Dalam masa satu tahun orang duduk membincangkan hal filem Joker. Aku tak terkecuali, sebabnya aku dibesarkan dan dewasa dengan filem Batman yang menampilkan Joker selaku penjahat utama. Jadi malam tadi aku pergi menonton filem tersebut yang pada aku satu filem yang agak berat. Boleh dikatakan semua elemen dalam filem ini bukanlah hiburan ringan. Todd Phillips telah menghasilkan satu karya yang pada aku boleh dikatakan Masterpiece.

Review aku untuk filem ini terpaksa dibahagikan kepada tiga bahagian, sebab ianya perlu diperkatakan dengan begitu panjang.

FILEM

Filem Joker ini berlatarkan pada era 80an. Era ini dipilih kerana ia adalah era pergelutan Amerika sebelum menjadi hebat. Sebagaimana Amerika bergelut untuk jadi negara besar, begitu juga masyarakat sekelilingnya bergelut dengan kehidupan. Jadi pengarah memilih era buruk Amerika ini untuk menguatkan lagi cerita, menunjukkan teruknya Gotham City ketika itu berhadapan dengan sistem ekonomi yang fakap.

Dengan mogok pemungut sampah dan pembiakan tikus disekitar bandar Gotham, permasalah bermula dengan ketidakadilan masyarakat. Ditambah pula dengan layanan orang kaya seperti Thomas Wayne terhadap orang kebanyakan. Keadaan ini kalau ia menekan orang biasa-biasa yang sihat walafiat ok lagi. Tapi untuk orang seperti Athur Fleck yang sedikit istimewa adalah sangat luar biasa untuk dia mengharungi hari-hari buruk di Gotham City.

Dengan layanan orang luar terhadap Arthur, menunjukkan sikap jelik masyarakat yang memandang serong seseorang tanpa mengetahui punca sebenar dia menjadi begitu. Arthur Fleck ditekan² diinjak² akhirnya terlepaslah segala amarah dalam diri dia.

Dan akhirnya Arthur Fleck bertukar menjadi seorang penjenayah terhebat pernah Batman bersemuka. Di satu sudut, kerenah masyarakat dan layanan buruk akhirnya membentuk lelaki biasa kepada seorang penjenayah. Masyarakat mencipta kejahatan mereka sendiri.

Dari segi sinematografi ia biasa sahaja bagi aku, cumanya prop Joker ini dibuat sehabis baik untuk menunjukkan suasana sebenar ketika itu. Pemilihan lagu pun power, sound background dia mantap dan kena dengan gambaran yang dimainkan. Sound background Joker ini masih lagi ada kesinambungan sound dalam The Dark Knight yang mana sound yang menyesakkan dada. Tak tahulah samada Hans Zimmer atau orang lain yang buat sound background untuk Joker ini.

Rating filem Joker ni aku bagi 9/10, mana hilang lagi satu point? Hilang dekat “bosan”. Ya, ada sedikit part yang agak mendatar dan meleleh. Walaupun ia kategori drama, aku mengharapkan intensiti untuk filem ini meningkat naik dari minit ke minit.

Kalau kau tak biasa tengok filem yang agak drama macam ni, aku rasa kau akan rasa sedikit kebosanan. Tapi klimaks filem Joker ini betul-betul padu. Kau tak akan sangka Athur Fleck akan buat macam tu dan apa yang dia buat tu menjadi sebab kekecohan Gotham City. Joker 9/10.

JOAQUIN PHOENIX

Setahun orang duduk berdebat tentang siapa yang paling hebat memegang watak Joker. Ada yang meletakkan harapan tinggi kepada Joaquin Phoenix. Ramai yang tak pernah lupa Heath Ledger sebagai Joker yang paling berkesan sebelum ini dalam The Dark Knight.

Tapi korang akan dikecewakan sebenarnya, sebab Joker yang difilemkan ini adalah dari satu perspektif yang berbeza. Ia bukanlah Joker yang sama, walaupun watak yang sama tapi ia satu penceritaan yang berbeza.

Jadi adalah tak patut untuk kita membandingkan antara Joaquin Phoenix dengan Heath Ledger. Secara kasarnya Joaquin Phoenix sangat berkesan sebagai Arthur Fleck. Lakonan dia sangat gila babi dengan perubahan fizikal yang ketara dan lakonan dalaman seperti “ketawa” yang sangat real. Tapi untuk Joker, Heath Ledger masih lagi memegang tampuk sebagai Joker paling berpengaruh dalam dunia filem atau Batman Universe.

