya ialah penerbangan tahap rendah bagi memastikan pesawat tidak boleh dikesan oleh radar darat. Hanya apabila Belenko gagal kembali pada waktu yang ditetapkan, ATC mula menghubunginya melalui radio dan pesawat pejuang dihantar untuk menjejak kebarangkalian lokasi na.has.

Di Jepun, mesej dari pengawal sempadan yang memaklumkan sebuah pesawat telah melintasi sempadan negara membuatkan pihak Jepun tiba lewat untuk menyambutnya. Belenko sudah pun menghampiri ruang udara Jepun, dengan pesawat Angkatan Pertahanan Udara Jepun bersedia untuk mengiringinya.

Lt. Viktor Belenko

Kelengkapan navigasi MiG-25P tidak dapat memberi panduan kepada pesawat dengan tepat semasa penerbangan tahap rendah yang panjang kecuali jika isyarat RSBN SHORAN tersedia (malangnya, ia tiada).  Kompas radio agak membantu tetapi juruterbang tetap perlu mengetahui frekuensi isyarat penanda di Hakodate, yang tidak diketahui oleh mana-mana kakitangan di Chuguyevka.

Dengan itu, Belenko bimbang sekiranya dia tersalah jangkaan tempat pendaratannya dan mungkin boleh terbabas lalu merosakkan peralatan pendaratan dan membuat pesawat itu tidak lagi bernilai.

Belenko membuat kenyataan media dan memohon suaka politik di A.S. Sekumpulan besar pakar tiba dari A.S. untuk memeriksa pesawat tersebut tetapi jurutera Jepun juga turut terlibat dalam beberapa peringkat kajian.

Kesatuan Soviet memberi tekanan terhadap Jepun, menuntut pesawat itu segera dikembalikan.  Oleh kerana tidak ada alasan dari segi undang-undang untuk tidak melakukannya, pesawat MiG-25 dikembalikan, dalam keadaan komponen badannya diasing-asingkan dan berada di dalam peti khas.  Jepun melakukannya dengan sengaja untuk melindungi bukti ‘bedah siasat’ yang mereka dan pakar risikan A.S. lakukan terhadap MiG.

Ketika delegasi Soviet yang diketuai oleh Jeneral Dvornikov tiba di Jepun, pegawai Jepun melambat-lambatkan masa dengan mencipta halangan birokrasi. Apabila peti yang memuatkan bahagian-bahagian badan pesawat diangkut ke pelabuhan untuk dimuatkan di atas kapal pengangkut Soviet, perwakilan Soviet menuntut agar peti dibuka untuk diperiksa bagi memastikan tidak ada apa-apa yang hilang.

Pemeriksaan terhadap pesawat

Jepun sengaja menghabiskan masa mereka selama beberapa jam, dengan harapan agar para pegawai Rusia itu  tidak mempunyai masa mencukupi untuk melakukan pemeriksaan dan mengemas semula peti tepat pada waktunya – tetapi mereka gagal.

Pakar Soviet dengan segera mengetahui berapa banyak maklumat yang sebenarnya diketahui oleh Barat. Apabila MiG-25 dibawa kembali ke negara Soviet, mereka mendapati bahawa Amerika telah menghidupkan enjinnya dan mengukur tanda infra-merah pesawat dan juga membuat analisis terperinci mengenai sistem avionik, termasuk radar, dan struktur bahannya.

Gara-gara tiada pengetahuan tentang cara mengendalikan peralatan tersebut, jurutera Amerika didapati telah merosakkan sebahagian peralatan itu dan telah membaikinya dalam keadaan tergesa-gesa (fius dan komponen perintang asing ditemui pada set radar).

Kejadian itu membuatkan media di seluruh dunia menjadikan cerita mengenai MiG-25 sebagai tajuk utama berita. Wartawan penerbangan mengejek reka bentuknya sebagai ‘mentah’ dan ‘arkeologi kejuruteraan’ tetapi mengakui bahawa rangka keluli pesawat itu berfungsi dengan baik pada suhu yang tinggi dan boleh dibina dan diperbaiki dengan mudah tanpa memerlukan kemahiran tinggi yang khusus.

Unsur radar dianggap ketinggalan zaman namun radarnya menarik minat pihak Barat kerana mempunyai dua jalur gelombang yang menjadikannya hampir kebal dari sebarang gangguan gelombang (jamproof) – sesuatu yang tidak terdapat pada sistem radar A.S. pada masa itu.

Bahkan, A.S. mendakwa bahawa ‘MiG-25 adalah satu-satunya pesawat yang menakutkan seluruh dunia’.  Setiausaha Pertahanan A.S., Schlesinger menyatakan bahawa pesawat pemintas Soviet yang terbaru itu adalah sen.jata yang cukup ampuh untuk membawa perubahan drastik pada sistem dan strategi se.njata Barat.

Pesawat MiG-25 milik te.ntera udara Rusia

Kejutan dialami oleh pemimpin Soviet, Kementerian Pertahanan dan beberapa kementerian lain. Barat telah memiliki rahsia Kesatuan Soviet!  Lebih teruk lagi, kenyataan Belenko yang diterbitkan oleh akhbar di seluruh dunia menjelaskan bahawa agensi perisik Barat mempunyai maklumat awal mengenai model terbaru yang boleh memuatkan dua juruterbang, MiG-25MP. Pihak yang berpotensi tinggi menjadi musuh Soviet itu kini turut memiliki untuk nembangunkan sen.jata lawan dan memiliki keupayaan yang tinggi untuk meneutralkan MiG-25 dalam masa yang singkat.

