Man goes to doctor. Says he’s depressed. Says life seems harsh and cruel.

Says he feels all alone in a threatening world where what lies ahead is vague and uncertain.

Doctor says – “Treatment is simple. Great clown Pagliacci is in town tonight. Go and see him. That should pick you up.”

Man bursts into tears.

Says “But doctor…I am Pagliacci.”

“Good joke. Everybody laugh. Roll on snare drum. Curtains.”

Sambung Rorschach lalu menutup cerita.

Petikan dialog cerita Pagliacci tersebut adalah kisah klasik garis kesamaran antara komedi dan tragedi dalam kehidupan yang disampaikan oleh seorang watak fiksyen yang dikenali dengan nama Rorschach.

Kisah ‘sad clown’ ataupun ‘tears of the clown’ yang merupakan suatu perlambangan ironi dalam kehidupan dengan mengambil idea yang sangat kontras dan semacam satu antithesis di mana kombinasi antara watak badut – yang sepatutnya sentiasa ceria dan gembira (dan lebih teruk secara asasnya kerja untuk menceriakan orang lain/penonton) – disatukan dengan spektrum kesedihan dan tragedi.

Contoh mudah lain macam ni, bayangkan babak dalam filem Ant-Man (2015) ketika Luis menceritakan kepada Scott mengenai siri cerita menyayat hati dan sedihnya. Scott pon dah rasa nak kasihan tapi pada akhirnya Luis masih boleh berasa gembira disebabkan dipenghujungnya dia dapat mewarisi van keluarganya. Kedua-dua emosi sedih dan gembira dipancarkan dalam babak ini. Atau kisah sesuatu yang tragik tetapi diceritakan dalam lagak komedik.

Seperti dalam salah satu episod siri Mr Bean di mana kereta kuning terkenal dia telah dileny3kkan dan dimvsnahkan oleh sebuah kereta kebal dalam satu pertunjukan. Menyaksikan perkara tersebut yang berlaku betul-betul dihadapannya, Mr Bean bersedih untuk seketika sambil mendekati ke arah keretanya yang telah r4nap, namun berasa gembira setelah dia menjumpai dan mendapati kunci engsel padlock keretanya masih boleh berfungsi dengan baik. Ya, bagi yang dah sudah lupa, Mr Bean menggunakan mangga padlock bagi mengunci keretanya.

Menariknya lagi, kisah Rorschach mengenai Pagliacci ini diceritakan ketika dia sedang menyiasat mengenai pembvnuhan seorang watak yang dikenali sebagai The Comedian (Edward Blake) dalam novel grafik/ filem Watchmen (novel grafik: 1986/ filem: 2009). Di mana watak The Comedian itu pula adalah satu refleksi parodi kepada ideologi superhero dan usaha kecil penubuhan kumpulan penyelamat vigilante (dipanggil Watchmen) yang tak sepadan untuk membendung perangai dan muka sebenar sebahagian manusia yang penuh dengan sifat rakus dan kebinatangan (macam perbincangan antara Joker dan Batman dalam babak soal siasat filem The Dark Knight“When the chips are down. These, these ‘civilised’ people, they’ll eat each other.”). Satu watak parodi bernama Sang Komedi yang m4ti dibvnuh, terperangkap dalam pelan besar untuk mengekang kerakusan berpolitik manusia yang ingin berper4ng nuklear.

“Tonight, a comedian died in New York.” – Rorschach

SIAPA PAGLIACCI?

Kalau ikut sejarah, Pagliacci ini merupakan sebuah cerita dalam cerita (play within a play – lebih kurang macam pelakon berlakon melakonkan persembahan teater opera mereka dihadapan penonton yang berlakon menonton dihadapan penonton sebenar yang menonton secara langsung) untuk sebuah pementasan opera mereka.

Pementasan tersebut mempunyai dua bahagian – prolog, babak satu dan diakhiri dengan babak dua. Dan semasa sesi prolog, salah seorang pelakon menempik bernyanyi dalam lenggok suara opera – “Para pelakon juga mempunyai perasaan.” (lebih kurang) – bagi memperingatkan para penonton mengenai intipati penting opera tersebut, sebelum cerita dimulakan dengan babak pertama.

Pagliaci.

Dalam play opera tersebut, Pagliacci (watak yang dimainkan oleh lelaki bernama Canio) memegang watak utama dan merupakan ketua pasukan dalam kumpulan persembahan opera badut mereka (lebih tepat lagi nama aktiviti mereka ialah Commedia dell’arte). Cerita bermula dengan kumpulan mereka baru sampai ke sebuah bandar sebagai tempat pertunjukan mereka yang seterusnya.

Kisah konfrontasinya bermula pada penghujung babak pertama apabila hasil daripada maklumat seorang penghasut bernama Tonio (juga dalam pasukan teater mereka), Pagliacci/Canio dapat menangkap perbuatan isterinya, bernama Nedda (yang merupakan watak pelakon pembantu bagi watak utama dalam pementasan mereka), menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum pertunjukan pasukan opera mereka bermula. Namun, sewaktu diserbu ketika sedang bercengkerama berdua-duaan, lelaki tersebut sempat melarikan diri dan Pagliacci/Canio gagal mengenalpasti wajah lembaga tersebut.

Hampir-hampir Nedda nak kena pelangkung dengan Pagliacci/Canio sebelum rakannya menenangkannya dan mengingatkannya untuk memberi perhatian bagi pementasan mereka yang akan berlangsung dalam masa beberapa jam sahaja lagi.

Di sinilah tragisnya bermula, dalam Pagliacci/Canio berhadapan masalah dalaman dan diselubungi dengan perasaan bercampur-baur marah, kecewa, sedih dan sebagainya, persembahan opera tetap perlu diteruskan. Jadi nak tak nak, terpaksalah ‘put on a happy face’ demi penonton untuk persembahan dengan semangat ‘the show must go on’. Ini betul-betul orang cakap bersembunyi disebalik senyuman (solekan, topeng, dan lain-lain).

Diringkaskan cerita, ketika kumpulan opera sedang melangsungkan pementasan mereka dihadapan penonton pada babak terakhir, Pagliacci tiba-tiba triggered apabila mendengar satu ayat skrip yang diungkapkan oleh karakter Nedda yang berlakon sebagai watak Colombina (plot cerita pon kebetulan sama dengan isu yang baru sekejap tadi dihadapi oleh Pagliacci/Canio). Seterusnya Pagliacci semacam hilang kewarasan seraya terus-menerus menggertak Nedda untuk mendedahkan siapa kekasih gelap yang dijumpainya tadi.

Pada masa ini Nedda/Colombina masih cuba sedaya-upaya untuk mengikuti skrip lakonan karakternya, tetapi Pagliacci/Canio dah lebuh tak peduli pasal watak dia dan pementasan mereka. Para penonton dibawah pula macam kaget melihat permainan emosi yang tampak begitu benar dipancarkan daripada Pagliacci/Canio. Tidak mereka ketahui, si Pagliacci/Canio dah bertindak bebas tanpa berlandaskan skrip pementasan.

Namun ibarat mencurah air ke daun keladi, cinta curang haram Nedda ternyata lebih kuat dari cinta halalnya kepada suami sebenarnya, Paglicacci/Canio. Akibat tidak berpuas hati dengan semangat tidak-kena-tempat si Nedda yang masih keras kepala ingin merahsiakan identiti kekasihnya, tanpa berfikir panjang Pagliacci merentap sebilah pisau berdekatan (ada versi lain Tonio si penghasut yang pass pisau tu) dan terus menik4m Nedda. Mamp0s dia kat situ.

“Laugh Pagliaccio/ Clown, at your broken love! Laugh at the grief that poisons your heart!”

Jadi kalau untuk kes tragedi pementasan Pagliacci ni, filem paling dekat untuk dibuat bayangan adalah filem Birdman (or The Unexpected Virtue of Ignorance), keluaran tahun 2014. Filem yang ada kena-mengena jugak dengan tragedi semasa pementasan teater.

