Masalah utama dalam membahaskan tentang pengembara dari masa hadapan ialah kalau benar mereka wujud, kenapa sehingga hari ini kita tidak pernah tersempak dengan seorang pun pengembara masa tersebut? Paradoks ini dibangkitkan oleh Stephen Hawkings. Betapa manusia sangat impikan untuk menguasai masa seperti mana kita menguasai kebanyakan unsur alam hari ini diterjemahkan ke dalam banyak filem, novel dan komik. Back To The Future, Steins;Gate dan Doraemon adalah contoh manifestasi yang menggambarkan keinginan manusia mengembara melalui masa.

“Matlamat utama aku bukan untuk dipercayai oleh kalian semua.”John Titor

Semuanya pada 2 November 2000 apabila John Titor telah menggegarkan dunia internet dengan kemunculannya. Ia dikatakan bermula di sebuah forum bernama Time Trave Institute. Ayat yang diungkapkan oleh John Titor memperkenal dirinya yang popular yang ditampalnya pada beberapa bahagian forum di internet pada waktu itu aku terjemahkan secara longgar ikut slangga kita di Malaysia dalam pertuturan Bahasa Melayu.

“Salam (dia guna greetings dalam ucapan dia). Aku ialah pengembara masa dari tahun 2036. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah aku selepas memiliki sistem computer jenis IBM 5100 dari tahun 1975.”

Begitulah antara perkenalannya. Secara ringkasnya, John Titor seterusnya melaporkan bahawa dia ialah seorang askar yang dihantar mengembara ke 1975 untuk mencari sistem computer yang aku petik dalam dialog di atas, yang dipercayai mampu digunakan untuk melawan potensi virus pada masaanya. Lagipun ketika itu, virus komputer telah berjaya membasmi ketamadunan manusia.

Namun, ketika dalam perjalanan pulang, dia telah singgah ke tahun 2000 untuk melawat dirinya sendiri selain daripada melakukan sedikit kajian tentang perjuangannya. Dakwa Titor lagi, IBM 5100 terdapat ciri-ciri rahsia dan istimewa yang dimuatkan padanya yang mampu melawan virus di masa hadapan. Lebih mengejutkan, Bob Dubke seorang jurutera yang turut membantu pembinaan IBM 5100 ini mengaku bahawa dakwaan John Titor memang benar dan terdapat ciri-ciri rahsia wujud.

Bahkan dakwaan-dakwaan daripada Titor bukan sekadar dengan air liur sahaja, tetapi dia datang dengan manual-manual yang konon datang dari zamannya untuk cara menggunakan mesin masa. Aku kongsikan dengan kalian di bawah.

Apa yang menariknya berkisarkan tentang John Titor ini ialah dia meramalkan beberapa peristiwa yang berlaku pada masa hadapan seperti pada tahun 2004 selepas pilihanraya presiden USA, seperti sukan olimpik akan dibatalkan, terdapat perang saudara berlaku akan berlaku, atau mesin masa akan dicipta setengah tahun selepas pengembaraannya ke masa silam. Namun, semua tidak berlaku menjadikan orang skeptikal terhadap kisah yang dipaparkannya.

Namun, mereka yang mempertahankan John Titor memetik hujah seperti Multiverse Theory yang menjadi punca kepada kenapa masalah yang dibangkitkan oleh John Titor.  Perubahan kecil yang dilakukan oleh John Titor telah mengubah masa hadapan. Tanpa sedar, apabila John Titor kembali ke waktu silam, lalu masuk campur kepada realiti yang berlaku pada masa silam, ia sekaligus telah mengubah masa depan. John Titor secara tidak langsung telah mencipta garis masa yang baru antara potensi garis masa yang boleh wujud pada masa hadapan.

Masa silam dimana John Titor kembali telah mengubah haluan pengerakkannya ke sebuah garis masa alternatif yang berbeza dengan garis masa John Titor. Secara tidak langsung, misi John Titor untuk menyelamatkan dunia seperti telah berjaya. Dia bukan sahaja berjaya memiliki perisian lama yang dicarinya, dia sebenarnya telah mencipta masa hadapan yang baru yang berbeza dengan garis masa yang diinjaknya pada masa hadapan. Kita mengenali apa yang berlaku pada John Titor sebagai sebahagian daripada isu yang dibahaskan dalam Multiverse Theory yang banyak dimainkan dalam kebanyakan karya sai-fai moden hari ini.

Secara ringkasnya teori ini membahaskan tentang betapa terdapat terlalu banyak garismasa yang infiniti wujud dalam alam semesta ciptaan tuhan yang tercipta akibat perubahan kecil atau besar yang dibuat oleh individu. Sebagai contoh, terdapat dunia di mana Hitler adalah seorang pemenang mengalahkan Tentera Bersekutu ketika Perang Dunia Kedua. Terdapat dunia dimana Korea Utara dan Korea Selatan adalah sebuah negara yang tidak pernah terpisah atau dunia di mana Kesultanan Melayu Melaka memenangi peperangan dengan Portugis. Jadi, kau orang fahamkan kenapa ramalan John Titor tidak menjadi walau dia seorang pengembara dari masa hadapan?

Namun, terdapat dakwaan bahawa kisah disebalik John Titor ini adalah digerakkan oleh dua orang iaitu Larry Haber dan John Rick Harber. Larry merupakan seorang peguam manakala John pula seorang saintis komputer. Bahkan dakwaan ini mengatakan bahawa jenama disebalik John Titor telah dipatternkan di USA.

Walaupun sedemikian, kisah John Titor ini benar-benar menguji menarik perhatian dunia sehingga menimbulkan fenomena bahkan idea tentang pengembara masa ini pula menjadi ilham kreatif penghasilan mahakarya yang hebat dari seluruh dunia yang berinpsirasikan kisah pengembaraan masanya.

BACAAN LANJUT:

Who Was John Titor?. A time traveler from 2036?. https://www.strangerdimensions.com/ency/john-titor/

THE MYSTERY OF JOHN TITOR: HOAX OR TIME TRAVELER?. https://psmag.com/environment/the-mystery-of-john-titor-hoax-or-time-traveler-57001


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.