John McCain: Kematangan Berpolitik Yang Patut Dikenang

0
469
views

John McCain baru saja meninggal dunia pada beberapa hari lepas. Bagi yang tak kenal beliau, McCain merupakan bekas calon Pilihanraya Presiden US pada tahun 2008 yang tewas kepada Barack Obama.

Yang menjadi tumpuan media ialah reaksi Donald Trump. McCain merupakan seteru utama Trump sejak Trump memegang jawatan Presiden. Mereka bergaduh dalam isu berkaitan dengan Syria dan Rusia. McCain nak Trump lebih agresif dengan Putin dan Assad, Trump tak nak, maka McCain nak siasat Trump atas tuduhan “bersubahat dengan Rusia”.

Sampai satu tahap Trump menyumpah McCain di depan penyokongnya: “orang tu nak mati dah pun” (McCain diagnosed ada kanser otak sejak tahun 2017). Dan McCain pun balas: “nanti aku mati aku tak nak Trump hadir pengebumian aku”. Fuh memang gaduh besar punya.

Jadi boleh nampak kenapa Trump sekadar bagi ucapan takziah yang biasa-biasa saja kat Twitter. Pernyataan rasmi dari White House pun tak ada. Trump pun tidak akan menghadiri majlis pengebumian McCain.

Yang menariknya, Obama yang pernah melawan McCain dalam PilPres 2008 akan menghadiri pengebumian McCain dan membacakan eulogi (orang kita anggap macam talkin, tapi ia lebih kepada kata-kata pujian untuk mengingati jasa mendiang). Selepas mendengar berita kematian McCain, Obama keluarkan pernyataan yang penuh rasa hormat:

“John McCain and I were members of different generations, came from completely different backgrounds, and competed at the highest level of politics, But … we saw our political battles, even, as a privilege, something noble, an opportunity to serve as stewards of those high ideals at home, and to advance them around the world.”

Kenapa Obama yang pernah merebut jawatan tertinggi dengan McCain tidak bermusuhan dengan McCain sepertimana Trump memusuhi McCain? Ada cerita di sebaliknya:

Sebulan sebelum PilPres 2008, dalam satu sesi Townhall di Minnesota, ada seorang mak cik bertanyakan McCain satu soalan:

“I can’t trust Obama. I have read about him, and he’s not, um, he’s an Arab.” (Betul kah Obama tu orang Arab, saya dengar macam-macam cerita pasal dia)

Waqaf Saham

Kalau nak tahu, waktu Obama bertanding dulu, beliau menghadapi pelbagai tuduhan yang menuduhnya “bukan kelahiran US”, “sebenarnya Obama tu orang Arab yang beragama Islam”, versi yang lagi mengarut pun ada: “Obama tu sebenarnya samaran kepada Osama bin Laden”.

Yang memulakan kempen fitnah ialah penyokong Hillary Clinton yang berebut dengan Obama untuk menjadi calon presiden mewakili Parti Demokrat. Selepas Clinton kalah, sesetengah penyokong Parti Republikan pun mula memainkan isu yang sama untuk meraih undi bagi McCain.

Tapi apa yang McCain jawab agak di luar jangkaan:

“No, ma’m, he’s a decent family man and citizen that just I just happen to have disagreements with on fundamental issues, and that’s what the campaign’s all about. He’s not.” (Bukan, beliau bukan Arab. Beliau hanyalah seorang rakyat US macam puan macam saya. Cuma beliau berbeza pendapat dengan saya dalam beberapa isu, jangan percaya fitnah di luar sana)

Dalam iklim politik Amerika ketika 2008, sebenarnya tak berbaloi pun untuk defend Obama. Sejumlah besar penyokong Parti Republikan masih ada sentimen terhadap orang kulit hitam, orang Arab dan orang Islam. Sebenarnya McCain boleh je nak mainkan isu kaum dan persepsi. Malah ramai yang kecewa apabila McCain mempertahankan Obama.

Lagi pun, fitnah-memfitnah dalam sejarah PilPres US ni benda biasa. Gara-gara kempen PilPres 1800 yang penuh dengan fitnah, John Adams dan Thomas Jefferson pernah gaduh sampai tak nak bercakap selama 26 tahun sesama mereka sehingga mereka meninggal dunia, walaupun mereka rakan seperjuangan dalam Perang Kemerdekaan US. Hillary Clinton yang satu parti dengan Obama pun main fitnah.

Tapi McCain tak nak ikut budaya fitnah-memfitnah waktu tu, dan hanya bertumpu kepada isu. Meskipun kalah, McCain telah memenangi respect daripada Obama sendiri. PilPres 2008 boleh dikatakan PilPres yang paling “civilized” dan “gentleman” dalam sejarah US. Alangkah bezanya kalau calon Republikan waktu tu bukan McCain tapi orang lain.

McCain masih mempraktikkan konsep-konsep “gravitas” dan “dignitas” yang merupakan penanda sifat “gentleman” dalam tradisi politik Barat. Dekat calon Republikan yang seterusnya yakni Mitt Romney dan Trump tidak lagi nampak sifat “gravitas” dan “dignitas” ni sebab mereka lebih bersifat orang bisnes yang oportunis. Kita pun ada tradisi “budiman” yang semakin dilupai oleh masyarakat.

Ketepikan pasal pendirian politiknya, keperibadian dan prinsip McCain seharusnya menjadi tauladan kita. Berpolitik macam mana pun, jangan membiarkan politik membunuh karakter dan jati diri kita sendiri.

Politics shouldn’t make you lose your humanity.

https://www.youtube.com/watch?v=JIjenjANqAk – video John McCain mempertahankan Obama