Moving Forward As One

Jugurtha: Raja Dari Afrika Yang Membeli Seisi Rom Dengan Rasuah

666

PayLater by Grab

Selepas Hannibal Barca ma.ti pada 181 SM, Rom menyangka tiada lagi pihak yang mencabar hegemoni mereka. Tetapi mereka tidak menyangka Numidia, sekutu mereka semasa menentang Hannibal akan menjadi tempat kebangkitan seorang lagi musuh mereka bernama Jugurtha. Jugurtha bukan sekadar mendedahkan gejala rasuah yang membelenggu Rom tetapi membuka jalan kepada seorang individu bernama Julius Caesar…

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Jugurtha merupakan cucu pemerintah Numidia pertama, Masinissa. Baginda memainkan peranan penting menggerakkan ketum.bu.kan Numidia yang diperlukan angkatan pe.ra.ng Scipio Africanus untuk mengatasi Hannibal di Zama. Sebagai balasan kepada bantuan tersebut, Scipio membantu Masinissa menewaskan pesaingnya Syphax dan membantunya membentuk kerajaan dengan restu pihak Rom.

Bagaimanapun, Rom meragui keikhlasan Numidia membentuk pakatan dengannya dan mula curiga dengan mereka. Pengganti Masinissa, Micipsa berusaha mengubah perspektif tersebut dan bersedia membantu Rom dalam apa jua keadaan. Salah satu bantuan yang diminta ialah bantuan keten.te.raan kepada cucu angkat Scipio, Scipio Aemilianus bagi mendepani an.ca.man pemberontakan di Sepanyol.

Sebagai tanda sekutu yang setia, Micipsa mengutuskan anak saudaranya Jugurtha sebagai ketua unit Numidia. Bagaimanapun, baginda mempunyai motif tersendiri semasa memilihnya. Jugurtha yang juga anak luar nikah adindanya, Mastanabal dilihat mempunyai cita-cita tinggi dan berupaya mengan.ca.m kedudukan dua putera Micipsa, Hiempsal dan Adherbal sebagai pewaris takhta Numidia.

Justeru, baginda berharap dengan menghantarnya pergi, ia akan meningkatkan peluang untuknya ditimpa kece.la.ka.an semasa dalam perjalanan atau dibu.n.uh di medan pe.ra.ng. Bagaimanapun, itu tidak berlaku dengan Jugurtha membantu Aemilianus menang dalam kempennya di Sepanyol. Bukan itu sahaja, baginda pulang bersama dengan surat penghargaan yang ditandatangani oleh Aemilianus sendiri. (Sanchez, 2021)

Semasa kempen di Sepanyol inilah, Jugurtha mengetahui perihal gejala rasuah yang membelenggu Rom dan melihatnya sebagai kunci untuk mengakali mereka. Di samping itu, baginda turut membina hubungan dengan ramai orang Rom yang berperanan sebagai penyokongnya seperti bakal konsul Gaius Marius.

Disebabkan nilai pengaruhnya yang tinggi dalam kalangan orang Rom, Micipsa mengambil Jugurtha sebagai anak angkat dan menjadikannya sebahagian daripada putera-puteranya yang akan memerintah Numidia. Selepas baginda mangkat pada tahun 118 SM, Numidia dibahagikan kepada tiga orang puteranya secara sama rata.

Bagaimanapun, itu langsung tidak memuaskan cita-cita Jugurtha. Baginda memerintahkan sekumpulan ten.te.ra untuk keluar memburu dan membu.n.uh Hiempsal. Sesiapa yang cuba menghalang usaha mereka akan dibu.n.uh tanpa belas kasihan.

Sebaik tiba di kediamannya, mereka mendapati baginda bersembunyi dalam sebuah bilik milik seorang khadam perempuan. Hiempsal kemudiannya dibu.n.uh dengan kepalanya dipe.ngg.al sebelum dibawa kepada Jugurtha sebagai bukti kema.ti.an. Adherbal yang ketakutan melarikan diri ke Rom dan memfailkan aduan kepada pihak Senat tentang salah laku Jugurtha.