Dalam filem Birdman pada babak terakhir dalam filem (dan jugak untuk play terakhir dalam cerita teater tersebut), *spoiler* watak utama yang dipegang Michael Keaton (bernama Riggan Thomson – seorang bintang filem Hollywood yang sudah lapuk) sudah mencapai stress kemuncak dengan segala macam hal terutama sekali pasal seorang pengkritik terkenal dan berpengaruh dalam bidang teaterism yang dah cakap siap-siap dan awal-awal pada Riggan (karakter Michael Keaton) untuk memberikan ulasan paling negatif untuk pementasan julung kalinya – perkara yang bisa mengganggu-gugat rancangan Riggan untuk mencapai sukses dalam bidang baharu yang diceburinya.

Mengeruhkan lagi keadaan, Riggan dah melabur banyak dalam pementasan teater tersebut. Bak kata pepatah, ulasan negatif daripada pengkritik tersebut bakal mengebumikan permulaan karier Riggan sebagai seorang pelakon teater.

Dalam skrip babak terakhir pementasan tersebut, Riggan perlu menemb4k kepalanya sendiri. Tapi kau bayangkan daripada menggunakan alatan prop, watak Michael Keaton tersebut sebaliknya memilih untuk menggunakan pist0l sebenar untuk menemb4k dirinya.

Bukan untuk menjiwai watak, tapi mungkin disebabkan stress dengan pengkritik tersohor tersebut (dan jugak dengan perkara-perkara lain yang terjadi dalam hidupnya), dia mengambil keputusan membuat cubaan membvnuh diri secara langsung.

Para penonton terkejut untuk beberapa ketika selepas temb4kan dilepaskan. Tapi kemudian semua bangun memberikan tepukan gemuruh (yang ketika itu mungkin diaorang ingat Riggan masih in-character tak bangun-bangun). Babak seterusnya dan terakhir yang sedikit surreal, menunjukkan Riggan terselamat kerana trajektori temb4kannya hanya menyinggah ke kawasan hidung dan cuma menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Dan disebabkan babak akhir aksi temb4k menggunakan pistol sebenar itu (sesuatu yang unexpected), pementasan tersebut dianggap pementasan moden paling hebat dan real pernah dipentaskan seterusnya menyebabkan pengkritik berpengaruh tersebut memberikan pujian melambung-lambung kepada Riggan (dan mentakrifkan pementasan teater Riggan itu sebagai suatu super-realism art form). Permulaan yang hebat bagi Riggan dalam karier barunya sebagai pelakon teater.

Jadi berbalik semula, macam tu lah yang terjadi dengan Pagliacci ketika dia membvnuh si isteri durhakanya secara langsung dihadapan penonton ketika itu. Atas pentas, ia adalah persembahan yang tidak disangka-sangka. Di luar pentas secara realitinya, Pagliacci telah kehilangan isterinya dan berkemungkinan akan terus hidup dalam kemurungan dan delusional paranoia selepas itu.

Betul-betul pengalaman sinematik yang sebenar! Kalah segala macam 3D, 4DX, IMAX dan segala waktu dengannya.

Sejajar juga dengan pengakhiran Black Swan (2010) *spoiler* ketika penonton bersorak memberi tepukan gemuruh di akhir pertunjukan balet bertajuk Swan Lake selepas Nina (lakonan Natalie Portman) jatuh rebah ke bawah dari sebuah platform (skrip play yang menunjukkan Nina sebagai White Swan membvnuh diri).

Atas pentas, Nina telah memberikan persembahan hebat penuh kemegahan dalam role dan skrip yang begitu kompleks untuk seorang ballerina bawakan (watak White Swan/Odette + watak Black Swan/Odile).

Tapi keadaan sebenarnya, Nina membuat persembahan dalam keadaan mental dia yang tak stabil sambil berhalusinasi (kemungkinan schizophrenia) ditambah pula ketika dia sedang mengalami kecederaan akibat tvsukan serpihan kaca selang beberapa babak sebelum itu (yang ditik4mnya sendiri ketika sedang berhalusinasi).

Selepas tersedar dari halusinasi dan mendapati dirinya cedera akibat tvsukan kaca pada badannya sewaktu berada di dalam bilik persalinan, Nina tanpa berlengah masa membaluti luka tersebut dan terus mengenakan solekan bagi babak terakhir tersebut sambil berlinangan air matanya mungkin kerana menahan sakit atau sudah sedar bahawa halusinasinya  semakin menjadi mudarat. Tapi walau apa pun, persembahan perlu diteruskan! (the show must go on!)

Cuma untuk kes Nina, tema ‘persembahan perlu diteruskan’ bukan demi penonton sangat tetapi lebih kepada si Nina untuk mencapai kesempurnaan dia yang twisted sebagai seorang artis balet/ahli seni. Mungkin macam Icarus complex. Nina ibarat Icarus apabila dia dah tak ingat langsung pasal keadaan dan kecederaan dirinya dan terus begitu asyik tak ingat dunia in-character melakukan persembahan baletnya dihadapan penonton.

Ibarat Icarus dalam mitologi Greek yang tidak mengendahkan arahan bapanya, bernama Daedalus, untuk tidak terbang terlalu tinggi berhampiran dengan matahari. Tapi sebab degil dan rasa syok dengan pengalaman terbang, Icarus lupa akan pesanan bapanya dan terus terbang semakin meninggi ke atas sehinggalah kepanasan matahari mencairkan wax yang menguatkan sayap buatan bapanya lalu Icarus jatuh rebah tenggalam dalam air dan m4ti lemas. (Ya aku pon tak faham kenapa tak terbang lari waktu senja atau malam je. Selesai masalah).

Daedalus dalam filem Black Swan pula boleh dilihat dalam karakter ibu Nina yang dah berkali-kali menasihati Nina supaya jangan terlampau asyik sangat dengan pementasan baletnya, terutamanya apabila semakin menghampiri hari pembukaan. Tapi apa nak buat, Nina dah terlalu immersed dalam karakter pentasnya selain ingin mencapai kesempurnaan diri sampai ke satu tahap sudah berani menggunakan kekerasan fizikal melawan ibunya.

Persamaan yang menyedihkan antara Riggan dan Nina – kedua-dua orang seni ini diperlihatkan sering diganggu halusinasi (schizophrenia) sehinggalah masing-masing dijemput aj4l.

Dengan Nina melalui jalan yang lebih gelap manakala Riggan dipamerkan dengan sisi yang lebih tenang dan sudah rasa redha dan berlapang dada dengan kehidupan lepas dan sekarang, termasuk sudah berdamai dengan orang-orang terdekat dengan dia sebelum mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia. Artistik dan menarik kedua-dua filem ini. Terutamanya Birdman.

Berbalik semula kepada isu utama, dalam pengakhiran opera/ teater Pagliacci selepas Pagliacci menik4m Nedda dan Silvio (kekasih gelap Nedda yang tiba-tiba muncul dan meluru ke arah mereka untuk membantu Nedda), Pagliacci yang sedang berperasaan bercampur-baur, berteriak dalam kesedihan kepada penonton – “Komedi telah tamat!”

Teruk jugak rasanya apabila sifat kerjanya yang melibatkan untuk menceriakan orang lain tapi pada masa yang sama mempunyai masalah dalaman dan dilemma dalam institusi perkahwinannya. Di kala dia memberikan satu bentuk eskapisme kepada orang lain (untuk lari seketika dari masalah dan dunia realiti), tiada siapa pon yang peduli untuk ambil tahu tentang keadaan perasaan dan hatinya yang gundah-gulana ditik4m-tik4m dengan tekanan. Tapi apa nak buat, tugasan masih perlu dijalankan. Persembahan perlu diteruskan. Dah macam tercampuraduk antara fiksyen (lakonan pementasan) dan realiti (kecurangan isterinya).

Ibarat menjadi b0m masa bergerak. Hanya menunggu masa untuk meletvp. Bak kata The Joker dalam novel grafik terkenal, Batman: The K1lling Joke (1988):-

 “All it takes is one bad day to reduce the sanest man alive to lunacy. That’s how far the world is from where I am. Just one bad day.”

