Zorro merupakan salah satu ikon kurun ke-20. Walaupun beliau adalah karakter fiksyen, kisahnya digarap berdasarkan biografi sekurang-kurangnya tiga orang, iaitu Juan Nepomuceno Cortina, Tiburcio Vasquez dan yang paling utama, Joaquin Murrieta.

Namanya digunakan dalam filem bersama Antonio Banderas, yang mana nama keluarga karakter itu adalah Murrieta. Selain itu, nama anaknya pula adalah Joaquin. Tayangan perdana filem The Mask of Zorro pada tahun 1998 dan The Legend of Zorro pada tahun 2005 berupaya menghidupkan kembali legenda Joaquin Murrieta.

ROBIN HOOD MEXICO

Joaquin Murrieta dilahirkan sekitar tahun 1829 di Hermosillo, di Sonora, Mexico. Kehidupannya banyak berlangsung di California, di mana beliau memburu emas semasa era atau peristiwa yang dikenali sebagai Kerubut Emas California (California Gold Rush) 1850an.

Murrieta menerima pelbagai macam cemuhan berbentuk rasisme daripada orang-orang Amerika berkulit putih. Hal ini mendorongnya untuk memberontak menentang masyarakat umum dan perundangannya. Beliau bangun memperjuangkan hak-hak pelombong-pelombong asli-Amerika dan beliau sendiri menjadi seorang pelombong yang berjaya.

Kejayaan ini menggamit iri hati daripada orang-orang Amerika berkulit putih, yang bertindak mer0gol isterinya dan membelasahnya dengan teruk sebagai melampiaskan dendam. Pada waktu itu, perdagangan kuda secara haram bergiat secara aktif dan Murrieta menyertai perdagangan ini. Dengan bantuan rakan-rakan dagangnya, beliau menjejak dan membvnuh hampir kesemua individu yang bertanggungjawab menyerang isterinya.

Gambaran Murrieta oleh seorang artis

Detik ini menjadi permulaan bagi geng Murrieta, yang mula melakukan serangan ke atas keretapi-keretapi di California. Sejarahwan tidak mengetahui secara tepat berapakah bilangan anggota geng Murrieta ini. Ada yang berpendapat bahawa geng itu terdiri daripada lima orang (justeru digelari ‘Geng Lima Murrieta’ atau ‘Lima Joaquin’). Ada pula yang mengatakan jumlahnya lebih besar.

Geng ini membvnuh sekurang-kurangnya 14 orang Amerika-Inggeris dan 28 orang China. Namun, masyarakat yang hidup berhampiran kawasan kampung melindungi Murrieta dan gengnya. Sebagaimana kenyataan Legenda-Legenda Amerika (Legends of America); Murrieta menjadi ‘wira rakyat yang hanya meceburi dunia jenayah selepas sekumpulan pelombong gangster Amerika membelasahnya dengan teruk, menggantung saudaranya, dan mer0gol seta membvnuh isterinya…

Joaquin merupakan seorang figura yang tampan lagi romantik yang bersumpah untuk membalas dendam terhadap penindasan yang dilakukan ke atas keluarganya; melakukan banyak jenayahnya demi ‘membetulkan ketidakadilan terhadap orang-orang Mexico’.

Beberapa catatan tentang kisah hidup beliau mengisyaratkan bahawa terdapat lebih dari seorang lelaki yang tindakan-tindakannya membentuk legenda Robin Hood versi Mexico. Namun, catatan sejarah berkenaan Murrieta yang kesahihannya dapat dipastikan sangat sedikit. Justeru, kisah-kisah lain dianggap sebagai kisah rakyat semata-mata.

Lukisan pensil oleh Charles V. Norris yang berjudul el Zorro

Pada tahun 1853, badan perundangan California membentuk sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Renjer California. Kumpulan ini ditubuhkan bagi menangkap dan membvnuh Murrieta dan gengnya. Mereka ini terdiri daripada veteran p3rang Mexico-Amerika dan menerima bayaran $150 setiap bulan bagi memburu Murrieta dan akan diberikan tambahan $1000 sekiranya berjaya membvnuh sasaran.

HIDUP ATAU M4TI?

Murrieta dan sekurang-kurangnya dua lelaki lain dibvnuh secara rasmi pada 25 Julai 1853. Sebagai bukti penghukuman, Renjer California memenggal kepala Murrieta dan menghantarnya dalam sebuah balang brandi (sejenis arak).

