Daripada bergaduh pasal Valentine, baik kita menjadikan 14 Februari sebagai hari peringatan kepada wira bangsa yang bernama Leftenan Adnan bin Saidi.

Pada tarikh keramat ini, 78 tahun yang lalu (14 Februari 1942), Leftenan Adnan yang berusia 27 tahun gugur dalam pert3mpuran melawan ask4r Jepun di Bukit Candu, Singapura yang merupakan benteng pertahanan terakhir Tanah Melayu.

Di USA ada Martin Luther King Day, di Filipina ada Hari Jose Rizal, di Indonesia ada Hari Kartini, kita pun patut mewujudkan Hari Leftenan Adnan. Mungkin ada yang rasa tak perlu sebab dah ada Hari Pahlawan.

Namun Leftenan Adnan mempunyai nilai peringatan diri tersendiri. Beliau adalah lambang perwiraan atau “heroism”.

Leftenan Adnan adalah Leonidas kita. Leonidas bersama 300 pahlawan Sparta melawan  70,000-300 000 orang tentera Parsi, tentera Parsi, Leftenan Adnan dengan 42 anggota Platun 7, Kompeni C, Batalion Pertama Ask4r Melayu pula menghadapi 13,000 ask4r Jepun dari Divisyen ke-18 pimpinan Mutaguchi Renya.

Ketika itu, isteri Leftenan Adnan, Sophia sedang mengandungkan anak ketiga Leftenan Adnan dan menunggu kepulangan suaminya. Mungkin, mungkin Leftenan Adnan dapat pulang ke rumahnya jika menyerah kalah.

Namun Leftenan Adnan memilih untuk tidak menyerah diri tetapi bertahan sehingga titisan darah terakhir. Beliau sedar beliau sedang membawa nama Rejimen Ask4r MELAYU. Beliau tidak boleh membiarkan nama Ask4r Melayu tercalar kerana kebahagiaan peribadi. Tak boleh!

Berbekalkan sumpah “biar putih tulang, jangan putih mata”, Platun 7 sempat membvnuh 800 ask4r Jepun sebelum mereka tewas sepenuhnya dan gugur kesemuanya (hanya seorang yang hidup).

Ask4r Jepun men!kam m4yat mereka bertubi-tubi menggunakan bayonet untuk melepaskan geram. Tak pernah mereka dimalukan sebegini. Tak pernah mereka menjumpai musuh yang begitu tinggi kehendak untuk melawan. Tak pernah!

Pengorbanan Platun 7 adalah sebuah traged!, namun pada masa yang sama ia juga merupakan sebuah epik yang mengabadikan keberanian Ask4r Melayu yang menjadi inspirasi sepanjang zaman.

Di Bukit Candu, anak Melayu menjulang nama mereka sebagai pahlawan yang gagah dan bermaruah. British gagal mempertahankan Tanah Melayu sepertimana anak-anak tanah air ini mempertahankannya, kerana dalam hati mereka tiada rasa cinta terhadapnya.

Esok, mari kita meraikan makna romantisme yang sebenar iaitu kesanggupan mengorbankan kebahagiaan diri demi yang dicinta.

Mari kita menjunjung arti cinta yang begitu ikhlas iaitu cinta terhadap pertiwi. Dan mari kita menghayati bunga yang paling harum dan mekar iaitu bunga-bunga bangsa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.