Titik persamaan Pagliacci cerita Rorschach dan Pagliacci Opera Itali adalah kedua-duanya merupakan satu kisah tragik diselubungi komedi yang berhubung kait antara satu sama lain selain berkesinambungan juga dengan perihal karakteristik dan latar belakang figura infamous arch-nemesis Batman yang juga dikenali sebagai the Clown Prince of Crime.

THE JOKER

Umum mengetahui bahawa watak The Joker versi layar lebar ada banyak inkarnasi dan versi. Daripada pelakon Cesar Romero, Jack Nicholson, Heath Ledger, Jared Leto, dan yang terbaru pastilah versi Joaquin Phoenix. Tapi dalam kebanyakan watak The Joker versi layar lebar, aku nak bincangkan mengenai 3 orang Joker ni sahaja kat sini:- Cesar Romero, Heath Ledger dan Joaquin Phoenix (seperti lampiran gambar).

Persamaan signifikan Pagliacci dan 3 Joker ini yang paling jelas adalah secara visual di mana signature face paint mereka mempunyai kombinasi warna yang sama – putih, biru, dan merah (tapi dalam sesetengah versi, face paint make-up Pagliacci semudah putih + hitam).

Bermula dengan Joker Cesar Romero, karakter Pagliacci sendiri ada membuat cameo apabila diperkenalkan dalam lore Joker/Batman dalam cerita siri televisyen Batman tahun 1966. Dalam episod yang bertajuk ‘The Joker is Wild’, Joker (Cesar Romero) telah hijack pasukan persembahan opera Pagliacci dan mengambil alih karakter Pagliacci sendiri dalam usahanya untuk mengaburi Batman bagi rancangan ‘pertunjukan’ khas dia.

Topeng Pagliacci.

Kemudian Joker versi Heath Ledger pula pernah memberikan homage kepada karakter Pagliacci yang pernah muncul dalam episode Batman 1966 tersebut melalui topeng r0mpakan yang dipakainya ketika babak pembukaan yang menakjubkan bagi filem mahakarya, The Dark Knight (2008).

Aku tak pasti siapa punya idea untuk guna topeng tersebut sebagai nod kepada siri televisyen Batman 1966, tapi bagus jugak la Christopher Nolan (atau pun adik dia Jonathan Nolan, merangkap penulis bersama) walaupun latar belakang mereka berdua bukanlah geek atau peminat dalam dunia komik atau lore Batman yang lain, masih boleh memberi ruang untuk meletakkan perkara-perkara easter egg detail macam ni.

Bercakap pasal Joker Heath Ledger, kita semua sudah sedia maklum akan kisah tragis gelap hidup dia melalui dialog pasal kesan parut yang terdapat pada mulut dia. Hebatnya skrip untuk Joker (dibantu pula dengan lakonan padu Heath Ledger) hanya dengan dua parut tu Nolan bagi info bahawa *spoiler*:

  • Ayah kepada Joker seorang kaki botol merangkap pelaku keg4nasan domestik yang berperangai macam setan (yelah, teguk pon air yang bukan-bukan) – Scene exposition Joker dengan Gambol.
  • Isterinya macam seorang apathetic, sering menyuruh Joker senyum selalu dan sorang kaki judi sebelum berhutang teruk dengan ah long dan akhirnya meninggalkan si Joker ni – Scene exposition Joker dengan Rachel.

Kau nampak, bila skrip filem ditulis oleh top writer dengan arahan pengarah power, melalui parut tu sahaja dah cukup nak bagi latar belakang tragis untuk si Joker Heath Ledger ni – sesuai dengan watak Joker yang penuh dengan misteri dan tragedi. Dan kisah ni pon salah satu contoh terbaik macam mana kes tragedi bertukar menjadi komedi di pengakhiran.

“Now I see the funny side. Now I’m always smiling.” – Joker (Heath Ledger)

Sama ada tragikomedi, atau mungkin Joker Heath Ledger ni seorang psychotic optimist!

Tapi sayang betul, tak dapat nak saksikan macam mana pulak Joker menceritakan kisah parut dia ni semasa babak akhir dia dengan Batman. Entah cerita mana yang dia akan beritahu dan manipulasi. At face value, sama ada salah satu parut dibuat oleh ayah dia, dan satu lagi dibuatnya sendiri. Ataupun salah seorang daripada mereka (ayah dia atau Joker) yang buat kedua-dua parut tu.

Tapi secara tersiratnya, selain menjadi satu scare tactics Joker untuk bakal mangsanya, dua kisah parut tersebut juga adalah salah satu cara halus filem The Dark Knight menggunakan konsep infamous multiple choice backstory yang dicanang Joker dalam grafik novel Batman: The K1lling Joke (1988) tulisan Alan Moore.

Sifat manipulasi Joker tidak terhenti setakat itu sahaja. Joker jugak menipu dengan menukar maklumat lokasi yang salah antara Rachel dengan Harvey Dent semasa kena ‘interrogate’ dengan Batman. Dan Batman ni pon satu, kata World’s Greatest Detective, takkan tak boleh nak tengok hint ekspresi muka atau pergerakan mata Joker masa dia bagitahu lokasi tu. Duh. Eloklah pon dengar cerita skrip filem The Batman arahan Matt Reeves akan fokuskan pada sisi detektif dan penyiasatan Batman.

Joker tahu Batman akan pilih untuk selamatkan Rachel jadi dia beritahu lokasi yang salah sebab Harvey Dent merupakan bidak yang penting untuk Joker mengukuhkan lagi kawalan permainan caturnya (semacam trump card bagi Joker). Oleh itu, penting untuk Batman yang pergi selamatkan Harvey, dan bukannya anggota Gotham City Police Department (GCPD) kelolaan Commissioner Gordon.

Di samping menggunakan Batman untuk menyelamatkan Harvey Dent, pada masa yang sama juga Joker turut membuatkan Batman jatuh termelutut hilang semangat buat seketika dengan kem4tian Rachel (akibat kelewatan anggota GCPD). Bak kata pepatah, membvnuh dua ekor burung dengan seketul batu (k1ll two birds with one stone). Perangai dan rancangan licik serampang dua mata daripada sang tuan boneka.

Apa yang menariknya mengenai naratif ini adalah, seperti yang sedia maklum, ada dua letvpan yang dipasang Joker – satu untuk Harvey dan satu lagi untuk Rachel. Meskipun kedua-dua letvpan diaktifkan seperti yang dirancang, hanya satu letvpan sahaja yang sempat mengorbankan ny4wa.

Perkara ini ibarat satu anggukan kepada origin Two-Face dalam skala besar, di mana kalau dalam sumber asal, kelahiran Two-Face bermula apabila Harvey Dent disimbah as1d ke mukanya namun sempat dielaknya sedikit dan hanya mengenai sebahagian satu sisi mukanya sahaja.

Dan dalam The Dark Knight, dua letvpan dicipta tetapi hanya satu ny4wa sahaja yang melayang. Lahirlah sang Two-Face yang bukan setakat sakit secara fizikal pada separuh dari mukanya, tetapi juga terkesan hingga ke dalam jiwa sampai menjadi obses dengan dualiti dan diametrik malah menguatkan lagi sakit bipolar yang dihidapnya.

Kembali semula kepada solekan Joker. Okay kalau nak ikutkan, Joker Cesar Romero dan Joker Heath Ledger hanya mengenakan topeng yang merujuk kepada karakter Pagliacci (sesuai dengan semangat babak untuk cerita masing-masing). Tetapi untuk Joker Joaquin Phoenix, warna face paint putih + biru + merah tersebut adalah muka sebenarnya tanpa mengenakan sebarang topeng. Ibarat Joker versi dia adalah satu representasi penjelmaan kepada Pagliacci sendiri.