Jika dalam The Dark Knight, Joker ada menyebut pasal “agent of chaos” dengan huru hara yang diletuskan di Gotham City. Kali ini dengan Athur Fleck kita boleh tengok “agent of chaos” yang betul-betul asli. Jika Joker (Heath Ledger) mempunyai organisasi untuk mencetuskan kekecohan dan rusuhan, Athur Fleck tak perlu kepada orang² bawahan dan organisasi untuk mencetuskan kekacauan. Hanya dengan muncul sekali sahaja dikaca televisyen, Arthur Fleck telah membuat Gotham City huru hara. The Real Agent Of Chaos.

Ya, Joaquin Phoenix mesti mendapatkan anugerah Oscar bagi pihak Joker dan Heath Ledger. Lakonan mantap Joaquin Phoenix untuk watak Arthur Fleck ini sangat berkesan dan padu. Membawa watak secara natural tentang seorang lelaki yang sakit dan tidak tahu jalan keluar dari penyakit yang dialaminya. Mengekspresikan kecamuk dalam seorang lelaki yang sakit dan mengalami delusi adalah satu kerja yang berat.

Kalau kau biasa tengok cerita-cerita lakonan Joaquin Phoenix, tak hairan kalau kau letak expectation yang tinggi dalam Joker ini. Ya, dia berjaya buktikan Joaquin Phoenix adalah Joaquin Phoenix yang power.

Hal ini kita kena berterima kasih kepada dua orang penting dalam kerjaya seni Joaquin Phoenix iaitu M.Night Syamalan dan Ridley Scott. Kau oorang tengoklah filem gandingan pelakon dan pengarah mantap ini. Joaquin Phoenix mesti menang anugerah Oscar. Joaquin Phoenix 10/10

MENTAL ILLNESS

Filem ini meletakkan permasalan Sakit Mental diakar penceritaan. Kalau kau rasa hidup kau tak adil, kau rasa mental kau koyak sebab ekonomi, hubungan, sosial, kau kena tengok filem Joker dan tengok bagaimana seorang lelaki biasa yang sakit dalam menghadapi survival kehidupan. Yang konon-konon depresi atau stress cuba tengok bagaimana tahap sakit mental yang dialami Athur Fleck.

Athur Fleck walaupun disahkan sakit mental, dia masih lagi mahu bekerja dan berusaha untuk hidup seperti manusia biasa. Mencari duit untuk menyara keluarga walaupun keluarga dia hanyalah Arthur dan mak dia Penny. Hidup dalam masyarakat yang serba tak adil menekan Arthur, sehinggakan dia terpaksa membawa kad doktor untuk memberitahu orang luar yang “ketawa” dia tu sebenarnya sejenis penyakit.

Masalah Joker ini sebenarnya bukanlah satu masalah yang dia sendiri pilih. Bukan dia sendiri fikir untuk berbuat kejahatan atau jenayah. Lama dulu sebelum Athur dewasa, mak dia iaitu Penny adalah seorang penghuni Arkham Asylum. Sebuah hospital sakit jiwa di Gotham. Ya, masalah Arthur bermula dengan mak dia si Penny Fleck yang disahkan delusi dan menghidap sakit mental. Seringkali mengatakan yang Arthur itu anak dia hasil hubungan dengan Thomas Wayne.

Sehingga itu Athur dimasa kanak-kanak menjadi mangsa dera oleh bapa tiri, sehingga mendatangkan sakit dalaman. Betapa penderaan secara fizikal dan mental akhirnya membentuk Arthur dan dibawa ke peringkat dewasa. Penderaan yang dialami Arthur diwaktu kanak-kanak memperlihatkan kita betapa sadisnya kesan walaupun kanak-kanak itu terselamat dan keluar dari penderaan.

Athur Fleck sehingga dewasa telah mengalami “tawa dalam tangisan”, iaitu situasi dimana hati kita sedang remuk tapi kita dah tak ada airmata untuk menangis dan akhirnya kita “ketawa” untuk melepaskan kesedihan. Ketawa untuk melepaskan kesedihan dan permasalahan adalah benda betul, banyak yang terjadi dikalangan kita. Cuma kita sahaja tak nampak.

Kita lihat kawan kita macam ok waktu kerja padahal bila dia balik ke rumah dia berkurung dalam bilik mandi hampir sejam, menangis atau apa sahaja untuk melepaskan tekanan perasaan. Todd Phillips harus dipuji kerana mengangkat elemen Sakit Mental@Mental Illness dengan berkesan dalam filem Joker ini. Permasalahan yang semakin membarah dalam masyarakat masa kini. Good Job Joker. Mental Illnes issue 10/10.

Oleh: Bruce Niv Wayne


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.