Joseph Stalin: Diktator Dari Russia

1,964

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebut saja nama Joseph Stalin, namanya terus popular meniti di bibir rakyat Rusia hari ini. Ya, beliaulah arkitek yang mengubah Rusia atau Kesatuan Soviet dari negara yang berorientasikan pertanian kepada sebuah kuasa besar perindustrian dan ket3nteraan terutama semasa P3rang Dunia Kedua. Bagaimanapun, Stalin juga dianggap seorang yang k3jam dan bersedia melakukan apa saja untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Soviet semasa hayatnya.

Stalin atau nama sebenarnya Josef Vissarionovich Djugashvili merupakan anak jati Gori, Georgia yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Empayar Rusia yang diperintah Tsar Alexander II. Wujud pertikaian berkenaan tarikh lahirnya sama ada 6 Disember atau 18 Disember 1878 ditambah tindakan Stalin menambah tarikh lahir rekaannya iaitu 21 Disember 1879 sekaligus menyukarkan sejarawan menentukan tarikh sebenar kelahirannya.

Yang pasti, beliau merupakan satu-satunya cahaya mata pasangan Besarion Jughashvili dan Ekaterine Geladze. Jughashvili merupakan seorang tukang kasut manakala Geladze pula merupakan seorang tukang cuci. Berikutan situasi kemiskinan yang melanda mereka, bukan sekali Geladze dan bakal diktator Rusia itu menjadi bahan lepas geram Jughashvili berikutan sikapnya sebagai kaki botol.

Pada masa kecil, beliau pernah menderita s4kit cacar yang mengakibatkan parut berkekalan pada wajahnya sepanjang hayat. Dan jika anda perasan lengan kiri Stalin semasa beliau berucap, ia nampak cacat. Pada usia 12 tahun, lengan kiri Stalin pernah dilanggar sebuah kereta kuda pantas yang menyebabkan kecacatan sepanjang hayat pada bahagian tubuhnya itu.

Pada masa ini juga, ibunya menghantar Stalin menghadiri sebuah seminari di Tifilis (kini Tbilisi), Georgia pada tahun 1895. Disebabkan tubuhnya yang kecil dan kecacatan pada lengan kirinya itu, beliau sentiasa menjadi sasaran buli kanak-kanak lain dan adakalanya sampai ke tahap bergaduh. Di sebalik semua itu, Stalin sudah menunjukkan bakatnya dalam bidang akademik dan diharap merealisasikan hasrat ibunya melihat beliau sebagai seorang paderi.

Namun, apabila beliau mencecah usia remaja, Stalin sudah tidak berminat menjadi paderi kerana terpengaruh dengan pelbagai idea sosialisme dan k0mun1sme yang dibawa oleh sebuah kelab buku rahsia di seminari itu. Antara buku yang mencakar minatnya ialah Das Kapital yang dikarang Karl Marx, novel What Is To Be Done? (Nikolay Chernyshevsky) dan The P4tricide (Alexander Kazbegi).

Kecenderungannya terhadap sosialisme mendorong Stalin mempersoalkan semua perkara termasuk agama sehingga mendorongnya menjadi ateis. Kecenderungan ini juga mengakibatkan beliau selalu bertekak dengan paderi-paderi seminari dan akhirnya dibuang atas alasan gagal menghadiri ujian peperiksaan pada tahun 1899.

Selepas dibuang dari seminarinya, Stalin mula bekerja sebagai kerani di Balai Pemerhatian Meteorologi untuk menyara kehidupannya. Kesibukan kerja tidak menghalang beliau melaksanakan pelbagai perkara bersifat revolusi termasuk protes politik dan mogok pekerja. Kejayaan Stalin mempengaruhi ramai pekerja mengadakan mogok menyebabkan dirinya menjadi buruan polis rahsia empayar atau Ohrana.