Namun begitu, bukan setakat pada visual fizikal sahaja, kisah Joker Joaquin Phoenix kali ini akan lebih terperinci kepada isu psikologi terutama pada sisi masalah kesihatan mental (kemurungan misalnya) – sama seperti apa yang dilalui oleh Pagliacci.

Lebih terperinci berkemungkinan Joker Joaquin Phoenix kali ini mempunyai gangguan kondisi neurologi Pseudobulbar affect/PBA (ketawa atau tangisan secara tiba-tiba yang tidak boleh dikawal) seperti yang terdapat dalam beberapa babak ringkas dalam trailer pertama dan kedua termasuk melalui temu bual dengan pelakon utama Joaquin Phoenix sendiri.

PUT ON A HAPPY FACE

Dapat aku cakapkan, trailer pertama filem Joker merupakan antara trailer filem yang cantik, artistik, disunting dengan tersusun, dan rasa ‘lengkap’ tanpa perlu dirosakkan (secara sengaja atau tidak) dengan kemasukan jalan cerita atau plot-plot penting dalam filem. Pergh, kau tengok dia punya shot, framing cun, pilihan lagu latar 60-an yang tepat dengan tema (lagu Smile nanyian Jimmy Durante), pencahayaan baik, environment/dunia dan feel 80-an yang meyakinkan, tone, stail, sinematografi, dan lain-lain.

Semua nampak kemas dan tersusun. Daripada sebesar-besar trailer tersebut menunjukkan perubahan Arthur Fleck berubah secara berperingkat sampai menjadi Joker (dalam konteks trailer tersebut), sehinggalah kepada perkara-perkara yang kecil macam penggunaan transition jenis wipe (dari kiri ke kanan) pada akhir trailer seolah-olah macam pintu lif yang dimasuki Joker tersebut yang tutup lantas menandakan penghabisan trailer tersebut.

Tapi kat sini aku bukan nak bedah satu-satu shot/ babak dalam trailer filem Joker. Contohnya, sampah berlonggokan = NYC Garbage Strike reference – garbage strike di bandar New York ni banyak kali dah terjadi contohnya pada tahun 1968 dan tahun 1981 (dan dipenghujungnya, terdapat hint timeline tahun filem ini berlangsung).

Badut pogo.

Nama kelab/bar Pogo’s = yang mungkin mengambil sempena sejarah badut pembvnuh di dunia sebenar dengan jolokan nama Pogo, dan kalau nak ikutkan design make-up Joker mempunyai persamaan yang lebih dengan design make-up Pogo. Anak muda di pintu gerbang = mungkin Bruce Wayne muda. Arkham State Hospital = Arkham Asylum.

Thomas Wayne gaya seperti ahli politik/datuk bandar/calon jawatan President, dan sebagainya. Tapi apa yang aku nak fokuskan adalah intipati ‘roh’ background Pagliacci dan semangat tragikomedi yang berkemungkinan akan diketengahkan dalam filem ini.

Pertama sekali, aku tertarik dengan line yang diujarkan oleh si Arthur Fleck (watak utama) dalam trailer filem Joker iaitu:-

“I used to think that my life was a tragedy. But now I realize, it’s a comedy.”

Tu dia, dah memang terang lagi bersuluh semangat tragikomedi ada dalam filem ini. (Pada aku, bagi kebanyakan orang, komedi merupakan salah satu cara dan mekanisma perlindungan bagi perkara sedih dan kisah tragedi yang terjadi dalam kehidupan. Ibarat penyembuh atau ubat kesedihan sementara. An act of escapism – macam nasihat si doktor kepada Pagliacci untuk dilakukannya dalam kisah yang diceritakan oleh Rorschach).

Selain secara tersurat ada tunjuk jugak shot ‘tears of the clown’ semasa Joker buat senyum paksa guna jari dia. Menyedihkan dan menggentarkan. Ditambah pula dengan kehadiran score muzik daripada seorang komposer wanita berbakat kelahiran Iceland, Hildur Guðnadóttir, yang terkenal dengan penggunaan instrumen cello – alat muzik yang bisa membangkitkan suasana melankolik dan sedih. Pastilah akan menambahkan lagi perisa kesedihan dan tragedi dalam filem Joker. Kau dengarlah macam mana score siri power HBO yang bertajuk Chernobyl. Kedengaran gerun luar biasa (beliau juga merupakan komposer bagi filem Sicario: Day of Soldado, 2018).

Di samping ditunjukkan sedikit sisi simpatetik dan jugak ada bagi teaser sisi personaliti dark twisted Arthur Fleck secara halus dalam trailer pertama. Kalau amati dengan lebih dekat pada satu babak dia tengah prep dan praktis lawaknya dengan menulis pada buku nota/jurnal peribadi dia – shot babak yang aku rasa penting untuk menunjukkan karakter Arthur Fleck/Joker – korang akan nampak beberapa lawak (pun jokes) dan punchline dalam format Q&A yang dikarang termasuklah salah satu contoh cheeky dark joke dia:- “Why are poor people always confused?” (punchline dia ada ditulis jugak dalam babak buku nota/jurnal dalam trailer tersebut).

Kemungkinan lawak-lawak yang ditulis dalam jurnal/buku notanya adalah sebagai persediaan lawak untuk digunakannya sewaktu babak stand-up comedy di bar (Pogo’s). Dan mungkin kerana orang nampak lawaknya macam jenis sick joke yang menyebabkan susah penonton nak terima dan seterusnya menolak kehadiran dia.

Dan jurnal peribadinya pada muka surat tersebut diakhiri dengan ayat:

“The worst part about having a mental illness is – People expect you to behave, as if you don’t.”

[Salah satu sebab kenapa ia adalah perkara yang tidak digalakkan sangat untuk menggunakan sesetengah ayat seperti ‘stay strong’ atau ‘kau kena jadi kuat sikit’ apabila ingin menenangkan seseorang yang sedang berada dalam keadaan yang terganggu minda dan jiwa mereka. Kerana ia seperti anda menyiratkan bahawa mereka tidak pernah mencuba. Dan berkemungkinan yang paling teruk apabila lidah sudah terungkap ayat seperti ‘iman kau lemah’. Wallahua’lam]

Satu sisi adalah yang nampak jenaka dalam setiap perkara terutama hal-hal musibah dan satu lagi sisi pasal kesihatan mentalnya. Dan akan menjadi logik sikit untuk pamerkan perubahan keadaan mentalnya apabila tiba bahagian transformasi de-eskalasi Arthur Fleck kepada The Joker disebabkan kehadiran sisi gelapnya yang hanya menunggu masa untuk mengambil alih mindanya (yang tidak dipimpin dan tidak dibendung dengan baik oleh sistem kehidupan sosial di Gotham).

Dulu kehidupan Arthur Fleck adalah ibarat satu tragedi (dan kemungkinan kelibat dan kehadiran emak dia sahaja menjadi seperti sinar kekuatan yang membuatkan dia masih boleh bertahan untuk meneruskan kehidupan dan sedaya-upaya menjadi waras), dan kebanyakan masyarakat nampak dia sebagai satu kewujudan individu lawak jenaka yang mereka boleh gelakkan dan permainkan.

Bila dia dah transform menjadi The Joker, kehidupan penduduk Gotham (terutama mungkin golongan elitis dan kapitalis yang terganggu periuk nasi mereka) pula yang bertukar menjadi tragedi dan Joker pula melihat golongan kumpulan mereka sebagai satu lawak untuk dipermainkan, diporak-perandakan, dan diperkotak-katikkan (sekurang-kurangnya sehingga kehadiran Batman yang mungkin memberikan dia satu sense of purpose baharu).

“Why would I do without you. Go back to ripping off mob dealers? No, no. You complete me.” – Joker (Heath Ledger)

Tu dia, kan dah mendapat penduduk Gotham. Inilah dia kebangkitan komuniti working class/middle class di Gotham. Satu garis nipis dan halus antara jenaka (joke) dan tragedi.

Transformasi kehidupan daripada sebuah tragedi (life is a tragedy) berubah menjadi jenaka (life is a joke/ comedy) dan sebaliknya. Sesuai dengan kata-kata ahli falsafah (Hegel dan Marx):- “History repeats itself.” “The first as tragedy, then as farce.”