Begitupun, baginda sudah bersedia lebih awal dengan tindakan saudara angkatnya itu. Menurut sejarawan Rom Sallust, Jugurtha pernah mengeluarkan kata-kata ini semasa di Sepanyol, “Urbem venalem et mature perituram, si emptorem invenerit.” Ia bermaksud, “Kota ini (Rom) merupakan kota yang boleh dijual dan ia akan menemui kemus.na.han dengan pantas sekiranya ada orang yang membelinya.” (Sanchez, 2021)

Baginda merasuah ramai senator dalam Senat sekaligus menyaksikan sebarang keputusan Numidia memihak kepadanya. Suruhanjaya penyiasat yang dilantik memutuskan Jugurtha tidak dihukum atas pembu.nu.han Hiempsal dan memberi bahagian Numidia yang lebih makmur kepadanya. Keputusan ini nyata mengecewakan Adherbal dan memberi lebih banyak ruang kepada Jugurtha mengha.pu.skan pesaingnya itu.

Sebaik kembali ke Numidia, angkatan baginda digerakkan untuk memburu saki-baki orang yang menyokong saudara angkatnya itu. Adherbal kemudiannya berkubu di Cirta dengan harapan Rom dapat menghantar ten.te.ra untuk menewaskan angkatan Jugurtha. Harapannya itu disandarkan kepada fakta ramai orang Rom yang menetap di kota berkenaan.

Bagaimanapun, fakta itu langsung tidak dipedulikan Jugurtha. Sebaliknya, kepungan ke atas kota berkenaan diperketatkan di sebalik cubaan pihak Rom untuk membatalkan hasratnya itu. Pada akhirnya, Adherbal menyerah kalah dan berharap Jugurtha berlaku belas kasihan terhadap dirinya dan kota itu.

Tetapi, hasrat tersebut ditolak dengan baginda dihukum bu.n.uh dengan kota Cirta dimus.na.hkan dan dijarah oleh angkatan Jugurtha. Rom yang berang mengisytiharkan pe.ra.ng terhadap Jugurtha dan mengutus angkatan pe.ra.ng ke Numidia pada 112 SM. Begitupun, baginda merasa yakin boleh mengatasi mereka kerana jumlah rasuah yang boleh diberi dan kesibukan Rom dengan kempen mereka dengan puak-puak gasar Jerman. (Sanchez, 2021)

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Orang pertama yang diutus Senat Rom untuk memburu Jugurtha ialah Konsul Lucius Calpurnius Bestia. Pada awalnya, beberapa kemenangan memihak kepada beliau. Tetapi akibat rasuah yang dihulur baginda mengakibatkan ramai ten.te.ra Rom berpaling tadah atau meninggalkan medan pe.ra.ng. Ini mendorong Jugurtha mengadakan pertemuan dengan Bestia dan menasihatinya agar menerima tawaran perdamaian baginda.

Begitupun, ramai meragui keikhlasan tawaran perdamaian baginda dan merasakan Bestia telah menerima suapan. Akibatnya, pihak Senat memanggilnya pulang dan mengenakan tuduhan rasuah terhadapnya. Pengganti beliau, Gaius Memmius turut mendapat suapan Jugurtha kerana menyokong usul memberi laluan selamat kepada baginda semasa berangkat ke Rom. (Cary dan Scullard, 1975)

Tetapi baginda membuat satu kesilapan besar semasa di ibu kota tamadun berkenaan: membu.n.uh pesaingnya sendiri. Di sinilah, Jugurtha mendapat tahu seorang sepupunya, Massiva berada di Rom dan mendapat perlindungan mereka. Sekiranya baginda dibenarkan hidup, Massiva berpotensi mencabar kedudukannya sebagai pemerintah Numidia. (Cary dan Scullard, 1975)

Atas sebab itulah, apabila orang Rom mengetahui pembu.nu.han kerabat diraja Numidia itu, mereka mendesak Senat bertindak lebih agresif terhadap Jugurtha. Lantas, Senat mengutus konsul Quintus Metellus untuk menamatkan an.ca.man baginda pada tahun 110 SM. Walaupun berjaya meraih kemenangan signifikan dalam beberapa pertem.pu.ran, beliau masih gagal menewaskan Jugurtha.

