“Sekiranya Amerika Syarikat mahu merosakkan lagi hubungan mereka dengan negara Turki ini, maka itu adalah keputusan yang mereka sendiri pilih,” Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada hari Sabtu yang lalu telah menyifatkan peristiwa pembu-nuhan beramai-ramai kaum Armenia oleh tentera Empayar Uthmaniyah pada lebih dari satu abad yang lalu sebagai ‘geno-sid’ (pembu-nuhan beramai-ramai), pengiktirafan ini menerima sambutan yang meriah dari kumpulan pro-Armenia tetapi boleh menjejaskan hubungan dengan sekutu AS dengan negara Turki yang menolak label geno-sid dikenakan terhadap mereka sejak berdekad yang lalu.

 Fakta Utama

Biden menggunakan perkataan “geno-sid” dalam satu kenyataannya sempena Hari Peringatan Armenia, tindakan yang telah melanggar tradisi sejak berdekad lamanya selepas bekas presiden-presiden AS yang menjadi pendahulunya kekal mengelakkan dari menggunakan istilah tersebut bagi merujuk kepada peristiwa penempatan semula dan pembu-nuhan beramai-ramai yang didakwa telah dilakukan oleh Empayar Uthmaniyah terhadap 1.5 juta orang Armenia di Turki.

Pelarian Armenia

Sebelum ini, beliau telah pun menyebut kejadian itu sebagai geno-sid semasa beliau sedang berkempen pada tahun yang lalu, sejauh yang kita ketahui, Joe Biden pernah menjadikan pengiktirafan ini sebagai satu manifesto pilihanraya yang dijanjikanya terhadap pengundi berketurunan Armenia. Dia berjanji akan melakukannya jika dia terpilih dan langkah ini disokong oleh puluhan anggota Kongres dari kedua-dua belah pihak.

Joe Biden dan Recep Tayyip Erdogan

Biden juga dilaporkan telah memberi amaran kepada Turki tentang langkah itu pada awal minggu yang lalu dalam satu perbualan telefon bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang secara konsisten telah menolak label geno-sid dan bahkan menganggap pelan penempatan semula dan pengusiran orang Armenia itu sebagai “munasabah.”

 “Setiap tahun pada hari ini, kita akan mengenangkan nyawa setiap orang yang telah terkor-ban dalam peristiwa geno-sid Armenia semasa era Uthmaniyah dan memberi peringatan kepada diri kita sendiri untuk mencegah keke-jaman seperti itu dari berulang lagi.” — Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden

Jawatankuasa Kebangsaan Armenia Amerika memuji keputusan Biden dalam satu sidang media dengan mengatakan langkah itu akan mendorong Amerika ke arah keadilan yang sepatutnya dan keamanan yang diperlukan untuk masa depan negara Armenia.

Latar Belakang

Pada tahun 1915, di tengah-tengah kancah Pe-rang Dunia Pertama, Empayar Uthmaniyah yang akan telah diperintah secara de facto di bawah kuasa Jawatankuasa Kesatuan Dan Kemajuan (CUP) yang dikawal oleh pergerakan Turki Muda sepenuhnya telah mengusir orang Armenia secara paksa dari Anatolia timur.

Ia berikutan tindakan beberapa kelompok kaum Armenia yang dipercayai telah menjadi pembelot dengan kebimbangan risiko yang mereka boleh membantu kemaraan pasukan tentera Rusia di Syria.

Tentera Uthmaniyah semasa Pe-rang Dunia Pertama

Sebilangan besar sarjana menyimpulkan bahawa peristiwa ini adalah satu usaha pengha-pusan etnik yang disengajakan kerana pertembungan semangat nasionalisme, tetapi Turki telah menolak keras tafsiran ini, dengan menegaskan bahawa kema-tian itu tidak disengajakan dan pengusiran itu adalah perlu kerana ia melibatkan soal hal ehwal keselamatan.

Beberapa lagi negara yang lain secara rasminya menganggap peristiwa itu sebagai pembu-nuhan beramai-ramai dengan label geno-sid, tetapi Amerika Syarikat telah konsisten mengelakkan dari menggunakan label tersebut demi untuk mengelakkan kemarahan negara Turki, yang merupakan salah satu negara yang menganggotai NATO dan bekas rakan sekutu AS yang lama.

Sejak penubuhannya, Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang telah saling menjalinkan hubungan yang baik dengan Turki semenjak era Uthmaniyah, kedua-dua negara ini tidak pernah terlibat dalam sebarang konflik bersenjata, bahkan saling membantu sesama mereka tiap kali salah satu di antara mereka ditimpa musibah seperti bencana alam semulajadi.