Akibat menjadi buruan pihak berkuasa, beliau terpaksa bekerja secara senyap di bawah tanah dan mengambil nama samaran Koba dari novel kegemarannya, The P4tricide. Bila diberi peluang menyertai Parti Buruh Sosial Demokratik Rusia (RSDLP), Stalin memilih menyertai puak pro-Bolshevik pimpinan Vladimir Lenin berbanding Menshevik yang dipimpin Julius Martov.

Beliau menolak peluang bergabung dengan Menshevik kerana tidak suka dengan kehadiran mereka di Georgia dan dianggap terlalu lembut berbanding gerakan Bolshevik. Semasa bersama RSDLP, Stalin turut terlibat dalam pelbagai kegiatan jenayah termasuk r0mpakan bank bagi mengisi kantung kewangan RSDLP. Akibatnya, antara tahun 1902 hingga 1913, beliau pernah ditahan dan dibuang negeri ke Siberia.

Rajah 2: Gambar Stalin semasa menjadi buruan polis rahsia Tsar.

Semasa tempoh berkenaan, Stalin berkahwin dengan Ekaterina “Kato” Svanidze, seorang tukang jahit pada tahun 1906. Namun, jodoh mereka tidak kesampaian apabila Svanidze m4ti akibat tifus setahun kemudian tetapi sempat dikurniakan seorang cahaya mata bernama Yakov. Yakov kemudiannya dibesarkan oleh keluarga Svanidze sebelum dibawa tinggal bersama Stalin pada tahun 1921.

Namun, berikutan Yakov hanya boleh bertutur Bahasa Georgia dan bukan Bahasa Rusia, ini mengakibatkan putera Stalin ini dilayan buruk oleh bapa kandungnya sendiri. Dia kemudiannya menjadi sebahagian daripada ketumbukan T3ntera Merah melawan asakan t3ntera N4zi Jerman semasa Operasi Barbarossa pada musim panas 1941 sebelum menjadi tawanan mereka semasa Pert3mpuran Smolensk.

Rajah 3: Yakov Jugashvili, anak sulung Stalin.

Pada awalnya, putera Stalin ini digunakan sebagai alat propaganda rejim N4zi tetapi kemudiannya dipindahkan ke kem tahanan Sachsenhausen di Oranienburg, Jerman pada Ogos 1941. Yakov kemudiannya m4ti pada tahun 1943 selepas terkena kejutan elektrik ketika cuba melarikan diri dari kem berkenaan. Kem4tian satu-satunya perkongsian hidup dengan Svanidze nyata memberi kesan kepada Stalin pada tahun berkenaan.

Selain Svanidze, Stalin juga pernah berkahwin dengan Nadezhda “Nadya” Alliluyeva antara tahun 1918 hingga 1919. Perkahwinan mereka menghasilkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Puteri Stalin bersama Nadya bernama Svetlana Alliluyeva kemudiannya mencetuskan keributan pada tahun 1967 dengan memilih berpaling tadah kepada Amerika Syarikat.

Nadya dikatakan mengambil nyawanya sendiri kerana tidak tahan didera olehnya semasa dia berusia 30-an, satu lagi titik hitam dalam kehidupan peribadi Stalin. Beliau juga dikatakan mempunyai beberapa orang anak luar nikah hasil beberapa hubungan sulitnya.

Berikutan kem4tian isterinya yang tercinta pada tahun 1907, situasi ini mendorongnya fokus kepada aktiviti-aktiviti revolusi. Sedar nama asalnya itu sukar disebut, Stalin yang berusia 30-an ketika itu memilih menukar nama Georgianya kepada Stalin yang bermaksud lelaki besi dalam Bahasa Rusia. Dan nama itu terus digunakan sehingga ke akhir hayatnya.

Semasa dalam buangan, Lenin melihat potensi Stalin sebagai antara pemain utama dalam parti dan melantiknya sebagai anggota pertama Jawatankuasa Pusat Parti K0mun1s. Semasa Revolusi Rusia tercetus, beliau bertanggungjawab menguruskan akhbar pojok utama parti iaitu Pravda walaupun peranannya sebagai editor terpaksa dirahsiakan bagi mengelak menjadi buruan pihak berkuasa.

