Jihad Sultan Sulaiman Al-Qunani Di Eropah

0
723
views

Seperti yang kita tahu pada zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni dari tahun 1520-1566M merupakan dianggap sebagai zaman kemuncak empayar Uthmaniyah baik dari segi perundangan, pendidikan dan perluasan kuasa. Pada zaman itu kerajaan Uthmaniyah telah mencapai kemuncak dalam perluasan kuasa dengan perluasan kuasa ke atas 3 benua iaitu Eropah sehingga ke Hungary, Asia di Iraq serta beberapa kawasan Iran sehingga menganjur ke Teluk Arab dan kawasan Afrika Utara di Algeria, Tripoli dan Tunisia termasuk persisiran pantai Habsyah.

Sejarawan Indonesia iaitu Dr. M. Abdul Karim menulis, “baginda seorang penguasa yang Soleh. Mewajibkan rakyatnya Solat 5 waktu dan berpuasa di Bulan Ramadan. Jika ada  yang melanggar tidak hanya dikenai denda namun juga sangsi badan”.Beliau digelar Al-Qanuni atau Lawgiver kerana  berjaya menyusun kembali undang-undang Uthmaniyah agar tidak bertentangan dengan syariat Islam dengan bantuan Mufti Uthmaniyah Iaitu Ebussuud dan undang-undangnya berkekalan sehingga abad 19.

Dr. Raghib as-Sijarni berkata, “Pada masanya juga muncul arkitek-arkitek ulung dalam sejarah Islam, seperti Sinan Basya yang berperanan besar dalam pembangunan-pembangunan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Ia juga yang memberikan sentuhan khas akan arkitek Uthmaniyyah. Sehingga orang dengan mudah mengenal bangunan-bangunan Uthmaniyah. Arkitek lainnya adalah Mimar Sinan. Dia membangunkan Masjid Sulaiman al-Qanuni atau dikenal juga dengan Jami’ as-Sulaimaniyah di Istanbul, pada tahun 964 H/1557 M.

Ini adalah salah satu bangunan terbaik yang dibangun oleh seorang arkitek Islam yang bernama Mimar Sinan. Selain kemajuan dalam bidang politik dan sosial kebudayaan, seni kaligrafi pun mencapai puncak kemajuannya di zaman Sultan Sulaiman. Banyak ahli kaligrafi terkenal yang muncul di zamannya. Sebut saja Hasan Effendi Celebi al-Qarah Hashari yang membuat kaligrafi-kaligrafi di Jami’ as-Sulaiman. Ada juga Ahmad bin Qarah Hashari penulis Rawa-i’ al-Khoththi al-Arabi wa al-Fanni ar-Rafi’.”

Pusat-pusat pengajian juga berpusat di Masjid Sulaimaniyyah. Kokurikulum pemgajian merangkumi pengajian fiqh, tafsir, hadis, akhlak, politik, ekonomi, perlayaran, sains, geografi, perubatan, falak, matematik dan banyak lagi. Hasilnya lahirlah tokoh ilmuwan Uthmamiyah seperti Seyzahde Muhyiddin (tafsir), ibnu kemal (Hadis), Birgivi (tasawwuf), attufi (perubatan), Matravki dan Nasuh (matematik), Mehmet Celebin (perubatan), Taskopruluzade (ensiklopedia) dan ramai lagi.  Balai cerap astronomi turut didirikan pada zaman sultan Sulaiman.

Loji rawatan air turut dibina untuk kegunaan penduduk Istanbul mengikut teknologi Hidrolik Yunani.  pengembara Perancis Jean de Théveno berkata, “basis pertanian yang kuat, kesejahteraan menjadi petani, melimpahnya makanan pokok, dan keunggulan organisasi pada pemerintahan Sulaiman”.