Dan, hubungan Amerika Syarikat dengan Empayar Uthmaniyah hanya dicemarkan dengan penglibatan AS dalam Pe-rang Dunia Pertama pada saat-saat akhir konflik tersebut mencapai kemuncaknya.

Sebahagjan daripada etnik Armenia yang diusir

Setelah dekad demi dekad berganti, hubungan AS-Turki secara beransur-ansur mula nerosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kepentingan kedua-dua negara ini saling bertembung dan kerjasama Turki dengan Rusia yang agak rapat, terutamanya dalam urusniaga teknologi persenjataan, mungkin menjadikan langkah simbolik Biden ini lebih beralasan.

Pada awal minggu ini, Turki memberi peringatan bahawa jika Biden benar-benar menggunakan istilah geno-sid, hubungan di antara kedua-dua negara tersebut akan semakin merosot.

Negara Turki yang lahir sebagai sebuah kerajaan republik sekular dari sisa-sisa kejatuhan Empayar Uthmaniyah itu walau bagaimanapun telah mengaku sememaangnya ada kema-tian, tetapi mereka menolak jumlah 1.5 juta kor-ban yang diusulkan kerana melihat jumlah itu sebagai terlalu melebih-lebih. Turki hanya mengakui seramai kira-kira 300,000 orang Armenia mungkin telah ma-ut, tetapi Turki tegas menolak kejadian itu sehagai pembu-nuhan beramai-ramai.

Krisis ini menjadi satu masalah yang sensitif bagi sekutu NATO, Turki, dan negara-negara seperti Perancis, Jerman dan Kanada yang telah mengiktiraf kejadian itu sebagai geno-sid yang ditakrifkan sebagai pembu-nuhan beramai-ramai dan pembasmian kaum.

Joe Biden telah menjadi presiden Amerika Syarikat yang pertama mengiktiraf peristiwa Geno-sid Armenia, sekaligus memecahkan tradisi politik AS-Turki. Presiden Obama dan George W. Bush pernah berjanji untuk mengakui peristiwa itu tetapi sebaliknya mereka hanya menyebut ia sebagai “keke-jaman besar” atau “pembu-nuhan besar”. Manakala, Ronald Reagan telah menyebutnya sebagai “geno-sid” tetapi hanya dalam konteks yang tidak jelas melalui kenyataan mengenai peristiwa Ho-lo-caust.

Antara mang-sa kor-ban dari kalangan etnik Armenia

Geno-sid adalah istilah moden yang merujuk kepada tindakan pemus-nahan yang disengajakan secara sistema-tik, secara keseluruhan atau secara sebahagian terhadap mana-mana kumpulan etnik, kaum, agama atau kebangsaan. Istilah ini dicipta pada tahun 1944 oleh Raphael Lemkin.  Ia telah ditakrifkan di dalam Article 2 of the Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide (CPPCG) of 1948 sebagai:

“mana-mana tindakan berikut yang dilakukan dengan niat untuk memus-nahkan, secara keseluruhan atau sebahagian, kumpulan kebangsaan, etnik, kaum atau agama, seperti: membu-nuh ahli kumpulan itu; menyebabkan kecederaan tubuh atau mental yang serius kepada anggota kumpulan; dengan sengaja mempengaruhi situasi kehidupan suatu kelompok, yang dikira boleh menyebabkan kemus-nahan fizikalnya secara keseluruhan atau sebahagian;  mengenakan tindakan yang bertujuan untuk mencegah kelahiran dalam kumpulan itu;  [dan] memindahkan anak-anak kumpulan itu ke kumpulan lain secara paksa.”

Hu-kuman gan-tung terhadap pemberon-tak

Walaupun dunia sentiasa mengingati keke-jaman yang dilakukan Uthmaniyah terhadap Armenia itu hingga sekarang, namun persoalan yang kekal membeku di fikiran penulis adalah, mengapa dunia tidak melakukan perkara yang sama apabila orang Turki juga telah melalui keke-jaman yang sama dilakukan oleh pelbagai pihak, terutamanya Rusia yang dibantu oleh Armenia?

Lebih 7,000 orang Turki dib.an-tai oleh tentera Empayar Rusia dan disokong oleh etnik Armenia pada tahun 1804 di wilayah Ganja moden, atau pembu-nuh.an beramai-ramai terhadap kaum Turki di Balkan semasa Pe-ra.ng Russo-Turki pada tahun 1878 yang membu-nuh seramai 400,000 orang Turki dan berpuluh-puluh lagi pemban-taian dilakukan di lokasi yang berbeza.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.