Malah pada tempoh ini juga, beliau dikatakan bertanggungjawab membantu Lenin melarikan diri ke Finland sekaligus menjustifikasikan perlantikannya sebagai anggota jawatankuasa pusat parti. Apabila Tsar Nicholas II turun takhta dan pentadbiran Rusia diuruskan oleh kerajaan sementara, ia mencetuskan P3rang Saudara Rusia membabitkan golongan liberal menentang kelompok Bolshevik.

Bagi kelompok berfahaman keras seperti Stalin, mereka melihat kemenangan itu jauh lebih penting dan bersedia memastikan sesiapa saja tidak meninggalkan perjuangan termasuk menghukum m4ti pengkhianat dan m1litan yang melarikan diri dari pert3mpuran di khalayak awam. Mesejnya mudah: anda bersama kami atau 12 gram plumbum (dit3mbak m4ti).

Selepas kelompok Bolshevik berkuasa di Rusia, Stalin terus mendaki kedudukan dalam parti termasuk dilantik sebagai Setiausaha Jeneral parti. Menerusi jawatan ini, ia membantu mengasah bakatnya sebagai perantara untuk semua pegawai pelbagai peringkat dalam parti. Selain itu, ia juga dimanfaatkan untuk membina sokongan politiknya termasuk melantik sekutu-sekutunya memegang pelbagai jawatan kerajaan.

Bagaimanapun, hubungan dua sekutu politik dalam parti semakin renggang apatah lagi dengan situasi kesihatan Lenin semakin merosot dan Stalin semakin berkuasa dalam parti. Bukan sekali kedua-duanya bertelagah dalam banyak isu termasuk isu perdagangan luar dan teras Kesatuan Soviet itu sendiri. Namun pada akhirnya, Stalin kekal setia terhadap rakan lamanya itu sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1924.

Apabila Lenin tiada, berlakulah perebutan kuasa membabitkan pemimpin-pemimpin utama Bolshevik seperti Stalin, Leon Trotsky, Nikolai Bukharin dan Alexei Rykov. Bagaimanapun, beliau bernasib baik sesetengah pemimpin ini merupakan sekutu kuatnya dalam parti seperti Bukharin, Grigori Zinoviev dan Lev Kamenev. Paling penting, mereka menolak sekeras-kerasnya perlantikan Trotsky sebagai pengganti Lenin.

Hasil daripada permainan politiknya itu menyaksikan Stalin akhirnya berkuasa penuh dalam Kesatuan Soviet sebagai diktator. Sejak itu, beliau mula melancarkan pelan pembangunan yang agresif terutama dalam bidang perindustrian. Stalin sedar sekiranya ia tidak dilakukan dengan segera, fahaman k0mun1sme dianggap satu kegagalan dan menjadikan Soviet mangsa mudah negara-negara pro-kapitalis.

Hasilnya, produktiviti pengeluaran hasil bumi seperti arang batu, minyak dan besi bertambah sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang besar dalam Kesatuan Soviet. Namun untuk menjayakan usaha ini, kilang-kilang diberi sasaran tetap yang perlu dicapai setiap bulan dan tahun. Jika gagal, memang nasib dilabel sebagai musuh dan berdepan sama ada dip3njarakan atau dihukum m4ti sebagai pengkhianat.

Dari segi pertanian pula, pada awalnya sektor ini masih didominasi oleh pemilik-pemilik tanah kecil dan produktiviti sektor pertanian masih di tahap rendah. Solusi Stalin mudah saja iaitu menggabungkan semua tanah ini dan diuruskan oleh kerajaan. Ramai yang tidak bersetuju polisi yang dibawa Stalin sehinggakan mereka sanggup menyembunyikan hasil pertanian mereka atau membvnvh binatang ternakan mereka.

Tetapi semua taktik tersebut tidak berhasil dan mana-mana petani yang terus menentang dit3mbak m4ti atau dibuang negeri ke kawasan pedalaman Soviet termasuk Siberia. Aktiviti penyatuan tanah secara paksa ini turut mengakibatkan krisis kebvluran dalam kalangan rakyat Soviet sehingga mengakibatkan krisis kebvluran 1932-1933.

