Jom Kenal Alif!

1,861

Saudara, setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Tapi kalau ulangi kesilapan yang sama, memang patut lah kena marah. Tapi, janganlah silap dalam mengenali si Alif.

Alif yang bertemu dengan perempuan tu Alif Aziz.

Alif yang bertemu dalam Solat Jumaat tu Alif Satar.

Alif yang bertemu dengan Sajat tu Alif Syukri.

Alif bertemu dengan dua baris tu Alif Tanwin, (اً)fathatan (اٍ)kasratan (اُُ)dhammatan.

Alif fathatan yang bertemu dengan waqaf tu Mad Iwadh (•اً). 

Alif yang bertemu dengan mati yang mendatang dipanggil Mad Aridh Li Sukun.

Alif yang bertemu dengan Hamzah dalam satu kalimat tu Mad Wajib Muttasil. (آء)

Alif yang bertemu dengan Hamzah dalam dua kalimat tu Mad Jaiz Munfasil. (آ ــ ء)

Alif mati yang bertemu baris atas sebelumnya tu Mad Asli. (ــَـ ا)

Alif yang bertemu Lam di belakang tu Lam Alif (لا)

Alif yang bertemu Lam di depan tu sama ada Alif Lam Syamsiyah (الّ) atau Alif Lam Qamariah (ال).

Alif yang bertemu dengan kepala Sad (ص) tu Hamzah Wasal (اٌ).

Alif yang bertemu Sifr (اْ) tu dua harkat jika diwaqafkan dan satu harkat jika diwasalkan. 

Alif kecil (مٰلِكِ)yang bertemu di atas mana-mana huruf tu Alif Hazaf.

Alif yang bertemu dengan kepala ‘Ain (ع) tu Hamzah Qatha’ (أ) (إ)

Alif yang bertemu Lam dan Mim dalam al-Baqarah (الٓمٓ) tu Alif Muqata’at.

Alif yang berbentuk seperti Ya tanpa titik (ى) itu Alif Maqsurah.

Kita selalu sangat mengenal artis. Sekali sekala marilah mengenal Tajwid. Tak gitu?

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.