WE ARE ALL CLOWNS

Tatkala trailer kedua merangkap trailer terakhir Joker (2019) pula menjengah untuk tontonan orang ramai, kata-kata ‘KITA SEMUA IALAH BADUT’ (terjemahan dalam Bahasa Melayu) yang tertulis pada sepanduk salah seorang perusuh berimejkan badut, sedikit sebanyak menarik perhatian.

Jikalau dalam dunia sebenar, kita ada Million Mask March – gerakan perhimpunan pada setiap tahun berinspirasikan Guy Fawkes (siap memakai topeng macam dalam filem V for Vendetta, 2005) – selain juga dikatakan menyokong gerakan kumpulan cyber-hacktivist Anonymous. Manakala dalam dunia Gotham versi filem Joker pula, mereka mempunyai Clown Movement atau pon Angry Clown Movement agaknya.

Gaya gerakan ala-ala anti-establishment, anarki (kekacauan berlaku dan secara tersurat menunjukkan salah seorang manusia bertopengkan badut tengah membawa lari sebuah kotak berisi seperti barang elektronik), rebellion left-wing movement yang dapat diperhatikan dengan lebih banyak babak-babak tersebut dalam trailer kedua ini.

Di mana, kemungkinan gerakan clown-inspired ini adalah untuk melawan dan menyatakan ketidakpuasan hati kepada golongan filthy rich (*cough*Wall Street and elitists*cough*) – mungkin memang sama macam real-life inspiration protest Occupy Wall Street movement dalam dunia sebenar yang diadakan dan digerakkan bermula pada tahun 2011 sebagai satu bantahan kepada ketidaksamarataan kemewahan, kekayaan, pulangan, jurang kelas dan tatatingkat sosial dan ekonomi.

Apabila bercakap mengenai gerakan-gerakan independen seperti ini, kemudian keluar pulak ayat macam anti-establishment, memang tidak dapat tidak, pasti akan teringatkan salah satu filem hebat lewat 1999/awal 2000, iaitu filem Fight Club arahan pengarah otai berkaliber bernama David Fincher. Ramai sudah mengetahui mengenai salah satu plot utama cerita Fight Club (Ya saya sedia maklum akan salah satu peraturan mereka – ‘You do not talk about Fight Club’) adalah mengenai usaha untuk mencipta satu pernyataan kepada golongan tertentu melalui gerakan underground Project Mayhem anti-consumerism, anti-materialism, anti-establishment, anti-capitalism, anti-corporation, dan sebagainya (satu bentuk sindiran kepada maskuliniti kata mereka), sehinggalah menjadi terlalu ekstrem dan bertukar menjadi sebuah kumpulan pengg4nas dengan rancangan akhirnya adalah untuk meletvpkan bangunan yang mengandungi maklumat kad kredit.

Dan jika trailer pertama banyak memperlihatkan sudut patah hati, patah jiwa, dan patah semangat kelibat lelaki bernama Arthur Fleck, manakala trailer kedua pula lebih banyak menunjukkan tahap kegilaan (Arthur dan sebahagian masyarakat sejagat di Gotham) yang hampir menuju ke tahap maksima full throttle terhadap sistem sosial dan pihak berkuasa.

Melalui trailer kedua, tampak dengan lebih jelas 3 fasa transformasi Arthur Fleck (melalui lakonan ekspresi muka Joaquin Phoenix yang begitu efektif) iaitu:

  • Fasa pre-enlightenment/pre-awakening,

Secara asasnya dalam Arthur Fleck menjadi si Arthur Fleck naif yang percayakan kegembiraan, kehidupan bermasyarakat tolong-menolong dan bertolak-ansur antara satu sama lain menggembleng tenaga tanpa prejudis berpaksikan kesaksamaan dan toleransi melalui akar umbi masyarakat sejagat (ha!).

Contoh seperti babak dalam bas (seriously rasa kesian betul tengok muka dia lepas kena sound dengan mak budak tu – kau tengok balik macam mana dia terus rasa malu alah tunduk muka sambil anak mata pandang sekeliling tanpa arah tuju macam nak menahan sesuatu), babak dia sebagai anak yang soleh menjaga emak dia (terutama dalam trailer pertama), dan sebagainya.

  • Fasa in-process of enlightening/awakening (work-in-progress)

Tak banyak tunjuk, tapi salah satu babaknya ketika muka Arthur Fleck berubah bila menyaksikan perlian dan sindiran pengacara televisyen rancangan lewat malam, Murray Franklin, terhadap dia, babak masih sebagai Arthur Fleck berjalan mengharungi banjiran manusia dalam protes dan mogok badut. Proses dia mula menerima cahaya kebenaran twisted yang mula membuka (atau membutakan) matanya untuk masuk ke dalam kegelapan.

  • Fasa post-enlightenment – enlightened/awakened

Yang hat ni betul dibantu dengan lakonan dan ekspresi power daripada Joaquin Phoenix. Nampak dengan lebih jelas babak dia bersama ahli terapi dengan muka penuh darkly confident dan chilling semasa sesi terapi mingguan mereka. Dan yang lain-lain bila dia dah transform menjadi Joker yang lengkap.

Jika trailer sebelumnya menggunapakai lagu 60-an bertajuk ‘Smile‘ nanyian Jimmy Durante sebagai muzik latar trailer tersebut dengan pitch low santai mendayu-dayu dan keawang-awangan – kali ini trailer kedua hadir dengan muzik lalar lagu 70-an ‘Send In The Clowns’ tulisan Stephen Sondheim yang guna pitch/note rendah dan terkadang bunyi bingit berorkestra (kemungkinan diintegrasi dengan skor alunan cello daripada komposer Hildur Guðnadóttir).

Ada kemungkinan juga Arthur Fleck mengalami existential crisis (atau mungkin juga krisis identiti) dalam kehidupan awal dia disebabkan persisihan oleh sistem masyarakat sebelum dia menemui kemanisan dark side duniawi yang memberontakan. Atau pon sisi gelapnya sentiasa ada dalam diri dia, cuma baru terjaga daripada lelap seperti dialog yang diucapkan olehnya:

“For my whole life. I didn’t know if I even really existed. But I do. And people are starting to notice.”

Mungkin Arthur baru rasa seperti ‘hidup’ setelah orang perasan dia (atau ada kemungkinan semua perkara yang berlaku hanyalah cerminan delusinya sendiri). Dan yang menyedihkan, orang hanya mula perasan akan dia apabila dia membuat sesuatu ‘pertunjukan/performance’ yang mengambil perhatian orang. Dan semoga tuhan merahmati penduduk-penduduk di Gotham, kerana kebiasaannya pertunjukan yang dibuatnya itu bakal berakhir dengan perkara yang buruk dan tragedi.

Ada persamaan macam pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai ‘bermasalah’ yang sentiasa buat ‘hal’ di sekolah. Ada kalanya ia adalah disebabkan mereka kurang mendapat perhatian di rumah atau mempunyai masalah dalam kehidupan mereka di luar sekolah (including not having a privilege). Jadi bila berada di sekolah, mereka cuba melanggar peraturan untuk mendapatkan perhatian misalannya. Tak payah pergi jauh, contoh paling masyhur sudah tentulah Naruto. Peh hebat betul cerita Naruto ni, banyak kisah-kisah pedoman hidup untuk dijadikan tauladan.

Di samping itu, berlandaskan petikan yang diujarkan Bane “No one cared who I was til I put on the mask.” dalam filem The Dark Knight Rises (2012). Kes ini sama jugak bagi Arthur Fleck apabila orang ramai mula mengambil perhatian terhadapnya hanya setelah dia mengenakan solekan badut pada dirinya (setakat yang dicanang dalam trailer) dengan siap berpakaian sut penuh berketerampilan seraya berubah menjadi persona yang dikenali sebagai The Joker.