Satu sebab mengapa baginda sentiasa di hadapan musuh-musuh Romnya ialah Jugurtha mengamalkan taktik pe.ra.ng gerila. Taktik ini membolehkan baginda melancarkan pelbagai bentuk se.ra.ngan seperti se.ra.ng hendap, sabotaj atau menye.ra.ng unit sokongan dengan harapan ia melemahkan semangat Rom. Dari situ, Rom terpaksa berunding dengan Jugurtha untuk menamatkan kempen mereka terhadapnya.

Walau bagaimanapun, impian baginda han.cu.r berkecai selepas Senat Rom melantik rakan lamanya, Gaius Marius sebagai konsul dan panglima pe.ra.ng. Tidak seperti panglima-panglima pe.ra.ng sebelumnya, beliau datang dari latar belakang keluarga yang sederhana dan tidak terjebak dengan gejala makan suap. Paling penting, Marius popular dalam kalangan ten.te.ra dan sudah masak dengan pelbagai taktik pe.ra.ng gerila Jugurtha.

Di sebalik semua kelebihan ini, beliau juga bergelut mengatasi kelicikan rakan lamanya itu. Keadaan ini tidak dibantu oleh tindakan Mauretania yang diketuai rajanya, Bocchus yang memilih melindungi Jugurtha. Baginda bukan calang-calang sekutu kerana pemerintah Numidia itu merupakan menantunya.

Tetapi pada akhirnya, permainan tikus dan kucing yang dimainkan Jugurtha tamat juga. Ini selepas Marius berjaya mengadakan perjanjian dengan Bocchus untuk menyerahkan menantunya kepada Rom sebagai tukaran kepada sebahagian wilayah Numidia kepadanya. Perjanjian yang dimeterai pada 105 SM itu membolehkan Jugurtha ditahan dan diserahkan kepada pihak Rom.

Rajah 1: Jugurtha diserahkan oleh bapa mentuanya, Bocchus kepada ten.te.ra-ten.te.ra Rom.

Marius kembali ke Rom dan mendapat penghormatan sewajarnya kerana menamatkan kempen licik Jugurtha. Baginda diarak ke Rom dalam keadaan dibelenggu dengan rantai, tidak lagi memakai pakaian jubah diraja Numidia dan kehilangan sebahagian cuping telinga. Keadaan itu terjadi selepas salah satu subang baginda dirampas oleh ten.te.ra Rom yang menahannya.

Rajah 2: Jugurtha diarak mengeliling Rom dalam keadaan dibelenggu sambil diperhatikan Marius.

Jugurtha kemudiannya disumbat dalam Tullianum (pen.ja.ra Rom) sehingga mangkat pada tahun 105 SM. Wujud dua versi kemangkatan baginda iaitu mangkat dalam keadaan kelaparan atau dije.ru.t atas arahan Senat. Ramai sejarawan percaya versi kedua yang sebenarnya berlaku sebagai cara pihak Senat melunaskan den.da.m mereka terhadap Jugurtha. (Mayor, 2011)

Gejala rasuah yang membelenggu Rom dan ketidakcekapan Senat mengundang rasa tidak puas hati rakyat Rom. Dan ini mendorong mereka memuja pemimpin-pemimpin plebeian termasuk yang mempunyai latar belakang keten.te.raan. Pertembungan Senat dengan kelompok pemimpin ini akhirnya mencetuskan ketidakstabilan dalam Rom seterusnya membawa kepada pe.ra.ng saudara. Konflik inilah yang membuka jalan kepada kebangkitan Julius Caesar sebagai diktator Rom dan mengubah tamadun itu buat selama-lamanya…

RUJUKAN:

Mayor, A. (2011). The Poison King: The Life and Legend of Mithradates. Princeton University Press. Halaman 112.

Sanchez, J. P. (2021). This ruthless African king knew Rome was for sale. He bought it. National Geographic Magazine.

Cary, M dan Scullard, H. H. (1975). History of Rome: Down to the Age of Constantine. The MacMillan Press Limited. Halaman 214.

Sumber asal gambar: Jugurtha dalam keadaan dirantai. Lukisan Giovanni Battista Tiepolo (1729). Dipamerkan di Muzium Seni Metropolitan, New York. QUINTLOX/AURIMAGES,

Ruangan komen telah ditutup.