Pada zaman Sultan Sulaiman Al-Qanuni, beliau telah menghapuskan pelbagai jenis cukai dan terutamanya kepada golongan petani Kristian seperti yang digariskan dalam kod undang-undang yang ditetapkannya iaitu Kanun-i Osmani. Tindakan beliau dapat menjamin kesetiaan mereka serta kegembiraan mereka merupakan keutamaan buat Sultan Sulaiman.

Tindakan ini menyebabkan taraf ekonomi petani kristian bertambah baik dan cukai yang dikenakan terhadap golongan kristian di kerajaan Turki Utmaniyah jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap penduduk kristian di kerajaan Eropah. Bahkan banyak penduduk kristian dari Eropah telah berpindah ke jajahan Kerajaan Uthmaniyah pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Al-Qanuni.

Gerakan jihad Sultan Sulaiman di Hungary bermula pada tahun 1521 M. Tujuan utama gerakan ini adalah untuk menakluk Belgdrade. Pada bulan julai Sultan Sulaiman telah menghantar Grand Vizier iaitu Ibrahim Pasha dengan pasukan yang kecil untuk mengepung kota itu. Manakala Sultan Sulaiman telah menuju ke Sabac di bahagian Barat Sava. Beliau telah mengirimkan pasukan untuk menyeberangi sungai bagi menawan wilayah antara daerah Sava dan Danube.

Namun kemudiannya, Sultan Sulaiman membuat keputusan untuk memanggil kembali grand vizier agar bergabung dengannya di Sabac. Pada tahun bulan ogos 1521, tentera Sultan Sulaiman telah berjaya menawan Belgrade. Kemenangan ini telah mengharumkan nama Sultan Sulaiman pada waktu itu yang masih muda usianya. Setelah mencapai kemenangan, Sultan Sulaiman mula mula mensasarkan Pulau Rhodes dengan angkatan armada laut yang telah dibentuk oleh bapanya Sultan Selim I.

Pulau Rhodes ketika itu merupakan benteng dan markas Kesatria John The Baptist. Mereka sering mengacau dan merompak kapal para Haji dari Turki yang menuju ke Hijjaz. Selain itu angkatan Laut Uthmaniyah turut terganggu hasil serangan mereka. Pada 1522, Sultan Sulaiman bersama armadanya dan pasukan darat menuju Rhodes. Baginda melihat waktu itu agak sesuai untuk dilakukan serangan kerana:

1. Di Eropah wujud konflik antara Sepanyol dibawah Raja Charles V dan Raja Francis I dari Perancis

2. Wujud hubungan damai antara Kerajaan Uthmaniyah dan Venice

Waqaf Saham

Sultan pada waktu itu bersama pasukan darat maju menuju Marmaris. Pada bulan disember 1522, kerajaan Uthmaniyah berjaya menawan Pulau Rhodes setelah 5 bulan mengepungnya disebabkan kubu pertahanan pulau Rhodes yang kuat. Pada 1 januari, Kesatria John dibenarkan meninggalkan pulau Rhodes dan menuju ke Malta setelah diberi hak oleh Raja Charles V untuk mentadbir di sana. Menurut Collin Imber penaklukan Belgrade di Serbia dan Rhodes telah memberi nilai positif kepada Sultan Sulaiman kerana:

1.  Baginda berjaya menawan kota Rhodes dan Belgrade yang sebelum ini tidak berjaya ditawan Sultan Mehmed II (sultan Muhammad Al-Fateh).

2. Kedua-dua tempat ini adalah strategik kerana Belgrade adalah tempat pertemuan Danube dan Sava yang menjadi kunci penaklukan Hungary dari selatan. Rhodes adalah laluan untuk memonopoli jalur laut dari mediteranean  ke agea dan Istanbul ke Mesir.