“No one cared who I was til I put on the clown make-up.” – Arthur Fleck/Joker

Berbalik kepada existential crisis, kadang-kala, apabila manusia bertemu dengan kebenaran yang sebenar (external foreign factor), setelah mempercayai sesuatu perkara itu bukanlah seperti yang dipercayainya sebelum ini, respon mental mereka sama ada akan jadi ‘unhinged’ (kerana tidak dapat menerima hakikat) dan kemudiannya mungkin akan menjadi agr3sif atau menjadi semakin reklusif hidup dalam isolasi.

Sama kes kalau ada external stress factor yang mengganggu hidup dan fikiran, kau akan sama ada makan banyak atau hilang selera makan, lagi satu sama ada kau akan tidur banyak (walaupun tak mengantuk)/ banyak berbaring atau kau akan kurang tidur/tidur terganggu. Hasil penerimaan perubahan atau anjakan worldview yang baru yang mengubah diri dan cara berfikir.

Apatah lagi dalam kes filem Joker (setakat yang dicanang dalam trailer), idola Arthur Fleck yang dikaguminya sendiri (dan kemungkinan pada Arthur sedikit sebanyak macam father figure bagi dia) iaitu pengacara TV rancangan lewat malam, Murray Franklin, berseloroh jadikan dia bahan lawak dan troll (mungkin dia tidak bermaksud secara peribadi) dalam rancangan komedi televisyen dia yang ditonton orang ramai. Satu penghinaan terbuka yang diterimanya semasa sedang menjaga ibunya yang sakit terlantar di hospital tidak sedarkan diri.

Selain itu, dengan kehadiran trailer ini, filem Joker semakin nampak membentuk ke arah menjadi filem King of Comedy versi gritty hard serious R-rated filem. Bertambah menarik gayanya.

“Well no one’s laughing now.” – Arthur Fleck

Trailer pertama (secara rasminya dipanggil teaser trailer) lebih fokuskan untuk membangunkan suasana dan mood keseluruhan filem Joker. Namun demikian, perihal lain seperti sinematografi, tone, stail, camera shot, suntingan, dan lain-lain, tak perlulah nak sebutkan lagi, memang dah hebat dan cukup resepi.

Aduh, kau tengok je lah shot pembukaan trailer ni melalui shot skyline bandar Gotham. Terbaik dan majestik. Trailer kedua (trailer akhir) pada aku lebih kepada nak membangkitkan keterujaan orang ramai dengan filem ini dengan menampilkan lebih banyak karakter bersama beberapa babak dan dialog yang sedikit panjang, termasuklah untuk membuatkan para peminat teruja dengan lontaran dialog:

“When you bring me out, can you introduce me as Joker?”

Tu dia. Stage name.

Teruja nak tengok macam mana pengarah, Todd Phillips, dan penulis bersama, Scott Silver (The Fighter, 2010/ 8 Mile, 2002) akan tweak isu Pagliacci-inspired tragedi/komedi nanti.

A FAILED COMEDIAN

Todd Phillips ni kalau nak ikutkan sebelum ni terus-terang cakap, memang rasa skeptikal dengan dia untuk menggalas tanggung jawab sebagai pengarah filem Joker dek kerana portfolio filem-filem arahannya sebelum ini yang lebih kepada menjadi dan tak menjadi (hit-and-miss).

Tetapi melalui temu bual, trailer pertama termasuk kedua yang dikeluarkan, ditambah pula dengan penerimaan yang memberangsangkan daripada para pengkritik dan penonton pada tayangan filem festival di Venice dan Toronto bagi filem Joker, baru rasa mantap sikit dengan overall production dan creative team’s direction untuk filem ini.

Sehinggalah yang paling besar sekali tentulah apabila Joker dinobatkan sebagai pemenang anugerah berprestij dan tertinggi di Venice Film Festival menerima anugerah the Golden Lion. Siapa sangka sutradara yang pernah mengarah filem komedi seperti The Hangover (2009) boleh memenangi anugerah ini melalui filem drama psikologikal serius.

Todd Philipps.

Kredit untuk Todd Phillips sebagai orang yang mencetuskan idea bagi filem jenis begini kepada Warner Bros. (WB).

Tak silap aku masa awal-awal projek filem Joker dapat lampu hijau daripada WB, khabar angin mengatakan penerbit untuk filem ini ialah pengarah hebat dan berpengalaman iaitu Martin Scorsese. Tapi kemudiannya dia tak jadi nak menerbitkan filem Joker namun disambung tugas oleh salah seorang rakan baik merangkap orang kuat Scorsese sendiri iaitu seorang lagi penerbit yang berpengalaman, Emma Tillinger Koskoff, yang merupakan kolaborator lama Scorsese dan banyak menerbit filem-filem arahan Scorsese seperti The Wolf of Wall Street (2013), Silence (2016), dan yang terbaru, filem The Irishman (2019).

Justeru, pengaruh Scorsese boleh dianggap masih ada lagi walaupun mungkin secara tidak langsung. Bradley Cooper (Silver Linings Playbook, 2012/ A Star is Born, 2018) – seorang pelakon Hollywood popular dan duta yang tidak asing lagi dengan kesedaran kesihatan mental – juga merupakan salah seorang penerbit eksekutif bagi filem Joker (para peminat ramai yang mengenali beliau sebagai seekor rakun).

Walaupun Scorsese tidak terlibat secara terus dengan filem ini, macam aku cakapkan tadi, pengarah Todd Phillips bijak memberikan aura dan tenaga filem-filem lama arahan Scorsese dalam Joker, terutamanya filem The King of Comedy (1982) dan Taxi Driver (1976). Terasa kuat vibe kedua-dua filem cult ini dalam kedua-dua trailer Joker.

Dengan Arthur Fleck yang dilihat seperti menyimpan jurnal harian peribadi sama macam Travis Bickle (watak utama Taxi Driver lakonan Robert Di Nero), kepada Arthur Fleck yang mempunyai mental yang tidak stabil sama macam Travis Bickle yang ada PTSD (dan berkemungkinan loneliness disorder juga), kepada karakter lakonan Zazie Beetz (Deadpool 2) nampak macam sebagai love interest/teman tapi mesra Arthur Fleck sama macam karakter Betsy pekerja kempen presidensi untuk Senator Palantine sebagai love interest Travis Bickle dalam Taxi Driver, kepada Thomas Wayne gaya macam orang politik penting di Gotham, *spoiler* macam karakter Senator Palantine yang nak bertanding bagi jawatan presiden (sebuah karakter di mana si Travis pernah melakukan cubaan membvnuh sebagai cara dia protes kepada golongan ahli politik – yang sebenarnya lebih kepada flawed protes Travis akibat Betsy dianggap tidak cuba untuk memahami Travis – macam yang dah disebutkan, Travis ni mentally unstable.

Ada jugak yang cakap dia ni alt-right white supremacy), kepada perubahan Arthur Fleck daripada seorang mangsa pembulian dan penipuan kepada chain-smoking supervillain criminal, sama macam Travis Bickle daripada hanya seorang pemandu teksi entah siapa-siapa kepada ‘street anti-hero’ di kawasan kejiranan dia (dengan ‘menyelamatkan’ seorang remaja perempuan bawah umur dari industri pel4curan), kepada suasana kota New York yang berjaya dibangunkan dan dimasukkan untuk menjadi sebuah ‘karakter hidup’ dalam filem tersebut (yang harap dapat dibina untuk kota Gotham), kepada betapa character driven-nya filem Taxi Driver melalui watak Travis Bickle dari permulaan filem sampailah ke penghabisan (yang diharap juga dapat diterapkan untuk karakter Arthur Fleck/ The Joker).

Kemudian apabila karakter Robert De Niro diperkenalkan pula sebagai pengacara untuk sebuah rancangan talk show, susah untuk tidak bayangkan persamaan dengan filem The King of Comedy. Di mana dalam filem tersebut watak utama yang dibawa oleh Robert De Niro sendiri yang bernama Rupert Pupkin, mencuba nasib untuk menjadi seorang stand-up comedian yang terkenal. Masalahnya, nak bermula dari bawah tak banyak masa sebab Rupert Pupkin bukannya muda lagi.

