Juraj Janosik: Beruang Liar Slovakia

0
1990
views

• Dilahirkan di sebuah perkampungan penduduk tempatan yang pekerjaannya bercucuk tanam dan mengembala haiwan ternakan di sekitar Terchova di wilayah Zilla yang sekarang dikenali sebagai Slovakia.

• Ketika masih muda, beliau bersama penduduk tempatan melawan pemberontakan Anti-Hasburg Hungary yang dipimpin oleh Prince Francis II Rakoczi of Transylvania. Pemberontakan ini berjaya dipatahkan oleh pasukan tentera kaisar Hungary di dalam pertempuran Henchin yang berlaku pada 3.8.1708.

• Setelah kemenangan yang besar dipihak pemerintah, Janosik menyertai ke dalam angkatan pasukan Hungary ketika berusia 15 tahun.

• Ketika berkhidmat sebagai tentera Hungary, Janosik ditugaskan untuk menjaga sebuah penjara di Rytca yang menempatkan penjenayah kelas berat.

• Pada waktu ini, Janosik bertemu dengan salah seorang tahanan yang bernama Thomas Uhorcik dan seringkali mereka ini berbual dan berkongsi cerita antara satu sama lain.

Walhal, Thomas Uhorcik merupakan seorang ketua sebuah kumpulan perompak yang melakukan perompakan di sekitar kawasan utara Slovakia.

• Janosik yang berminat dengan kisah perjuangan melalui jalan yang berbeza yang dilakukan oleh Thomas menjadikan beliau tertarik untuk menyertai kumpulan.

• Mengikut versi kisah lain, Janosik sendiri yang menolong Thomas melarikan diri daripada penjara dan setelah itu, mereka berdua seringkali bertemu sehingga tali persahabatan mereka menjadi semakin akrab.

• 1711 M. Janosik secara rasminya menyertai kumpulan ini dan memulakan aksi perompakan di sekitar pergunungan Slovakia dibawah pimpinan Thomas.

• Kegiatan bersama mereka hanya berakhir apabila Thomas berkahwin dan memutuskan untuk meletakkan jawatan.

Janosik yang dilihat sebagai sosok pemimpin yang berkaliber oleh Thomas telah dilantik secara rasmi sebagai pemimpin kumpulan ini menggantikan Thomas. Perlantikan Janosik diterima oleh ahli kumpulan lain tanpa tentangan kerana mereka melihat Janosik sebagai seorang pemuda yang berkebolehan dalam mengandalkan tugas ini.

• Pada zaman keemasan Janosik, beliau menjelajah ke kawasan hutan dan pergunungan di sekitar lembah Slovakia, Poland serta Moravia.

Waqaf Saham

Sambil menjelajah, beliau memimpin beberapa aksi perompakan di kawasan ini ke atas rombongan bangsawan mahupun pedagang kaya. Hasil rompakan ini, beliau memberikan kepada penduduk miskin yang ditemukannya sepanjang perjalanan ataupun di kawasan perkampungan yang disinggahinya.

• Ahli kumpulan yang dipimpinnya ini kebanyakan terdiri daripada lelaki yang handal dalam melakukan rompakan yang berasal dari sekitar pelusuk tanah Slovakia.

Setelah melakukan perompakan mereka akan membawa harta ini lalu bersembunyi di sekitar kawasan pergunungan.

• Barang paling bernilai yang pernah dirompak oleh mereka adalah sebiji permata yang ingin diberikan kepada Lady Terchova daripada rombongan bangsawan Lord Skalka.

• Harta rampasan seperti cincin emas akan diberikan kepada para gadis muda, pakaian bulu tebal dari haiwan akan diberikan kepada tukang buat senjata dan pedang rampasan milik para penguasa akan dihadiahkan kepada pemuda kampung yang miskin.

• Sepanjang perjalanan kariernya sebagai seorang pahlawan ‘outlaw’ yang merampas, merompak harta-harta bernilai ini, beliau tidak menghadapi pelbagai masalah sehinggakan penduduk setempat menyanjung dan melindungi mereka daripada dikejar serta dikesan oleh pasukan tentera Hungary yang memburu kelompok Janosik.

• Sehinggalah tiba tahun 1712 ketika Janosik menziarahi kediaman bekas ketua kumpulan ini, iaitu sahabat karibnya juga, Thomas di daerah Klenovce.

Ketika berada di dalam rumah Thomas, seramai 20 orang pengawal Hungary mengepung dan menerjah masuk lalu menangkap Janosik.

• Janosik ditahan buat kali pertama dalam hidupnya. Tetapi beliau dapat melarikan diri dari penjara pada tahun itu juga.

• Pada tahun sekitar 1713, salah seorang ahli anggotanya, Gadjosik berkhianat dan memberikan segala maklumat tentang keberadaan Janosik. Janosik lalu ditangkap dan dipenjarakan di bawah pengawasan yang ketat.

• Sebelum dijatuhkan hukuman mati, Janosik dibicarakan di sebuah mahkamah di Hungary selama dua bulan lamanya melalui pelbagai proses pembelaan diri dan pelbagai pembacaan pertuduhan yang dibacakan kepadanya. Penduduk miskin yang dibantunya juga datang dan memberikan segala pembelaan ke atasnya, tetapi hasilnya tetap nihil.

• Keputusan muktamad daripada mahkamah.

17.8.1713.

• Janosik dijatuhi hukuman mati digantung menggunakan mata kail yang besar di hadapan khalayak ramai di sebuah tempat bernama Liptovsky Mikalas ketika berusia 25 tahun.

Walaupun sudah beratus tahun kematian Janosik, tetapi kisah perjuangannya yang berbeza daripada manusia lain, membuatkan masyarakat tempatan tetap mengingati jasa pergorbanannya dalam berjuang menentang penindasan golongan aristrokasi. Kisahnya terus menerus meniti di bibir masyarakat dari satu generasi ke generasi yang lainnya sehingga ada kisahnya yang ditokok tambah dengan kisah mistik dan sebagainya.