Moving Forward As One

Joan Of Arc: Srikandi Yang Selamatkan Perancis Dari Pεrang 100 Tahun

1,028

Bagi pihak Inggeris, wanita ini dianggap sebagai murtad, pengamal sihir dan gila sekaligus layak dihukum ba.ka.r hidup-hidup. Tetapi bagi Perancis, beliau menjadi inspirasi kepada mereka untuk mengusir Inggeris dari tanah Perancis pada tahun-tahun terakhir Pe.ra.ng 100 Tahun. Wanita yang dimaksudkan ialah Joan of Arc.

Sejak William Si Penakluk (William the Conqueror) tiba di Perancis pada pertengahan abad ke-11, raja-raja England selepasnya meneruskan tradisi menuntut sebahagian tanah Perancis sebagai tanah jajahan mereka. Pada 1337, Raja Edward III mula menuntut tanah-tanah ini tetapi tidak dilayan oleh pihak Perancis. Ini mengakibatkan Pe.ra.ng 100 Tahun tercetus.

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

Pada awalnya, ketu.mb.ukan ten.te.ra Inggeris meraih banyak kemenangan penting di bawah pimpinan Edward Si Putera Hitam (Edward the Black Prince). Tetapi kekuatan mereka mula merosot akibat wabak Black De.a.th, ketidakcekapan pemerintah-pemerintah Inggeris selepas Edward III dan kebangkitan Perancis diterajui oleh Raja Charles V. Bagaimanapun, momentum kembali memihak kepada England menerusi Raja Henry V.

Henry V berjaya memberi kekalahan memalukan kepada Perancis di Agincourt pada 1415. Kejayaan ini lebih menarik dengan hakikat baginda berjaya mengakali pihak Perancis walaupun mereka hadir dengan ketum.bu.kan jauh lebih ramai berbanding pihak England. Kejayaan demi kejayaan yang diraih membolehkan baginda menyertakan syarat waris-warisnya dikira sebagai waris takhta Perancis dalam Perjanjian Troyes yang dimeterai pada 1420.

Susulan itu, Henry V mengahwini puteri raja Perancis Catherine of Valois dan memeterai pakatan dengan Philip Yang Baik (Philip the Good), Duke of Burgundy. Pakatan England-Burgundy mengawal sepenuhnya wilayah utara Perancis termasuk Paris dan ia diteruskan oleh putera baginda Henry VI pada tahun 1422.

Rajah 1: Lukisan perkahwinan Raja Henry V dan Catherine of Valois

Joan of Arc dilahirkan pada 1412 di Domremy, sebuah perkampungan kecil di timur laut Perancis berhampiran sempadan wilayah yang dikawal England-Burgundy. Pada usia 13 tahun, beliau dikatakan mampu mendengar suara dan melihat visi santo-santo Kristian seperti St. Michael, St. Catherine of Alexandria dan St. Margaret of Antioch. Menurutnya, mereka menyuruhnya bangkit dan membantu pewaris takhta Perancis sebenar Charles of Valois, putera Charles VI yang disingkirkan susulan penguatkuasaan Perjanjian Troyes.

Disebabkan Paris terletak jauh di kawasan yang dikawal pihak England, baginda terpaksa bersemayam di sebuah istana sementara di Chinon. Joan cuba untuk menghadap baginda bagi menjelaskan misinya itu pada 1428 tetapi gagal. Pada tahun seterusnya, beliau berjaya diberi peluang menghadap di mana visi-visinya menjanjikan bukan saja kemenangan Perancis. Bahkan, ia turut menjanjikan pertabalan Charles sebagai Raja Perancis yang seterusnya di Reims.

Rajah 2: Charles of Valois/Charles VII

Bagi menguji keupayaannya, baginda mengutusnya ke Orleans bagi membantu ten.te.ra di sana yang dikepung ten.te.ra England. Dan seperti dijanjikan, Joan berjaya membawa mereka keluar dan mengalahkan pihak England. Dari situ, satu persatu kota Perancis yang dikawal England tumbang termasuk Reims. Seperti dijanjikan, Charles of Valois ditabalkan sebagai Raja Perancis baru dengan nama barunya Charles VII.

Rajah 3: Gambaran Pengepungan Orleans yang berjaya dipecahkan oleh Joan dan angkatannya.

Begitupun, Joan mula tewas dalam beberapa siri pertem.pu.ran sekaligus memberi gambaran kepada England bahawa mereka boleh menundukkan Perancis dengan menawannya. Dan itu yang berlaku pada 23 Mei 1430 apabila beliau ditawan oleh sekumpulan ten.te.ra Burgundy sebelum diserahkan kepada sekutunya England. Mereka kemudian memen.ja.rakannya di Rouen sehingga Mei 1431.

