Fallout adalah sebuah permainan video RPG, yang menempatkan dunia ketika pasca-apokalips.

Bertempatkan pada kurun ke-22, dan ke-23, Fallout menunjukkan Amerika Syarikat yang musnah angkara P3rang Nuklear antara AS, China dan juga Soviet Union.

P3rang Nuklear ini memusnahkan hampir semua hidupan di muka bumi, dan kalau ada yang masih hidup, pasti akan terdedah kepada radiasi,dan berubah menjadi mutan.

Mujurlah, sebelum p3rang nuklear berlaku sebuah syarikat AS, Vault-Tec diberikan tender untuk membina bunker, tempat berlindung bawah tanah yang dipanggil sebagai vault di seluruh AS.

Vault ini akan menjadi tempat berlindung penduduk AS ketika p3rang berlaku.

Sebelum P3rang Nuklear yang berlaku pada Oktober 23, 2077, Vault-Tec berjaya membina 122 vault. Nampak macam bagus kan Vault-Tec ni?

Tapi sebenarnya Vault-Tec mengambil kesempatan menggunakan vault ini sebagai medan eksperimen sosial mereka.

Dan itulah asas plot bagi setiap siri Fallout (kecuali New Vegas). Anda akan bermain sebagai seorang penghuni vault,yang keluar selepas hampir 100 tahun p3rang nuklear berlalu,dan meronda bumi yang seperti padang jarak padang terkukir.


Bermula dengan Fallout 1&2 (Vault 13), Fallout 3 (Vault 101) dan Fallout 4 (111),anda akan diberi misi dalam meneroka dunia AS pasca-apokalips, yang penuh dengan marabahaya.

Selain dari itu,dunia Fallout juga banyak berbeza dengan dunia kita. Terutama sekali dalam penggunaan teknologi.

Pelik kan bila tengok, dorang dah sampai kurun ke-23, tapi komputer pun besar gedabak lagi.

Yang membezakan dunia Fallout dengan dunia kita adalah ni,transistor.

Yep,dalam dunia Fallout, tak ada transistor,yang ada hanyalah tube vakuum.

Tu sebab kebanyakan teknologi elektronik mereka nampak kuno.

Ada teori mengatakan,yang mereka lebih memberi fokus pada pembangunan teknologi nuklear, berbanding teknologi eletronik. Sebab tu lah transistor tak tercipta di dunia Fallout.

Menarik kan?

Tapi apa makna game ni? Apa pengajarannya?  Well, salah satu quote yang popular dalam Fallout adalah “W4r…W4r never changes”. Maksudnya di sini, walaupun selepas P3rang Nuklear yang hampir membinasakan, manusia masih lagi tak serik untuk bertelagah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang jurutera muda yang meminati teknologi, sejarah dan paling utama sekali, permainan video. Motto hidupnya adalah: "Kalau tak perlu buat,jangan harap aku nak layan. Kalau perlu,sepantas kilat aku kerjakan." Beliau berhasrat mengumpul ilmu sebanyak mungkin dan menyebarkannya demi kemajuan bangsa,agama dan tanah air.

Comments are closed.