Ada beberapa perkara yang menarik tentang catatan John Smith tetapi kurang diberi perhatian oleh pengkaji atau peminat sejarah seperti sebutan panji negeri Perak berlambang pedang Rasulullah, mimpi beliau berjumpa dengan Nabi, surat matinya yang bercop mohor Ratu Hijau dan John Smith merupakan orang Barat yang dilantik oleh Ratu Hijau sebagai pembesar Patani dianugerahkan gelaran Dato Dagang untuk menjaga urusan pedagang daripada Barat di Patani.

Kota Stia Dan Panji Negeri Perak

Christian Lentholm dan John Smith sebelum ke Patani, dia singgah ke Perak ketika itu diperintah oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I. Maka bermudiklah John Smith ke Sungai Perak dan sampailah kapal mereka ke Kota Stia. Mereka terpaksa menunggu tiga hari menanti kedatangan Dato’ Bandar.

Selepas tiga hari datanglah Dato’ Bandar dengan 6 buah perahu panjang dengan 10 pendayung setiap sisi. Perahu itu dilengkapi dengan Lela dan meriam kecil bersamanya.

Di dalam perahu yang dinaiki Dato’ Bandar seorang pengikutnya memegang bendera hitam dengan lambang 2 bilah pedang Nabi Muhammad.

Dato’ Bandar ini digambarkan seorang yang ramah dan sopan serta menerima kedatangan mereka. Beliau juga suka memakan sireh yang mana membuatkan bibir dan giginya kemerahan.

Dato’ Bandar menawarkan 200 jongkong timah untuk seorang hamba dan gading gajah.

Apabila kapal John Smith ingin meneruskan perlayaran, Dato Bandar memberi tiga orang Melayu untuk membantu pelayarannya ke Johor dan Patani.

Dato Dagang Dan Changi Puteri

John Smith ini adalah orang kepercayaan kepada Ratu Hijau sehingga beliau dilantik penasihat kepada Ratu Hijau sehingga bergelar Dato Dagang (Menteri Luar) yang berperanan sebagai Aloran Sembah malah dia juga menjadi orang kesayangan Ratu Hijau dan dijadikan anak angkatnya pula.

Ratu Hijau beberapa kali cuba mengahwinkan John Smith dengan wanita Patani malah Ratu sedia menjodohkan beliau dengan kerabatnya juga.

Dalam catatan John 24hb April 1603, semasa dia sakit teruk dia bermimpi berjumpa dengan Rasulullah dengan petikan berbunyi begini..

“…he awoke to consciousness two days before, and first imagined that he was in the Paradise of The Prophet Mohamad….”

Dalam catatannya banyak menyebut “Lailahaillalah..”

Ada suatu peristiwa, di mana Ratu Hijau menugaskan John Smith berunding dengan Putera Reman yang tidak mahu lagi bersekutu di bawah Patani sebaliknya mahu bersama Perak.

Tanda kuasa dan titah Ratu Hijau selaku yang menjadi wakil Patani maka Ratu Hijau menyerahkan lembing kuasa #Changi_Puteri (Jari-Jari Puteri) kepada John Smith takala membawa titah Ratu Hijau kepada Putera Reman.

“….also a certificate of the death of John Smith, signed by the captain of two well-known merchantmen trading to the East and sealed with the great seal of the Queen of Patani.”

Artikel dinaikkan selepas mendapat kebenaran penulis asalnya iaitu Wan Amir. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.