Ini memaksa kerajaan Soviet, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Industri Pesawat untuk mengambil tindakan dan siasatan lanjut yang kemudian terbukti kebenarannya. Di bawah perintah yang tegas dan jelas oleh sistem Soviet membuatkan biro reka bentuk dan industri pertahanan bekerja keras, dan MiG-25PD yang jauh lebih baik mula dibina dan dikeluarkan hanya dalam masa dua tahun setengah selepas pembelotan itu.

MiG-25 sangat penting bagi pertahanan udara Soviet, kerana (sehingga MiG-31 memulakan perkhidmatan), ia merupakan satu-satunya pesawat yang mampu memintas pesawat pengintai strategik Lockheed SR-71A yang mencerob.oh Laut Barents dan Baltik walaupun dalam autobiografinya Belenko mendakwa bahawa “SR-71 terbang di luar pantai Rusia, mencabar dan mengejek MiG-25 yang dikirim untuk memintas mereka, meluncur ke ketinggian yang tidak dapat dicapai pesawat Soviet, dan terbang santai di atas mereka, atau memecut pada kelajuan yang pantas dan tidak dapat ditandingi oleh Rusia ”.

Apabila Poland mengalami kon.flik pada awal 1980-an, Barat bimbang akan kemungkinan berlakunya pencero.bohan Soviet. Data yang diberikan oleh satelit pengawasan yang memantau pasukan Soviet yang ditempatkan di sempadan barat ternyata tidak mencukupi untuk Amerika, dan SR-71 mula melakukan misi pengintaian di Laut Baltik.  MiG-25PD dan ‘PDS yang ditempatkan di kawasan itu menghadapi banyak tekanan untuk menangani pengintip ini.

MiG-25 yang dibawa Belenko mendarat di Jepun

Pembelotan Belenko memberi kesan yang positif (selain jangka panjang yang telah disebutkan) – ia membuka jalan kepada eksport senja.ta baru. Eksport pertama MiG-25 dilaksanakan pada tahun 1979. Versi eksport pesawat pemintas dan pengintipan / se.rangan yang diturunkan sedikit kualitinya ini diperoleh Algeria, Bulgaria, India, Iraq, Libya, dan Syria. Inilah kaedah yang tidak konvensional untuk menembusi pasaran asing – pesawat harus dicuri untuk membolehkan ia dieksport.

Kesatuan Soviet sangat kesal dengan keadaan itu lalu menuntut Jepun membayar pampasan bernilai $ 10 juta di atas kerosakan pesawat itu. Jepun pula menuntut Soviet membayar $ 40,000 untuk kerosakan terhadap Lapangan Terbang Hakodate dan kos penghantaran. Tiada sesiapa tahu adakah bil-bil ini telah dibayar.

Walaupun penerbangan Belenko itu adalah satu pembelotan dan bukannya sera.ngan, kejadian ini menandakan kelemahan dalam sistem pertahanan udara Jepun.  Kegagalan sistem radar Jepun untuk mengesannya dan ketidakupayaan pesawat pejuang Jepun memintasnya menyebabkan perubahan dalam sistem pertahanan Jepun.

JASDF membeli pesawat amaran udara Grumman E-2 Hawkeye dan beberapa tahun kemudian membeli McDonnell Douglas F-15 Eagles dengan kapasiti radar yang lebih baik.  Perkembangan F-15 didorong oleh ketakutan AS terhadap kemampuan MiG-25.  Jepun juga kemudian mengemas kini sistem F-4nya untuk meningkatkan keupayaan memantau daratan.

Viktor Belenko berhijrah ke Amerika Syarikat, dibantu oleh CIA dan ten.tera A.S., mempelajari bahasa Inggeris dan secara beransur-ansur menyesuaikan diri dengan kehidupan di AS.

Kisah hidupnya di Kesatuan Soviet, pembelotannya dan kehidupan barunya di AS ditulis oleh John Barron dalam buku MiG Pilot: The Final Escape of Lieutenant Belenko, yang diterbitkan pada tahun 1980. Sebuah filem mengenainya turut diarahkan oleh Clint Eastwood yang berjudul ‘Firefox’.

MiG-25 milik pasukan ten.tera Iraq yang dirampas

Belenko kemudian menjadi perunding kepada te.ntera AS  dan industri aeroangkasa, penceramah awam dan ahli perniagaan. Dia juga berkahwin dengan seorang wanita Amerika dan mempunyai dua orang anak namun kemudian bercerai. Dia tidak pernah menceraikan isterinya di Rusia.

Manakala bagi Amerika Syarikat pula, walaupun mereka tidak dapat memiliki MiG-25P yang dibawa Belenko ke Jepun pada tahun 1976, mereka akhirnya memperoleh pesawat MiG-25 Iraq setelah pencer.obohan ke atas Iraq pada tahun 2003.

RUJUKAN:

Barron, John (1983). MiG Pilot: The Final Escape of Lieutenant Belenko. Avon Books.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.