Pada 14 hingga 19 April 1963 telah diadakan Festival Filem Asia buat kali ke-10. Dan buat kali ke empat, Tokyo terpilih menjadi tuan rumah untuk mengajurkan sebuah festival filem yang sangat betprestij di rantau Asia.

Delegasi dari Kuala Lumpur – Singapura diwakili oleh P.RAMLEE wakil tunggal dari Shaw Brothers manakala HUSSAIN HANIFF, LATIFAH OMAR, ROSYATIMAH, WAHID SATAY dan RAHMAH ALI mewakili Cathay-Keris. Antara filem Melayu yang bertanding di festival filem itu ialah IBU MERTUA KU (P.RAMLEE), LABU LABI (P.RAMLEE), CHUCHU DATOK MERAH (M.AMIN), MASOK ANGIN KELUAR ASAP (HUSSAIN HANIFF) dan BAYANGAN DI WAKTU FAJAR (USMAR ISMAIL).

P.RAMLEE turut bertanding dalam ketegori Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem IBU MERTUA KU, tetapi beliau telah tewas di tangan salah seorang pelakon dari Seoul iaitu KIM SEUNG HO melalui filem ROMANCE GRAY. Sahabat P.RAMLEE dari Jepun TOSHIRO MIFUNE juga turut dicalonkan dalam ketegori sama tetapi turut tewas. P.RAMLEE tidak kecewa dengan kekalahannya itu, cuma beliau mengatakan jikalau Juri dari Indonesia mengundi beliau dengan memberi dua mata sudah cukup untuk membuatkan beliau menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik buat kali kedua. Akan tetapi filem IBU MERTUA KU berjaya memenangi anugerah Sinematografi Terbaik (hitam & putih) melalui A.BAKAR ALI.

Setelah selesai semua penyampaian anugerah tersebut, salah seorang dari Juri yang ada telah meneliti filem IBU MERTUA KU. Beliau merujuk di atas kemenangan filem itu melalui Sinematografi Terbaik (hitam & putih). Apabila beliau teliti sedalamnya tentang filem itu, beliau mendapati filem ini sangat berbeza dengan filem-filem lain yang turut menyertai festival pada edisi itu. Mengapa insan yang bernama P.RAMLEE ini terlibat hampir keseluruhan di dalam pembikinan filem ini. Beliau PENGARAH, PELAKON, PENGGUBAH LAGU, PENYANYI dan PENULIS LAKON LAYAR untuk filem ini. Ini tidak pernah belaku katanya di dalam sejarah industri seni di asia malahan di dunia pada ketika itu.

Lantas Juri itu tadi telah mengutarakan perkara ini kepada kesemua juri-juri yang lain. Di masa itu juga telah diadakan perbincangan “kilat” sesama juri untuk menentukan apakah pengiktirafan yang patut diberi kepada seorang insan yang bernama P.RAMLEE melalui filem IBU MERTUA KU. Ketika perbincangan itu berjalan, berlaku juga perselisihan pendapat dikalangan juri. Tetapi perkara itu dapat diselesaikan dan akhirnya menemui titik persamaan. Semua hadirin yang hadir pada ketika itu ternanti-nanti apakah yang dibincangkan oleh semua juri pada masa itu.

Akhirnya, 12 juri yang mengadili festival pada edisi kali itu telah sepakat dan sebulat suara memberi anugerah dari GOLDEN HARVEST AWARDS : MOST VERSATILE TALENT (BAKAT SERBA BOLEH) kepada P.RAMLEE kerana kemampuan ajaibnya di dalam filem IBU MERTUA KU. Semua para hadirin yang hadir telah memberi standing ovation kepada P.RAMLEE termasuk bintang filem hindi yang terkemuka pada masa itu iaitu RAJ KAPOOR. Beliau mengatakan “He deserves it” (merujuk kepada P.Ramlee) kepada wartawan yang menemubual beliau.

Anugerah ini satu-satunya ada pada P.RAMLEE dan tidak ada lagi dipertandingkan di mana-mana anugerah seni di dalam dunia selepas P.RAMLEE memenanginya. HANYA PADA P.RAMLEE SAHAJA.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Leave A Reply