Rajah 4: Gambaran Joan ditangkap oleh ten.te.ra-ten.te.ra Burgundy

Semasa dalam tahanan, bukan sedikit pendeta gereja cuba menguji Joan dengan pelbagai soalan bagi membuktikan tuduhan ahli sihir terhadapnya benar. Bagaimanapun, kebijaksanaannya menjawab soalan, ketinggian pengabdiannya kepada Tuhan dan enggan mengakui tuduhan tersebut memaksa pihak gereja menukar taktik. Kini, mereka menuduhnya sebagai seorang murtad dan cuba menyebarkan ajaran baru.

Rajah 5: Joan disoal siasat di pen.ja.ra oleh Cardinal of Winchester, Henry Beaufort.

Visi santo-santo yang dilihat Joan dianggap sebagai visi syaitan seperti Belial, Satan, and Behemoth. Sementara tindakannya memakai pakaian serupa lelaki dikatakan merosakkan keperibadiannya walaupun cuba dibangkang olehnya. Bagi pihak gereja ketika itu, apa saja yang dinyatakan Joan merupakan satu pembohongan dan tidak patut dilayan.

Mungkin ada menganggap tindakan sebegini sebagai mengarut. Tetapi inilah realiti dihadapi wanita pada Zaman Pertengahan di mana mereka dituduh sebagai murtad atau pengamal sihir hanya kerana berlaku bijak atau berpotensi mengan.ca.m kedudukan gereja. Pada mereka, apabila wanita-wanita ini dipalit dengan tuduhan sebegitu, hukuman yang menanti mereka ialah kema.ti.an. Ini kerana amalan sihir dan murtad sentiasa berkait dengan kesalahan terbesar terhadap gereja iaitu pemujaan syaitan.

Pada 24 Mei, Joan dibawa ke tempat hukuman di luar Rouen dan diletakkan bersebelahan tempat pemba.ka.ran. Pada awalnya, beliau beralah dan bersetuju menandatangani surat penarikan pengakuan serta berpakaian wanita sebagai tukaran kepada hukuman pen.ja.ra seumur hidup. Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, pengawal-pengawal pen.ja.ra melihatnya berpakaian seperti lelaki – ini menunjukkan Joan kembali kepada perangai lamanya.

Bila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, Joan memberitahu ditegur oleh santo-santo itu dan mengingatkannya agar terus tabah tanpa dihantui kelemahan. Bagi para musuhnya, itu sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk memba.ka.rnya hidup-hidup.

Pada pagi 30 Mei, Joan diba.ka.r hidup-hidup sambil disaksikan oleh orang ramai dan pemimpin pakatan Inggeris-Burgundy. Semasa api memba.ka.r dirinya, orang ramai dapat mendengar beliau tidak henti menyebut nama Jesus Christ. Bagi Henry VI, baginda berharap kema.ti.an ‘ahli sihir wanita’ itu sudah cukup untuk melemahkan pengaruh Perancis sekaligus mengekalkan momentum di pihak England.

Rajah 6: Gambaran Joan diba.ka.r hidup-hidup oleh pihak England-Burgundy.

Bagaimanapun, jangkaan baginda meleset sama sekali. Semangat orang Perancis terus berkobar-kobar untuk menghalau England keluar dari bumi mereka dan kema.ti.an Joan memarakkan lagi sentimen mereka. Dengan situasi tidak lagi memihak England, Duke of Burgundy memilih untuk berpaling tadah dan membantu Perancis meme.ra.ngi bekas sekutunya itu.

Menjelang dekad 1450-an, kebanyakan wilayah Perancis kini kembali di tangan mereka dengan England hanya dapat mengekalkan Calais. Kemerosotan kempen England di Perancis turut menyumbang kepada kemerosotan mental Henry VI dan terus menghantui baginda sehingga ke akhir hayatnya.

Ayuh dapatkan buku terbaru keluaran The Patriots, Rahsia Empayar Melayu Srivijaya dan The Malaccan Odssey di Shopee kami. Beli Srivijaya: http://t.ly/9z3K dan Melaka: http://t.ly/kn3A

20 tahun selepas kema.ti.an Joan, Charles VII mengarahkan satu inkuiri terhadap perbicaraannya diadakan. Hasil inkuiri mendapati beliau tidak bersalah atas semua tuduhan sekaligus membolehkan baginda membatalkan hukuman yang dikenakan. Malah, inkuiri mereka turut mengenakan tuduhan terhadap Bishop Pierre Cauchon yang bertanggungjawab menuduh dan menghukumnya.

Menjelang abad ke-16, Joan dijadikan sebagai simbol Liga Katolik (pakatan negara-negara Katolik Eropah) yang menentang fahaman Protestan dan Raja Henry III sebagai Raja Perancis. Pada 1920, beliau diangkat sebagai santo oleh Paus Benedict XV menerusi dekri Divina disponente.

RUJUKAN:

Thery, Julien. (2017). How Joan of Arc turned the tide in the Hundred Years’ DITAPIS. National Geographic.

Ruangan komen telah ditutup.