Jadi disebabkan dia seorang yang oportunis dan berdedikasi (selain kuat berangan-angan atau mungkin jugak mengalami gangguan mental dan delusi), Rupert Pupkin berjumpa dengan seorang pengacara talk show/ stand-up comedian yang terkenal dan berjaya, untuk mencuba nasib.

Apabila tidak dapat apa yang dihajatinya melalui jalan depan, Rupert Pupkin bersama-sama rakan subahatnya, menggunakan jalan belakang dengan mencvlik pengacara talk show yang terkenal tadi dan berunding dengan syarikat produksi talk show tersebut untuk melepaskan pengacara mereka jika membenarkan dia membuat stand-up comedy pada rancangan pengacara yang dicvliknya tadi, secara langsung untuk satu malam sahaja!

Aku tak tahu nak cakap macam mana pasal filem The King of Comedy, tapi kalau nak ikutkan, filem ni rasa macam satu long gag berdurasi satu jam lebih di mana hanya pada penghujung cerita baru diberikan punchline lawak satirikalnya. Macam filem ini (dengan berdurasi 1 jam 49 minit) dibuat dan dicipta khas hanya untuk menyampaikan lawak dan punchline di penghujung filem.

Dengan perangai Rupert Pupkin bersama-sama dengan muka tak bersalah dia, tak tahu nak kasihankan dia atau rasa annoyed dengan karakter dia. Tapi di pengakhiran hari, memang dialah orang terakhir yang dapat berketawa besar. And he who laughs last, laughs best. Betul-betul juvenal.

“Better to be king for a night than schmuck for a lifetime.” – Rupert Pupkin

Apatah lagi bagi peminat-peminat komik pula sudah pasti dapat rasai suasana dan reference daripada novel grafik Batman: The K1lling Joke (1988) dan The Dark Knight Returns (1986) – terutamanya Batman: The K1lling Joke. Dari kisah dia bergelut mencuba nasib untuk menjadi stand-up comedian (Batman: The K1lling Joke), kepada mempunyai masalah kewangan (Batman: The K1lling Joke), kepada kem4tian orang terdekat dengan dia (Batman: The K1lling Joke), kepada dijemput menjadi tetamu dalam satu talk show yang disiarkan secara langsung termasuk dengan kehadiran penonton (The Dark Knight Returns) – yang kemudiannya kalau dalam versi novel grafik/animasi, Joker pergi bvnuh semua penonton termasuk pengacara rancangan itu ketika sedang bersiaran secara langsung. Disebabkan filem Joker R-rated, kemungkinan untuk ada babak ala-ala ‘dark & disturbing’ macam ni agak tinggi. Jaga-jagalah Murray Franklin ya.

Mungkin tak sebijik macam dalam komik, jadi peminat-peminat tegar komik DC bolehlah anggap macam Elseworlds Story dengan semangat imprint DC Black Label. Lagi pun Joker sendiri cakap “If I’m going to have a past, I prefer it to be multiple choice!”

Apa-apa pon, perkara yang boleh nampak selain dari perjalanan dan perubahan karakter Arthur Fleck, Joker juga adalah kisah seorang anak dengan ibunya yang sudah dimamah usia. Inilah jadinya apabila seorang yang naif, baik dan lurus (okay, mungkin minda sedikit bercelaru dengan 2, 3 hint yang diberikan) yang masih percayakan dengan kewujudan kebaikan di dunia ini, akhirnya ditipu, dipermainkan dan disisih oleh dysfunctional society di kota Gotham.

Keadaan bertambah buruk apabila kemungkinan satu-satunya sinar cahaya yang menyebabkan dia masih boleh mencari kaitan dengan dunia – iaitu emaknya – telah meninggal dunia (lagi teruk kalau ditunjukkan kem4tian emaknya hasil daripada ketidakcekapan sistem institusi rawatan sakit mental/hospital atau daripada tangan-tangan tersembunyi pihak atasan yang mengganggu institusi tersebut).

Bhai, mana nak cari level-level supervillain anak yang soleh macam si Arthur Fleck/ Joker ni yang hormat dan masih menjaga emaknya yang berumur dan kemungkinan sakit atau menghidap advanced dementia, dengan penuh kasih sayang, keredhaan, ketawakalan, kesabaran dan langsung tak menunjukkan tanda-tanda keluhan dengan perkara yang terjadi. Aduh, anak syurga ni.

Ini kalau nak bandingkan dengan budak-budak zaman sekarang tak, baru tahu bawak motor clutch dah pandai berlagak dengan mak bapak, guru-guru, dan orang tua. Itu baru masa budak-budak. Dah besar entah-entah balik kampung jenguk pon tak. Lagi teruk sebelah pagi buat amal buat baik, mai petang teguk arak main perempuan mengadu domba. Lepas tu berebut tinggalan harta dan tanah pusaka mak bapak. Bukan tak boleh baca perangai orang hujung zaman sekarang ni macam mana. Ye dak?

Okay dan seterusnya akibat rasa seperti tertipu, diketepikan dan disisih dengan keadaan masyarakat, sistem kehidupan dan dunia, dalam mekanisma sistem pertahanan semula jadi respons lari-atau-lawan, Arthur Fleck membuat keputusan memilih untuk melawan (dan menggunakan keg4nasan) kembali masyarakat dan sistem kasta, termasuk jurang sosial yang pada hemat fikirannya yang bercelaru, perlu diajar cukup-cukup, dan dibentukkan semula mengikut acuannya yang tersendiri. Lahirlah seorang supercriminal mastermind membawa huru-hara di tanah Gotham.

Untuk filem Joker, tarikan utamanya sudah pastilah pelakon Joaquin Phoenix bersama-sama method acting-nya. Seriously tengok la filem-filem lakonan dia macam Her (2013), You Were Never Really Here (2017), The Master (2012), dan sebagainya – tambah-tambah kalau ditonton dan digabungkan wataknya dalam You Were Never Really Here dan The Master, memang jadi menakutkan dan meng3rikan watak tu, boleh rasai kehadiran personifikasi The Joker.

Dan sekiranya filem Joker menunjukkan penerimaan yang baik dan menerujakan daripada orang ramai, kemungkinan WB/DC akan menumpukan lebih perhatian bagi mempertimbangkan untuk meluluskan projek-projek filem arthouse ala-ala Joker ni untuk karakter antagonis DC yang lain pulak seperti Luthor, Ra’s al Ghul, Edward Nygma, Hugo Strange, Slade Wilson, Jervis Tetch, dan secara asasnya penjahat-penjahat rogues gallery Batman yang lain. Mungkin lepas tu boleh masukkan geng-geng hero pulak.

Dan seperti sifat klasik utama The Joker yang pernah dipaparkan sebelum ini (Batman: The K1lling Joke, The Dark Knight, dan lain-lain) seperti kurang kasih sayang, kurang mendapat perhatian dan kurang sifat empati serta tidak pernah berputus asa ingin membuktikan kepada penonton eksklusifnya, Batman (termasuk juga orang lain), melalui ‘pertunjukan’ dan ‘persembahan’ dia, sama ada untuk mendapatkan perhatian Batman atau untuk membuktikan bahawa semua orang boleh terjerumus ke dalam lembah kegelapan dan kejahatan seperti dia, tidak mustahil filem Joker ini akan membawakan kisah seorang penghidap narcissistic/boderline personality disorder!

EPILOG: TAPI DOKTOR, SAYALAH PAGLIACCI

Walau apa pun, cerita Pagliacci yang disampaikan oleh Rorschach tersebut berkemungkinan hanyalah untuk cereka fiksyen sahaja selain terdapat rencah ironi sebagai satu bentuk jenaka (doktor menghantar pesakit untuk bertemu dengan diri pesakit sendiri).