Namun, terdapat laporan-laporan yang mendakwa bahawa kepala yang dipamerkan di Stockton, San Francisco dan kem-kem perlombongan di Daerah Mariposa itu sebenarnya bukanlah kepala milik Murrieta. Menurut perincian rasmi yang disiarkan oleh penyunting “Alta” San Francisco pada 23 Ogos 1853, dinyatakan bahawa:

“Beberapa minggu yang lalu, sekumpulan warga tempatan California dan Sonora berangkat ke Lembah Tulare untuk meluahkan dan menyatakan (aduan) tentang mengapa kuda-kuda Amerika (mustang) yang berkeliaran. Tiga orang daripada kumpulan ini telah kembali dan melaporkan bahawa mereka diserang oleh sekumpulan Amerika, dan yang lain-lain, iaitu seramai empat orang telah terbvnuh;iaitu Joaquin Valenzuela, yang merupakan salah seorang daripada mereka, dibvnuh semasa cuba melarikan diri dan kepalanya dipenggal oleh pihak penyerang dan dijulang sebagai trofi.

Amat dimaklumi bahawa Joaquin Murrieta bukanlah individu yang dibvnuh oleh Kapten Harry Love di Lembah Panoche. Kepala yang dipamerkan baru-baru ini di Stockton sama sekali tidak mirip dengan Murrieta, dan hal ini ditegaskan oleh mereka yang pernah melihat Murrieta dan (pemilik) kepala tersebut.”

Poster yang mewarwarkan tentang pameran kepala yang didakwa milik Murrieta di Stockton, 1853

Pada tahun 1879, saudara perempuan Murrieta sendiri menyatakan bahawa kepala yang beliau lihat di dalam balang tersebut bukanlah milik saudaranya. Beliau enggan memaklumkan lebih awal kerana mahu melindungi saudaranya dan membolehkannya melarikan diri. Dakwaan beliau itu tidak dapat dipastikan lantaran kepala tersebut turut menjadi mangsa sebuah kebakaran yang berlaku semasa San Francisco dilanda gempa bumi pada tahun 1906.

ROBIN HOOD EL DORADO

Kisah Murrieta tidak berakhir dengan kem4tian-misteri dan kehilangannya. Jejak langkahnya diikuti oleh anak saudaranya yang dikenali sebagai Procopio. Procopio turut digelari sebagai ‘Red-Handed Dick’ bersempena rambutnya yang berwarna merah. Beliau menjadi salah seorang per0mpak yang paling masyhur dalam sejarah Mexico.

Semasa Murrieta meninggal dunia, Procopio baru berusia 12 tahun. Namun, beliau membesar dengan menuruti jejak langkah bapa saudaranya itu. Semasa hayatnya, beliau berusaha sedaya upaya untuk melonjakkan kemasyhuran legenda Murrieta.

Berikutan tindakannya itu, kisah Joaquin Murrieta begitu tersebar secara meluas hinggakan pada tahun 1919, Johnston McCulley menerbitkan sebuah cerita yang berjudul The Curse of Capistrano yang bertemakan seorang lelaki yang melindungi golongan miskin dan menghukum golongan kaya.

Nama Murrieta dikenang baik dari tanggapan yang baik mahupun buruk. Sebilangan pihak menganggapnya sebagai seorang per0mpak dan pembvnuh. Namun, ramai yang memandang beliau sebagai seorang patriot. Murrieta diabadikan dalam banyak buku dan puisi, antara yang paling masyhur adalah karya John Rollin Ridge, seorang yang berketurunan pembesar Cherokee, yang disiarkan di dalam California Police Gazette pada tahun 1858.

John Rollin Ridge, seorang penulis Cherokee

Sehingga kini, kisah Murrieta atau Zorro (musang) masih terus diceritakan di negeri-negeri miskin Mexico sebagai harapan agar suatu hari nanti, muncul seorang individu seperti Murrieta yang akan membela nasib hidup mereka.

RUJUKAN:

Natalia Klimczak. (9 Julai 2016). Joaquin Murrieta – The Man Whose Life Provided Inspiration for Zorro. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/joaquin-murrieta-man-whose-life-provided-inspiration-zorro-006257


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.