Kadang-kadang saya naik pelik bila orang kata filem melayu sampah. Mungkin sebahagian, ya. Tapi pada saya, banyak je filem-filem melayu yang bagus dan layak untuk diberikan pujian.

Salah satunya ialah filem Jibam.

Filem Jibam ini mengisahkan kisah sebuah keluarga yang dianugerahkan oleh Allah dengan anak yang sangat istimewa, seorang anak austisme, Asyraf atau Jibam.

Tetapi filem ini bukan sekadar sebuah filem yang difokuskan kepada ibu bapa yang mempunyai anak autistik sahaja. Tetapi pada saya ia adalah sebuah filem untuk kita semua.

Pengarah filem, Saudara Che Mie berjaya mengadun filem ini secukupnya. Ada elemen lucu, ada elemen sedih menjadikan filem ini cukup perisa sebagai sebuah filem kekeluargaan yang menarik untuk ditonton.

Kredit kepada pengarah filem dan Ujang kerana berjaya membawa pemikiran dalam ‘content’ filem ini dan tahu apa yang perlu disampaikan kepada khalayak terutamanya untuk memberi pengajaran dan memperbetulkan persepsi buruk kepada anak-anak istimewa ini.

Kita dihiburkan dengan telatah lucu Tok Ngah Sudin melayan karenah Jibam. Situasi-situasi memukul Jibam walaupun agak sedih tetapi dalam masa yang sama ia menjadi momen yang lucu kerana keletah Jibam. Begitu juga keluarga Jibam yang begitu menyayanginya walaupun hidup serba kekurangan.

Pada saya antara ciri sebuah filem yang baik ialah filem yang menggambarkan realiti masyarakat kita sekarang kerana filem secara asasnya adalah cerminan masyarakat.

Filem ini bercerita tentang sosio-ekonomi masyarakat yang rata-ratanya masih lagi dibelenggu oleh kemiskinan. Ia bercerita tentang sebuah keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan di sebuah kampung yang terpinggir. Tiada dialog bisnes juta-juta, rumah besar, kereta mewah dan scene duduk di restoran mahal order fresh orange dalam filem ini.

Banyak subteks dan nilai ambiguiti yang boleh kita ambil sebagai pengajaran apabila menonton filem ini.

Pada asasnya filem Jibam ini bercerita tentang tema kemanusian, pengkhianatan, kasih sayang, kekeluargaan dan semangat perpaduan antara masyarakat.

Sikap mementingkan diri sendiri dan tamak adalah antara nilaian yang cuba disampaikan melalui filem ini. Contohnya scene Tok Ngah Sudin yang sanggup membunuh Suman walaupun sebelum itu Suman telah menyelamatkan nyawanya, hanya kerana mahu harta Suman. Dan bijaknya filem ini ialah Tok Ngah Sudin sepanjang masa dihantui bayangan dosanya(walaupun dia cuba melawan) dan hanya menerima balasan setimpal pada penutup filem ini.

Bukan itu sahaja, filem Jibam juga memaparkan isu masyarakat kampung yang percaya kepada tahyul dan mistik. Sampaikan Tok Lebai(orang agama) pun join sekaki buat ritual bomoh. Ini kritikan sosial pengarah supaya jangan mempercayai budaya karut-marut yang wujud dalam masyarakat.

Dalam pada masa yang sama, ia juga bercerita tentang penjajahan budaya dan ekonomi penjajah asing(isu orang paksa jual tanah), sikap ‘opportunist’ sebahagian masyarakat(isu Tok Ngah Sudin yang tamak) dan beberapa lagi isu jika kita fikirkan secara lebih mendalam.

Saya tidak mahu menghurai dengan lebih lanjut kerana saya mahu kalian tonton dan ‘menerokai’ filem ini sendiri.

Walaubagaimanapun pada saya, plot filem Jibam ini sedikit longgar tetapi ia diselamatkan oleh kehebatan pelakon-pelakon dalam filem ini. Pelakon-pelakon ‘versatile’ seperti Bukhari(watak Tok Ngah Sudin), Kaza, Zaidi Umar, A. Galak, Syafiq Naswif, Farah Tombiruo, Farouk Gagak Hitam menjadikan filem seronok untuk ditonton. Cuma watak anak Tok Ngah Sudin, Mia seorang ‘filler’ yang tak berapa membantu.

Persembahan adik Buntat sebagai Jibam juga tidak mengecewakan walaupun saya dimaklumkan ini adalah filem pertama beliau. Kredit buat pengarah kerana berjaya membuat adik Buntat menjiwai watak Jibam dengan baik sekali.

Sinematografi filem ini juga sangat cantik. Hasil kerja Indra Che Muda sewajarnya diberikan pujian. Indra berjaya membawa suasana kampung dalam hutan kepada filem Jibam ini. Dan, prop kampung yang terpinggir juga membantu dalam menghidupkan penceritaan filem ini. Saya difahamkan pengarah dan krew berjalan satu Malaysia untuk mencari kawasan paling sesuai untuk prop rumah Jibam dan kedai yang dibina khas untuk filem ini.

Kekuatan utama filem ini pastinya ialah kerana ia adalah adaptasi daripada karya Ujang. Ramai daripada kita pastinya membesar dengan jenama Ujang. Kita pasti pernah bergelak membaca komik karya Ujang dan novel Jibam ini bolehlah kita kira sebagai adikarya Ujang. Punyalah hebat penangan novel ini kerana 100,000 ribu unit telah terjual sepanjang cetakannya.

Diakhirnya, walaupun filem ini bukanlah sebuah filem yang sempurna tetapi ia adalah sebuah karya berkisarkan kekeluargaan yang seronok untuk ditonton. Jadi, apa kata marilah kita sama-sama support filem ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Yusof adalah seorang pembaca seni, falsafah dan budaya.

Leave A Reply