Pada tahun 1526 M , Sultan Sulaiman telah menuju Hungary. Punca serangan ini kerana Raja Hungary Vladislav II untuk membatalkan kesemua perjanjian dengan kerajaan Uthmaniyah serta membunuh utusan Sultan Sulaiman. Pada 29 Ogos, Sultan Sulaiman bersama tenteranya berjaya  mengalahkan tentera Hungary di Mohacs dengan mudah. Perang ini merupakan kekalahan terburuk buat kerajaan Kristian dan masa peperangan ini tidak lebih dari satu setengah jam.

Tembakan altileri Uthmaniyah menggunakan senapang dan meriam terbukti terlalu kuat untuk kerajaan Hungary mengalahkannya. Vladislav II turut terkorban dalam pertempuran ini.  Pada 11 September, Sultan Sulaiman memasuki Kota Buda dan berakhirlah kerajaan Hungary di bawah dinasti Jagiellon pada waktu itu. Namun Sultan Sulaiman hanya berada di Buda selama sepuluh hari sebelum pulang ke Istanbul bagi menghadapi konflik pemberontakan di kawasan Anatolia.

Kematian Raja Vladislav II telah menyebabkan terjadi kekosongan takhta di Hungary. Senat Hungary memutuskan untuk memilih John Szapolyai sebagai raja Hungary. Namun pemerintah Kerajaan Hasburg di Austria yang bernama Ferdinand, abang kepada Raja Charles V dari Sepanyol dan abang ipar Raja Vladislav II tidak menerima keputusan ini. Pada disember, beliau telah mengangkat dirinya sebagai Raja Hungary.

Sultan Sulaiman telah bertindak untuk menangani konflik di Hungary ini. Pada tahun 1528, Sultan Sulaiman mendukung Szapolyai sebagai Raja. Ferdinand menolak keputusan ini dengan menawan Buda. Maka Sultan Sulaiman telah melancarkan perang dan berjaya menakluk Buda kembali. Baginda kembali menyerahkan takhta Hungary kepada Szapolyai. Kekalahan di Buda menyebabkan Raja Ferdinand lari ke Vienna yang merupakan ibu kota kerajaan Hasburg.

Tentera Sultan Sulaiman telah mara ke Kota Vienna dan mengepung kota itu. Namun disebabkan cuaca dingin yang teruk dan kehabisan bekalan makanan, Sultan Sulaiman berundur dari pengepungan. Pada tahun 1530, Ferdinand telah mengepung kota Buda, namun pengepungan ini gagal hasil pertahanaan tentera Uthmaniyah yang kuat.  Pada tahun 1531 M Sultan Sulaiman mengepung kembali kota Vienna.  Baginda  berjaya merebut beberapa benteng di kota itu. Namun pada waktu itu Raja Charles V baru menghentikan serangan ke atas Perancis dengan pendamaian hanya sementara dan memberi tumpuan untuk menyelamatkan kerajaan Hasburg di Vienna. Kerana merasa persediaan tenteranya tidak cukup untuk menghadapi tentera Raja Charles V dana cuaca dingin yang terul, maka  tentera Sultan Sulaiman berundur buat kali kedua.

Pada tahun 1533, dilaksanakan perjanjian damai yang membahagikan Hungary kedua dua bahagian diperintah oleh Raja Ferdinand dan Raja Szapolyai. Kedua-dua raja ini memerintah wilayah masing-masing di bawah naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1538, Sultan Sulaiman telah memyerang Moldavia setelah panglima Petru Rares tidak ingin membayar Upeti. Kesannya kerajaan Uthmaniyah memerintah secara langsung wilayah Moldavia yang sebelum ini merupakan wilayah naungannya.

Pada tahun 1540 pertembungan antara Uthmaniyah dan Hasburg di bawah Raja Ferdinad kembali berlaku. Hal ini kerana Raja Szapolyai mangkat dan meninggalkan bayi lelaki dan uskup di Vard. George Martinuzzi yang diangkat sebagi Raja di Buda di bawah naungan kerajaan Uthmaniyah. Raja Ferdinand melihat perkara ini sebagai peluang untuknya bagi menjadi Raja Hungary yang mutlak. Beliau telah mengepung Buda namum gagal. Pasukannya berjaya menawan Vac, Visegrad dan Szekerfehevar.