Namun, walaupun bunyi seperti satu jenaka dan gurauan, terdapat masalah sebenar yang terselindung di sebalik cerita tersebut dan apa lagi yang betul-betul benar dan bukan rekaan fiksyen adalah nama-nama seperti Robin Williams, Anthony Bourdain, Jonghyun, Chester Bennington, Avicii, yang terbaru Sulli, Goo Hara dengan penghibur dari seberang yang dikenali sebagai Samantha Lee,  termasuk lain-lain lagi – yang kesemuanya adalah seperti Pagliacci juga – bekerja dalam industri hiburan (showbiz) bagi menghiburkan orang lain.

Tapi beginilah, untuk setiap Robin Williams, Anthony Bourdain, Chester Bennington, Avicii, dan yang lain-lain, terdapat juga contoh seperti The Rock, Sia, Chris Evans, Owen Wilson, Sophie Turner, Jim Carrey, Kendrick Lamar, Trevor Noah dan sebagainya.

Ia merupakan perkara yang menyedihkan dengan apa yang berlaku kepada penghibur-penghibur yang telah meninggalkan kita akibat masalah kemurungan dan masalah kesihatan mental yang lain. Tetapi apa yang saya ingin maksudkan, di sebalik kesuraman yang dipaparkan di dada-dada akhbar fizikal atau pada skrin telefon pintar, masih terdapat lagi penghibur yang sehingga ke saat ini terus-menerus bertahan.

Dan bercakap mengenai isu kemurungan, penyalahgunaan bahan berbahaya, dan bvnuh diri, saya teringat akan bait kata-kata yang pernah melintas dalam status media sosial daripada akaun dengan nama Shaykh Azhar Nasser:

“If someone commits svicide in your community, the last thing you should be discussing is whether or not this person will end up in he1l. A better conversation would be about how to help people who have become so hopeless that svicide was the only way out in their eyes.”

Bukanlah bermaksud secara tiba-tiba anda perlu berubah 180º menjadi orang yang sangat baik dan perlu melayan semua orang (tapi masih bagus jugak jika berbuat demikian). Tetapi sekurang-kurangnya, tolonglah jadi manusia yang boleh bertimbang-rasa, saling menghormati dan rasional terhadap orang lain.

Hal ini kerana kita tidak tahu-menahu akan apa yang dilalui oleh orang lain yang berhadapan dan berurusan dengan kita. Kemungkinan mereka mempunyai masalah dan sedang mengalami kemurungan, sedang berlawan dengan kecelaruan keresahan (anxiety disorder) dan sebagainya.

Mungkin sesetengah daripada kita juga pernah mengalaminya dan akhirnya berjaya mengharungi atau mengawal perkara-perkara tersebut. Namun yang demikian, tingkat toleransi dan daya ketahanan mental dan jiwa anda dengan orang lain berkemungkinan tidak berada pada tahap yang sama.

Sesetengah daripada kita mungkin mempunyai cara dan kaedah tersendiri untuk melawan perasaan itu, sesetengah orang mungkin tiada dan tidak tahu bagaimana ingin keluar daripada perasaan dan situasi negatif tersebut. Oleh itu, merasa diri lebih bagus daripada orang lain juga tidak membantu dan bukannya tiket untuk kita berubah cara berbicara dengan nada yang berlagak dan meninggi diri.

Ibarat pepatah Inggeris;

“Say what you mean, but don’t say it mean.”

Benda boleh cakap elok-elok, buat apa nak cakap lepas dan kasar kan?

Dan setiap kali apabila bercakap mengenai subjek kemurungan, keseorangan (loneliness), ketiadaan (nothingness), dan sebagainya, petikan daripada puisi realistik daripada pemuisi terkenal, Ella Wheeler, pasti akan sentiasa terlintas dalam fikiran (juga pernah dipopularkan dalam filem thriller penuh debaran dari Korea Selatan bertajuk Oldboy, keluaran tahun 2003):

“Laugh, and the world laughs with you;
Weep, and you weep alone;” 

Tapi macam nilah senang cerita. Puisi ini memang merupakan puisi yang terkenal, ya. Sementelahan sangat dekat dan berfungsi dalam dunia sebenar yang kita diami. Akan tetapi tidak lain tidak bukan, puisi ini masih hanya sebuah puisi, dan bukannya seperti satu garis panduan hidup. Jadi janganlah simpan atau pendam segala masalah atau kecelaruan yang melanda fikiran, hati, dan perasaan. Kumpulkan daya untuk meminta pertolongan daripada orang lain. Akui akan masalah anda tersebut dan anda tidak perlu menangis keseorangan.

Seperti frasa daripada John Donne:- “ No man is an island.”

Dan ingat, kemurungan bukan bermaksud gila.

Akhirul kalam, depresi membvnuh dan masalah kesihatan mental (anxiety, bipolar, keinginan membvnuh diri, penyalahgunaan bahan terlarang, dan sebagainya) bukan perkara yang remeh dan merupakan sesuatu yang tidak lagi boleh dipandang enteng oleh penghidap termasuk juga masyarakat sekeliling.

Dapatkan pertolongan dan sokongan dan jika anda tiada orang rapat yang boleh dipercayai untuk menceritakan masalah, tolong hubungi organisasi pertolongan profesional seperti Befrienders di 03-79568145 dan yang lain-lain. Ya, inilah antara bukti bahawa masih terdapat lagi manusia yang prihatin dan ingin menawarkan pertolongan kepada anda.

Atau setidak-tidaknya, sekiranya anda tidak rasa ingin berkongsi masalah anda dan lebih memilih untuk mengelak daripada berhadapan atau berkomunikasi dengan orang lain, cuba mulakan dengan berjinak-jinak dengan haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, ikan, anjing, kura-kura dan sebagainya. Apa yang penting, kehadiran mereka sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam proses pemulihan.

Sekurang-kurangnya ia merupakan satu langkah pertama kearah pembaikan. Usahlah mend3rita dan bersedih hati dalam diam. Ada sebab kenapa Helen (mendiang isteri John Wick) mengatur memberikan hadiah berupa seekor anak anjing kepada John untuk dibuat peneman dan memberikan dia semacam suatu asbab kelangsungan hidup apabila Helen meninggal dunia selepas sakit terlantar. Dalam semua keseriusan, tolong dapatkan rawatan perubatan dan pertolongan.

Walau apa pun, hidup kita ini memang penuh dengan jatuh bangun dan pancaroba. Kesedihan, keseronokan, tragedi, kegembiraan, perkara baik dan perkara buruk, semuanya merupakan adat resam dalam kehidupan. Pada kebanyakan masa, secara asasnya, kita tidak dapat mengawal sebahagian perkara yang datang dalam kehidupan kita yang penuh dengan kerawakan yang tidak dapat diramalkan. Apa yang kita boleh buat dalam kerangka kehidupan ini adalah dengan mengawalselia diri sendiri dengan penuh cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan daripada terbabas daripada trek jalan kehidupan.

Ada orang kerap kali diuji dan ditimpa musibah dengan kesempitan hidup, kehilangan orang tersayang, masalah kewangan, dan sebagainya. Ada orang bernasib lebih baik dan dirahmati dengan kesenangan dan kebahagiaan. Sebahagian orang diuji pada awal kehidupannya, sebahagian lagi ada yang diuji pada pertengahan hidupnya dan ada juga yang diuji pada ketika usia senjanya. Kebanyakannya, kita semua menerima laluan dan haluan yang berbeza dalam kehidupan dan pilihan hidup.

Tetapi sentiasalah sematkan dalam hati,

“Dalam kesusahan pasti ada kesenangan.”/“Certainly with difficulty comes ease.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Beridentitikan sebagai pengamal HSE, penulis merupakan penggemar Batman yang agak tegar. Namun, disebabkan kadang-kala berprinsipkan dengan lagak sang realis, ketegaran itu berada dalam genggaman erat tangannya sahaja, dan tidak sampai disematkan di dalam kotak hatinya. Sehingga kini, penulis masih merefleksikan hakikat pengertian sebenar sinema bagi dirinya sendiri - sebuah 'solace' atau sebentuk 'escapism'

Comments are closed.