Dalam tempoh tersebut, 3.3 juta hingga 3.9 juta penduduk Ukraine m4ti akibat kebvluran dengan dua juta lagi m4ti atas sebab sama di Kazakhstan. Tetapi bagi Stalin, langkah tersebut dianggap berbaloi dan menjelang akhir tahun 30-an, produktiviti sektor pertanian termasuk gandum bertambah.

Dekad 30-an turut menyaksikan satu tempoh yang dikenali sebagai The Great T3rror atau The Great Pvrge. Bagi yang menyelusuri sejarah dan personalitinya, pasti maklum sikapnya yang terlalu paranoid dan menganggap semua orang sebagai 4ncaman terhadap kedudukannya.

Buktinya, 93 daripada 139 anggota jawatankuasa pusat parti dan 81 daripada 103 jeneral dan laksamana t3ntera laut dihukum m4ti. Ini termasuklah Trotsky yang dibvnvh oleh Ramon Mercader, seorang anggota NKVD (polis rahsia Soviet) pada tahun 1936 dan Bukharin yang dihukum m4ti pada 15 Mac 1938. Kek3jaman Stalin semasa tempoh ini sedikit sebanyak mer3ncatkan usahanya mem3rangi Barbarossa pada musim panas 1941.

Rajah 4: Antara yang menjadi mangsa The Great Pvrge ialah Nikolai Bukharin kerana disangka musuh tetapi hakikatnya, masih setia kepada Stalin.

NKVD menjadi alat untuk menguatkuasakan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Stalin. Rakyat digalakkan mendedahkan rahsia orang lain kepada pihak berkuasa walaupun orang yang didedahkan jiran, rakan atau ahli keluarga sendiri. Tiga juta individu yang tidak bersalah ini dibuang ke gulag manakala 750,000 lagi dihukum m4ti oleh pihak berkuasa.

Semasa tempoh ini, Stalin turut membina kultus pengikutnya yang memuja mengalahkan Tuhan. Sesetengah lokasi dinamakan sempena namanya seperti Stalingrad (kini Volgograd), sejarah Soviet ditulis semula bagi memberi peranan lebih besar kepada Stalin dan aspek kehidupannya dinaikkan hingga ke tahap mistik. Bagi mana-mana musuhnya, mereka ‘dihilangkan’ dari rekod rasmi termasuk gambar-gambar lama.

Pada tahun 1939, kerajaan N4zi Jerman dan rejim Soviet bersetuju memeterai Pakatan Bukan Pep3rangan Soviet-Jerman, satu perjanjian yang mencetuskan keributan dalam kalangan pengikut k0mun1sme. Bagi Ad0lf H1tl3r dan rejimnya, ia membolehkan mereka fokus kepada usaha penaklukan tanah besar Eropah dan akses kepada hasil bumi Soviet sebagai teras utama enjin pep3rangan mereka.

Bagi Stalin pula, ia membolehkannya mengilhak sebahagian daripada Poland dan Romania, negara-negara Baltik dan s3rangan ke atas Finland. Tetapi jika Stalin menjangkakan perjanjian tersebut membolehkannya berkongsi Eropah dengan H1tl3r, lupakanlah. Ramai menjangkakan diktator N4zi itu akan menikam beliau dari belakang dan ini disokong oleh pelbagai laporan perisikan termasuk perisik Soviet di Jepun, Richard Sorge.

Bagaimanapun, Stalin tidak mempedulikan semua laporan tersebut kerana menjangkakan Berlin akan menghormati perjanjian yang dimeterai. Tetapi perkara sebaliknya berlaku menerusi Barbarossa yang dilancarkan pada musim panas 1941. S3rangan mengejut itu hampir-hampir menumbangkan Soviet tetapi berjaya diatasi menerusi kebijaksanaan jeneralnya, Georgy Zhukov dalam P3rtempuran Moscow dari Oktober 1941 hingga Januari 1942.

