Justice League bakal ditayangkan di pawagam. Kebanyakan fanboy termasuk penulis sendiri juga teruja dengan filem ini. Filem Justice League adalah yang ditunggu-tunggu oleh fanboy DC Comics. Namun adakah anda mengenali setiap watak dalam filem ini? Bagi fanboy DC Comics, mereka sudah tahu segalanya. Filem ini bagi penulis ia adalah filem wajib tonton sebagai filem penutup superhero pada tahun ini. Jika anda pernah menonton Wonder Woman sebelum ini, kali ini naskhah yang dihidangkan oleh DC Comics berbeza kerana mengetengahkan semua hero-hero DC yang ternama seperti Batman, The Flash, Cyborg, Wonder Woman, Aquaman dan Superman. Kesemua watak ini akan diulas mengikut origin di dalam komik.

Mari kita mengenali watak Superman dahulu. Superman atau alter egonya Clark Kent ialah seorang alien dari Krypton yang terhempas ke bumi. Diambil sebagai anak angkat oleh Jonathan Kent dan Martha Kent, dia dibesarkan di Smallville. Superman dikenali ramai dengan logo ‘S’ nya yang bermaksud harapan dalam simbol Kryptonite. Kelemahan Superman seperti yang semua tahu ialah batu hijau (Kryptonite). Superman kuat kerana dia dibesarkan dengan cahaya matahari berwarna kuning. Jika Superman tinggal di Krypton, dia hanyalah manusia biasa. Pelindung masyarakat Amerika, dia lebih dikenali sebagai Man of Steel. Ketua kepada organisasi Justice League dan musuh utamanya sudah tentulah Lex Luthor.

Batman. Digelar sebagai World Greatest Detective pada mulanya. Juga dikenali sebagai The Dark Knight. Watak ini tidak asing lagi di dalam dunia superhero. Alter egonya ialah Bruce Wayne, seorang billionnare dan pemilik syarikat Wayne Enterprises. Ibu bapanya dibunuh ketika kecil. Dari situlah, timbullah satu sifat pelindung di mana Bruce Wayne perlu melindungi bandar Gotham daripada penjenayah-penjenayah. Bruce Wayne tinggal bersama Alfred, pembantunya yang banyak menjaga dan ibarat seperti ayah kepada Bruce Wayne. Sehingga kini, Batman mempunyai empat orang sidekick yang semua orang tahu namanya, Robin. Mantel Robin telah digunapakai oleh empat orang iaitu Dick Grayson (Nightwing), Tim Drake (Red Robin), Jason Todd (Red Hood) dan Damian Wayne. Di dalam filem Man of Steel, sut Robin digantung di dalam Batcave. Ini menunjukkan bahawa Jason Todd telah dibunuh oleh Joker (Rujuk komik Batman : A Death In A Family). Batman merupakan master martial arts dan juga merupakan master tactician di dalam Justice League. Batman mampu menumpaskan Justice League dalam sekelip mata sahaja. Musuh utamanya ialah Joker. Sudah tentu semua sudah kenal dengan Joker.

Wonder Woman. Digelar sebagai Defender of Justice dan juga Princess of Themyscira. Alter egonya ialah Diana Prince. Dibesarkan di dalam kaum Amazon, Diana Prince dilatih untuk menjadi seorang pahlawan untuk menentang Ares, God of War. Themyscira digelar sebagai Paradise Island kerana tiada lelaki yang dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan pulau tersebut. Wonder Woman mempunyai tali yang digelar sebagai Lasso of Truth , sesiapa yang diikat oleh tali tersebut akan bercakap benar. Tidak boleh menipu. Wonder Woman juga mempunyai bracelet yang boleh menangkis segala halangan. Wonder Woman merupakan antara ahli tertua di dalam Justice League. Ya, kerana dia hidup lebih lama daripada semua superhero yang ada. Wonder Woman merupakan demigod kerana dia merupakan anak hasil hubungan Zeus dan juga Queen Hippolyta, manusia biasa.

