Bagi yang menelusuri kisah Nabi Isa a.s, pasti sedia maklum pengkhianatan yang dilakukan oleh Yahudza atau Judas Iscariot mengikut tradisi agama Kristian terhadap baginda. Pengkhianatan yang dibuat olehnya menjadikan dia sebgaai pengkhianat yang paling dikenali dalam sejarah manusia dan menjadi label penghinaan bagi mana-mana manusia yang dianggap pengkhianat. Tetapi siapa sebenarnya Judas Iscariot?

Walaupun Bible tidak menyatakan secara terperinci identiti Judas, empat gospel yang diiktiraf gereja menamakannya sebagai sebahagian daripada 12 pengikut setia baginda. Dan menariknya, dia juga merupakan satu-satunya pengikut yang dikenali dalam Bible oleh bandar asalnya.

Sesetengah cendekiawan teologi berpandangan nama keluarganya iaitu Iscariot merujuk kepada Queriot (Kerioth), sebuah bandar yang terletak di selatan Jerusalem. Menurut Prof Robert Cargill dari Universiti Iowa, nama Iscariot merujuk kepada dirinya berasal dari selatan Palestin sekaligus menjadikannya sebagai orang luar.

Tetapi ada yang berpandangan nama Iscariot itu merujuk kepada perkataan Sicarii atau kumpulan lelaki bersenjatakan pisau. Kelompok ini merupakan pemberontak Yahudi yang menentang pendudukan Rom dan melakukan pelbagai perlakuan ganas antara 40-50 Masihi. Masalahnya, tiada sebarang kaitan yang dapat dikaitkan dengan Judas dalam Bible dan kumpulan tersebut hanya aktif selepas kematiannya.

Jadi apa punca yang mendorong Judas mengkhianati Nabi Isa a.s? Ada berpandangan pengkhianatan ini berlaku disebabkan sikap tamak. Boleh rujuk beberapa gospel yang memilih hujah ini:

Then one of the twelve, who was called Judas Iscariot, went to the chief priests and said, ‘What will you give me if I betray him to you?’ They paid him thirty pieces of silver. And from that moment he began to look for an opportunity to betray him. (Matthew 26: 14-16)

Then Judas Iscariot, who was one of the twelve, went to the chief priests in order to betray him to them. When they heard it, they were greatly pleased, and promised to give him money. So he began to look for an opportunity to betray him. (Mark 14: 10-11)

Judas dikatakan pergi berjumpa dengan pendeta-pendeta kuil yang berkuasa ketika itu sebagai badan berkuasa agama dan bersedia mengkhianati baginda dengan tukaran wang sebanyak 30 keping duit perak.

Walaupun beberapa gospel lain menyatakan sebab berbeza yang membawa kepada ketamakan Judas, Book of John berpandangan dia sememangnya seorang lelaki tak bermoral sebelum menjadi pengikut Nabi Isa a.s dan dikatakan menyelewengkan duit yang digunakan untuk penyebaran agama.

Ada pula yang menganggap motif pengkhianatan Judas ini bersifat politik. Menurut teori ini, Judas merasa kecewa apabila baginda tidak menunjukkan minat untuk membangkitkan semula gerakan pemberontakan terhadap Rom dan mengembalikan semula kedaulatan kerajaan Yahudi.

Sementara menurut Cargill pula, Judas seperti mana orang-orang berkuasa dari kalangan Yahudi berpandangan jika wujud gerakan pemberontakan yang tercetus akibat gerakan dakwah Nabi Isa a.s, maka orang Yahudi bakal berhadapan nasib sama seperti di Sepphoris seabad sebelumnya. Tambah Cargill, “Mungkin dengan menyerahkan baginda, ia secara tidak langsung menghalang pemberontakan yang lebih besar.”

Walau apa pun motif yang dinyatakan, yang pasti Judas membawa tentera-tentera Rom ke satu tempat bagi membolehkan mereka menahan Nabi Isa a.s. Berdasarkan al-Quran seperti yang disebut dalam ayat 158, Surah an-Nisa, baginda diselamatkan Allah s.w.t dan diangkat ke langit sementara wajah pengkhianat itu disamakan sepertinya dan dihukum salib.

Dalam tradisi Kristian pula, selepas apa yang berlaku, Judas merasa bersalah dan cuba memulangkan 30 keping duit perak yang diterimanya tetapi ditolak. Tidak diketahui bagaimana dia mati. Book of Matthew menyatakan selepas dia meletakkan wang tersebut di atas tanah, Judas kemudiannya menggantung diri kerana merasa bersalah dengan pengkhianatannya. Sementara Book of Acts pula menyatakan dia jatuh ke tanah sebelum mati terbakar sebagai balasan mengkhianati Tuhan.

Sejak itulah, nama Judas sentiasa dikaitkan dengan pengkhianatan dan terus menjadi sebutan sehingga hari ini. Dalam setiap karya sama ada lukisan atau kesusasteraan Barat, dia sentiasa diperlihatkan sebagai teman yang tidak setia dan pengkhianat.

Antara contoh lukisan yang memaparkan imej ini ialah The Taking of Christ (Caravaggio) dan The Arrest of Christ (Kiss of Judas). Sementara dalam buku Dante Alighieri bertajuk Dante’s Inferno memaparkan Judas berada di tingkat terbawah neraka kerana khianat dan diletakkan bersama-sama dua pembunuh Julius Caesar, Brutus dan Cassius.

RUJUKAN:

1. BBC. The Passion. Judas. http://www.bbc.co.uk/thepassion/articles/judas.shtml

2. Pruitt, Sarah. (2019). Why Jesus Was Betrayed by Judas Iscariot. History. https://www.history.com/news/why-judas-betrayed-jesus


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.