Sejak itu, momentum p3perangan di Medan Timur menyebelahi pihak Soviet yang turut disokong oleh pakatan mereka dengan Amerika Syarikat dan Britain. Gabungan tiga kuasa besar ini membantu Soviet menghalau t3ntera rejim keluar dari Rusia, seterusnya membuka jalan kepada kemaraan mereka ke Berlin pada April dan Mei 1945.

Rajah 5: Persidangan Tehran 1943 menyaksikan pertemuan Stalin, Franklin Roosevelt (AS) dan Winston Churchill (Britain).

Dalam kesibukan memantau operasi ket3nteraan Soviet, Stalin tidak ketinggalan menyertai persidangan pihak Bersekutu termasuk Persidangan Tehran (1943), Yalta (1945) dan Potsdam (1945). Kemahiran politik dan keazamannya membolehkan beliau kelihatan seperti sekutu yang setia tanpa meninggalkan visi mengembangkan empayar Soviet pasca-WWII.

Tetapi jika ada yang menyifatkan tahun-tahunnya bersama pihak Bersekutu dapat melembutkan hatinya, sangkaan mereka meleset. Untuk tahun-tahun pasca-WWII, Stalin masih mengekalkan sikap paranoidnya yang tak bertempat termasuk menukar sesetengah kem tahanan N4zi di bawah kawalan Soviet sebagai gulag.

Bila H1tl3r mendapat tahu pakatan Stalin dengan kuasa-kuasa Barat semasa WWII, beliau meramalkan pada satu masa, ketiga-tiga mereka akan bertembung dan menjadi pesaing di pentas global. Ramalan H1tl3r menjadi kenyataan apabila P3rang Dingin tercetus antara kuasa-kuasa Barat dengan Soviet dalam banyak aspek termasuk perlumbaan tenaga nuklear.

Semasa tempoh awal P3rang Dingin, kerajaan-kerajaan k0mun1s ditubuhkan pada tahun 1949 sekitar Eropah Timur. Stalin juga secara tidak langsung merupakan pencetus P3rang Korea dengan memberi kebenaran kepada pemerintah Korea Utara ketika itu, Kim Il-sung meny3rang Korea Selatan yang dikawal AS.

Pada satu malam 28 Februari 1953, beliau memilih untuk minum terlalu banyak dan ditemui tidak sedarkan diri keesokan harinya. Hasil pemeriksaan mendapati Stalin dis3rang strok dan beliau bertarung nyawa selama beberapa hari sebelum kembali menghadap Penciptanya pada 5 Mac 1953. Kem4tiannya ditangisi para pendukung Stalinisme tetapi diraikan dengan penuh gembira oleh penghuni-penghuni gulag.

M4yat Stalin diawet sebelum dimakamkan di Makam Lenin di Red Square, Moscow sehingga tahun 1961. Penggantinya, Nikita Khrushchev menyifatkan beliau sebagai diktator yang k3jam dan menggerakkan proses yang dikenali sebagai penyahstalinan. Ini termasuklah memindahkan lokasi mayat Stalin berhampiran dinding Kremlin.

Walaupun Stalin lebih dikenali sebagai diktator yang k3jam dalam sejarah Rusia/Soviet, namanya masih menjadi pujaan ramai sehingga hari ini. Satu kaji selidik yang dijalankan Pusat Levada mendapati 46% responden menyukai Stalin pada tahun 2017 sebelum bertambah kepada 51% pada tahun 2019. Perkara ini berlaku kerana responden menyifatkan era pemerintahannya sebagai era yang stabil dan kejayaannya menewaskan rejim N4zi semasa WWII.

RUJUKAN:

BBC. Joseph Stalin: National hero or cold-blooded mvrderer?. https://www.bbc.co.uk/teach/joseph-stalin-national-hero-or-cold-blooded-mvrderer/zhv747h

History. (2019). Joseph Stalin. https://www.history.com/topics/russia/joseph-stalin

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.