The Flash. Digelar sebagai The Fastest Man Alive. Alter egonya ialah Barry Allen, seorang CSI untuk Central City Police Department (CCPD). Setelah insidennya disambar petir dan terkena cecair kimia dia mendapat Speed Force. Speed Force ialah satu medan tenaga yang memberi sumber kuasa kepada semua speedster termasuklah The Flash. Ibunya dibunuh oleh Professor Zoom dan memerangkap Henry Allen, ayah kepada Barry sebagai pembunuh. Professor Zoom yang juga dikenali sebagai Reverse Flash merupakan musuh ketatnya. The Flash mampu berlari dengan pantas, time travel dan juga mampu phase untuk menembusi sesuatu objek. Dia juga mempunyai cincin yang menyimpan sutnya yang digelar sebagai Flash Ring.

Aquaman. Watak yang jarang dikenali namun penampilannya pada filem Justice League mungkin akan menepis segala tohmahan yang dilemparkan kepada superhero ini. Digelar sebagai King of The Seven Seas merupakan alter ego Arthur Curry. Arthur Curry, anak kepada Tom Curry dan juga Atlanna, seorang Atlantean telah ditinggalkan oleh ibunya kerana Atlanna perlu menjadi seorang Queen di Atlantis. Pewaris takhta kepada kerajaan Atlantis, Aquaman perlu melindungi kerajaannya daripada musuh ketatnya Black Manta. Aquaman di dalam komik tidak berjambang, namun Aquaman di dalam filem ini berpenampilan berjambang. Ia merujuk kepada watak kartun Justice League : Unlimited. Jangan pandang rendah pada Aquaman, dia bukan sahaja boleh bernafas dalam air, beliau juga mempunyai regenerative speed yang tinggi. Proses penyembuhan ini mampu membuatkan Aquaman bertempur tanpa bimbang dirinya terbunuh.

Cyborg. Nama sebenarnya ialah Vic Stone. Seorang budak sekolah yang dijadikan sebagai bahan eksperimen oleh ayahnya Silas Stone, setelah Vic terkena letupan yang diakibatkan oleh Parademons (tentera Darkseid) yang menyerang S.T.A.R Labs. Setelah segala anggota badannya digantikan dengan mesin, hanya sedikit cebisan wajahnya sahaja yang tertinggal sebagai tanda Vic pernah menjadi seorang manusia. Untuk pengetahuan semua, Cyborg pernah menyertai Teen Titans sebelum Justice League. Di dalam komik, Martian Manhunter iaitu makhluk asing dari Marikh adalah ahli asal Justice League sebelum Cyborg. Merupakan koordinator di Watchtower dan juga Hall of Justice, Cyborg mengawal segala sistem di dalam Justice League.

Di dalam filem Justice League ini ialah permulaan kepada Darkseid War, satu arc yang popular di dalam New 52. Steppenwolf hanyalah umpan, bukannya musuh sebenar. Steppenwolf ialah pakcik kepada Darkseid dan juga merupakan ahli Darkseid Elite. Darkseid merupakan musuh yang perlu Justice League kalahkan pada akhirnya. Mother Box merupakan sesuatu yang diburu oleh Darkseid supaya dengan Mother Box ini Darkseid mampu mengawal galaksi. Mother Box ialah satu alat transportasi yang boleh travel ke tempat lain dengan mudah. Green Lanterns Corps iaitu polis angkasa juga merupakan musuh kepada Steppenwolf dan juga Darkseid. Tetapi, jika diimbas kembali di dalam trailer Justice League, Steppenwolf ada berkata bahawa bumi tiada Green Lantern. Green Lantern mempunyai ramai ahli dan setiap ahli perlu menjaga setiap sektor iaitu galaksi yang berlainan. Di dalam filem ini, kemungkinan Hal Jordan sudah pun berada di Oa, markas Green Lantern Corps. Hal Jordan merupakan ahli Green Lantern yang perlu menjaga sektor Bumi iaitu Sector 2814.

Apa pun, setiap watak mempunyai peranan masing-masing di dalam filem ini. Diharap filem ini tidak mengecewakan seperti Batman Vs Superman. Di mana filem BVS terlampau Dark. Wonder Woman telah menaikkan rating filem DC dengan begitu mendadak. Filem yang ringan dan mempunyai humor agak mudah diterima masyarakat berbanding filem Dark tanpa humor.

Sumber:

Justice League : Origins (2011) – New 52


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Leave A Reply