Pada tahun 1541, beliau mencuba mengepung Buda sekali lagi namun berhasil dengan kegagalan. Setelah dihalau oleh tentera Uthmaniyah. Sultan Sulaiman telah membahagikan Hungary kepada 2 bahagian iaitu bahagian Hungary tengah diperintah secara langsung oleh gabenor Uthmaniyah dan Raja John Sigsimud ditabal raja di Transylvania di bawah bimbingan Marrunizzi.

Pada tahun 1542, Ferdinand telah mengepung Buda sekali lagi namun gagal. Sultan Sulaiman pada tahun 1543 telah mara ke Hungary dan berjaya menakluk Valpo, Siklos, Pecs, Szekerfeherva dan Estergom. Pada tahun 1544, Sultan Sulaiman mengarahkan gabenor Buda, menawan kawasan Hasburg yang lain seperti Nograd, Harvan dan sehingga ke timur laut dari Buda.

Pada tahun 1545, Raja Ferdinand berhasrat untuk berdamai. Beliau dan Raja Charles V telah pergi ke Istanbul. Perjanjian selama 5 tahun telah dilaksanakan pada tahun 1547, dengan Sultan Sulaiman memberikan wilayah Hungary di bawah Ferdinand Status Quo dan setuju membayar 30000 dukat setiap tahun kepada Uthmaniyah pada wilayah yang dipimpinnya dan setuju untuk berada di bawah naungan Kerajaan Uthmaniyah. Dalam perjanjian itu, Raja Charles setuju untuk digelar Raja Sepanyol sahaja dan bukan kaisar lagi manakala Sultan Sulaiman menganggap dirinya sebagai kaisar Rom dan Caesar.

Pada tahun 1549, konflik kembali berlaku apabila Raja Ferdinand berunding dengan Marrunizzi untuk menyerahkan takhta kerajaan Translyvania wilayah naungan Uthmaniyah kepadanya. Namun Queen Issabella, ibu Raja Sigsimund mengagalkan rancangan ini. Pada bulan Disember, Martunizzi terbunuh dalam konflik di Translyvania. Seorang jeneral dari sepanyol menggantikannya. Pemberontakan terhadap Uthmaniyah di Szeged berlaku.

Maka gabenor Uthmaniyah di Buda menumpaskan pemberontakan ini. Vizier kedua Uthmaniyah iaitu Kara Ahmad pasha telah mara ke Hungary. Beliau berjaya merebut Vesvprem di utara Buda. Beliau juga menawan Temesvar dan Lipovar di Translyvania kemudian bergabung dengan jeneral Buda bagi menwan Szonok. Gerakan ini berakhir dengan pengepungan Eger yang tidak berhasil dengan kejayaan.

Pada tahun 1552, Uthmaniyah terus mara menyerang Transylvania, namun masih gagal mengembalikan takhta kepada John Sigsimud dan ibunya Isabella. Pada 1556, konflik ini berakhir apabila Raja Ferdinand berjanji tidak akan menuntut takhta Transylnvania dan mengembalikan tahta kepada Sigismund dan Ibunya.

Pada tahun 1566, Sultan dalam keadaan sakit telah mara bersama tenteranya menhadapi pemberontak di Hungary. Walaupun sedang gering, baginda masih mampu memberi semangat kepada tenteranya. Namun, takdir tuhan lebih besar dari sultan yang turut digelar sebagai The Magnificient ini. Baginda akhirnya wafat dua hari sebelum pengepungan Szigetvar berhasil.

Dari konflik di Hungary ini menunjukkan bahawa betapa kerajaan Muslim pada waktu itu sangatlah kuat sehingga mampu mengatur urusan politik di Eropah bahkan raja-raja Eropah telah tunduk mengharapkan bantuan Seorang Raja muslim untuk takhtanya.