Salah satu peristiwa penting sepanjang sejarah Tamadun Rom adalah peristiwa pembunuhan Julius Caesar (100 BC – 44 BC). Pada waktu itu, Rom mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang diperintah oleh badan Senat dan Konsul. Maka ia tidak dipanggil sebagai Empayar Rom tetapi Republik Rom. Dalam kalangan Senator, terdapat dua blok yang mempunyai idea berbeza. Pertamanya blok ‘optimates‘, iaitu sekumpulan besar Senator yang memerintah berbentuk oligarki. Keduanya adalah blok ‘populis‘ yang lebih mesra rakyat. Kebiasaannya, Senator terdiri daripada aristokrat dan orang yang berpengaruh.

Julius Caesar bukanlah berasal daripada keluarga aristokrat. Beliau mula mendapat pengaruh pada waktu kejayaannya dalam ketenteraan. Terdapat beberapa jasa besar yang dilakukan oleh Caesar yang menaikkan prestij dan kekayaan Rom seperti penaklukan ke atas Gaul dan menghapuskan pemberontakan. Dalam politik, Caesar sangat mesra rakyat. Memberikan bantuan kepada orang miskin dan rakyat yang dipinggirkan. Beliau telah melakukan penambah baikkan ke atas bangunan-bangunan serta memberikan pekerjaan kepada penganggur. Caesar berada dalam blok ‘populis‘ dan seorang reformer.

Sebelum Rom bertukar menjadi Republik, ia berada di bawah pemerintahan berbentuk Monarki. Seramai tujuh orang raja yang memerintah Rom sebelum itu bermula daripada Raja Romulus (771 BC – 716 BC). Nama ‘Rom’ itu sendiri pun diterbitkan daripada nama Romulus sendiri. Sistem pemerintahan monarki ini tidak bersifat warisan. Apabila raja mati, kuasa tertinggi akan berpindah ke badan Senat.

Pada masa itu, badan Senat akan melantik salah seorang daripada mereka sebagai pemangku raja sementara untuk mencari calon raja yang seterusnya selama lima hari. Pencalonan tersebut tentulah dibawah persetujuan badan Senat juga. Selepas lima hari, kuasa pemangku raja itu akan dipindahkan kepada Senator yang lain dan diberikan tugasan yang sama. Proses ini akan berterusan sehinggalah pada waktu pemilihan raja yang baru.

Setelah calon diemui, calon tersebut akan dihadapkan ke badan Senat dan memberikan ulasan. Sekiranya calon tersebut mendapat pelepasan daripada Senat, pemangku raja akan mempengerusikan Dewan Curiate ketika waktu pemilihan raja. Setelah calon diusulkan dalam Dewan tersebut, rakyat Rom berhak memilih ataupun menolak calon raja. Sekiranya diterima, raja akan menjalan dua upacara sebelum mendapat autoriti dan kuasa penuh.

Raja terakhir adalah Lucius Tarquinius Superbus (? – 495 BC) yang memerintah secara zalim. Akhirnya ditumbangkan oleh pemberontakan seorang Konsul, Lucius Junius Brutus (? – 509 BC). Brutus tidak merampas kuasa setelah menumbangkan Tarquinius, tetapi mengetuai rakyat untuk bersumpah supaya tidak akan membiarkan raja yang mempunyai kuasa mutlak memerintah negara. Akhirnya, Republik Rom dibangunkan.

Kebetulan, Brutus yang menumbangkan sistem monarki dahulu mempunyai hubungan jalur yang panjang dengan orang yang mengetuai pemberontakan ke atas Caesar, iaitu Marcus Junius Brutus (85 BC – 42 BC). Atas kegemilangan yang dibawa oleh Caesar, beliau menerima pelbagai penghormatan daripada sebahagian Senator. Tugu-tugunya dibangunkan. Bulan ‘July’ diletakkan bersempena namanya sendiri. Seterusnya, Caesar juga mendapat jawatan sebagai Konsul. Konsul merupakan badan tertinggi dan dipegang oleh dua orang dalam suatu tempoh pemerintahan. Kuasa ‘Dictator for Life’ , kuasa penuh yang diberikan untuk sementara waktu pada waktu-waktu kecemasan, pernah diberikan kepada Caesar beberapa kali.

Bagi sebahagian Senator, mereka melihat keadaan ini menggusarkan mereka. Dibimbangi Rom akan hancur sebagai Republik dan monarki dikembalikan. ‘The Liberator‘ ditubuhkan sebagai gerakan pemberontakan untuk membunuh Caesar yang diketuai oleh Brutus bersama dengan Gaius Cassius Longinus (85 BC – 42 BC).

Pada 15 Mac 44 BC, Caesar sedang buat persiapan untuk menghapuskan pemberontakan di Asia Kecil. Pada waktu ini, beliau dikelilingi oleh 60 orang Senator yang mahu membunuhnya. Akhirnya, Caesar dibunuh sebanyak 23 tikaman. Selepas dua hari pembunuhan tersebut, Marc Antony (83 BC – 30 BC) memanggil badan Senat berkenaan hal tersebut. Pembunuhan Caesar dihalalkan atas nama kezaliman Caesar di mana ia sah di sisi undang-undang

Objektif para konspirator untuk mengekalkan Republik dengan membunuh Caesar, akhirnya menghancurkan Republik itu sendiri. Populariti Caesar dalam kalangan rakyat sangat tinggi. Kematian Caesar mengakibatkan kemarahan rakyat. Rakyat melihat Caesar sebagai pemerintah yang baik dan badan Senat sebagai badan yang korup. Pada masa ini, Rom berada dalam keadaan panik, ramai Senator melarikan diri. Antony yang menyemarakan kemarahan rakyat seterusnya membawa kepada beberapa siri perang saudara.

Octavian, iaitu pewaris Caesar, menstabilkan semula Rom lalu Rom menjadi sebuah empayar. Octavian juga dikenali sebagai Augustus Caesar. Akhirnya, demokrasi yang diperjuangkan oleh The Liberators menghancurkan Republik Rom dan kembalikan Rom kepada pemerintahan monarki yang berkuasa mutlak.

Persoalan mungkin timbul, bagaimana sekiranya The Liberator berada di pihak yang benar, iaitu kalau dibiarkan mungkin Caesar akan melakukan rampasan kuasa dan menjadi maharaja?

Siapa pernah menonton filem ‘Minority Report’ ataupun anime ‘Psycho Pass’ yang predict suatu jenayah, tetapi jenayah itu dicegah dahulu sebelum berlaku. Bagaimana kalau ramalan mereka silap.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

1 Comment

Reply To goto.cool Cancel Reply