Juruterbang Depress Bertukar Menjadi Pembunuh!

642

Pada 24 March 2015, sebuah pesawat di bawah kendalian syarikat Germanwings yang dinamakan sebagai Germanwings Flight 9525 berlepas daripada Barcelona, Sepanyol menuju Dusseldorf, Jerman. Kapal terbang model Boeing A320 ini dikendalikan oleh kapten penerbangan, Kapten Patrick Sondenheimer, 34 tahun dan dibantu oleh first-officer (FO), Andreas Lubitz, 27 tahun.

Tepat jam 10.01 pagi, pesawat ini berlepas daripada Lapangan Terbang Barcelona-El Prat yang dinaiki oleh 144 orang penumpang dan 6 orang anak kapal. Pesawat ini dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Dusselforf, Jerman pada jam 11.39 pagi.

Gambar – CVR Pesawat Germanwings 9525

Pada 20 minit pertama penerbangan, segala-galanya nampak normal tanpa sebarang masalah. Pesawat ini sudahpun mencapai ketinggian 38000 kaki (11500 meter) iaitu cruising altitudenya. Kemudian, pada lebih kurang jam 10.25 pagi, perbualan antara Kapten Patrick dan First Officer Andreas direkodkan di dalam Cockpit Voice Recorder (CVR), iaitu perakam suara yang merakam apa-apa interaksi dan bunyi sewaktu penerbangan bermula. Berikut adalah perbualannya yang telah saya terjemahkan dalam bahasa Melayu.

First Officer Andreas – (If you need to go to the bathroom, now is a good time) Tuan, kalau tuan nak ke tandas, saya rasa inilah masanya.

Kapten Patrick – (Good Idea. I think I will go. Please take care of the radio communication for awhile and I will handle the flight control to you) Ya, betul juga. Saya pergi sekarang dan serahkan kawalan pesawat kepada anda.

First Officer Andreas – (I hope so) Saya harap saya boleh

Kapten Patrick kemudiannya meninggalkan kokpit pesawat menuju ke tandas. Sejurus selepas Kapten Patrick keluar, FO Andreas mengunci pintu daripada dalam. Pesawat Boeing ini mempunyai pintu kokpit pesawat yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi selepas peristiwa hitam 11 September (pelanggaran pesawat World Trade Center) dan hanya boleh dibuka daripada dalam.

Pintu yang memisahkan ruang kokpit dan penumpang ini sebenarnya boleh dibuka dengan memasukkan kod yang hanya diketahui oleh kapten dan FO pesawat sahaja. Namun, fungsi kod ini boleh dinyahaktifkan menggunakan suis yang terletak di tempat duduk juruterbang, yang mana telah pun dikunci oleh FO Andreas.

FO Andreas kemudiannya meletakkan pesawat untuk terbang pada aras 100 kaki (30 meter) iaitu ketinggian minimum pesawat ini untuk terbang disamping meningkatkan kelajuan pesawat pada 323 hingga 350 knot iaitu lebih kurang 650 kilometer sejam. Pesawat ini menjunam dengan kelajuan yang mengerikan iaitu 5000 kaki (1525 meter) per minit.

Sewaktu itu, pesawat berada di atas negara Perancis. Pegawai trafik udara (Air traffic Controller – ATC) Marseille cuba berkali-kali menghubungi pesawat ini tetapi tidak dijawab. ATC mengarahkan mana-mana pesawat yang ternampak kapal terbang ini untuk cuba menghubunginya, tetapi masih gagal. Bimbang akan serangan pengganas, dua buah jet Mirage 2000 diterbangkan untuk memintas pesawat ini, tetapi mereka gagal mengesan pesawat ini kerana mereka menjangkakan pesawat ini berada pada ketinggian penerbangan yang biasa, iaitu sekitar 10 – 11 kilometer di atas.

CVR di dalam pesawat merakamkan bunyi hentakan, dan suara Kapten Patrick yang bersungguh-sungguh mencuba untuk memasuki kokpit pesawat tersebut, tetapi gagal. Pelbagai cara digunakan antaranya dengan menggunakan kapak dan tong pemadam api. Pintu ini terlalu kuat, di mana pembinaan ciri-ciri keselamatan membolehkannya menahan letupan bom tangan. Suara kapten Patrick juga dirakam oleh CVR

“Buka pintu! Buka pintu! Benarkan aku masuk!”

Tetapi usahanya sia-sia, dan tepat jam 10.41 pagi, pesawat ini terhempas di sebuah kawasan bernama Massif des Trois-Eveches di banjaran Alps. Kesemua 150 penumpang dan anak kapal terkorban serta merta. Usaha mencari dan menyelamat bertukar kepada usaha mencari serpihan-serpihan mayat dan serpihan kapal terbang.

Setelah CVR dan kotak hitam pesawat ditemui, penyiasatan ini mengesahkan bahawa kemalangan pesawat ini adalah diakibatkan oleh perlakuan FO Andreas Lubitz yang memang mengemudi pesawat ke bawah dan menghempas pesawat ini dengan kelajuan melebihi 640 kilometer sejam.

Setelah penyiasatan diteruskan, FO Andreas (gambar) sememangnya mempunyai masalah kemurungan dan kecenderungan untuk membunuh diri. Semasa tahun 2008, 7 tahun sebelum kejadian ini berlaku, Andreas Lubitz semasa itu merupakan seorang juruterbang pelatih, dan dia dimasukkan ke hospital atas sebab Major Depressive Disorder yang terlalu teruk.

Siasatan mendapati Andreas juga baru ditinggalkan oleh tunangnya beberapa bulan sebelum kejadian. Dia mendapatkan rawatan dengan seorang pakar sakit mental, yang telahpun melabelkan dia unfit to fly. Walau bagaimanapun, dia bertindak mengoyakkan dokumen tersebut dan membakar sebagai satu langkah menghapuskan bukti. Penyiasatan ke rumahnya mendapati sejarah cariannya di internet melalui sebuah komputer yang terdapat di rumahnya adalah;

– Rawatan perubatan untuk MDD

– Pintu kokpit pesawat

– Cara-cara membunuh diri

– Apa yang berlaku selepas mati

Kejadian ini bertambah ngeri apabila peguambela Kapten Patrick mendapati FO Andreas meletakkan ubat di dalam kopinya bagi membuatkan kapten berusia 34 tahun itu bangkit dan meninggalkan ruang kokpit untuk ke tandas.

8 minit terakhir merakamkan FO Andreas berdiam diri dan bernafas dengan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kesedihan terpancar oleh ahli keluarga Kapten Patrick yang dikatakan bertukar syarikat penerbangan setahun sebelum kejadian pada tahun 2014 daripada Lufthansa Airline ke Germanwings dalam usahanya untuk meluangkan lebih banyak masa dengan kedua anak dan isterinya.

Selepas kejadian ini, kebanyakkan syarikat penerbangan mewajibkan sekurang-kurangnya 2 orang perlu berada di dalam kokpit dalam satu-satu masa, yang mana salah seorangnya juruterbang. Ujian kesihatan mental juga diwajibkan serta para doktor (psychiatrist) dibolehkan untuk memberitahu pengurus syarikat penerbangan andai kata pesakit mereka dilabelkan unfit to fly.

PS – Apa pendapat anda mengenai kes ini? Setiap pekerjaan yang mana terlibat dalam pengurusan melibatkan keselamatan orang lain perlu disaring dari segi kesihatan mental termasuklah para petugas kesihatan sendiri.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.