Jiang Shi – Hantu Cina Lompat-Lompat

2,323

Pra-tempah hanya di Shopee

Jiang shi merupakan ma-yat hidup yang muncul dalam kisah rakyat China. Namanya seringkali diterjemah sebagai ‘hantu lompat’. Secara harfiah, ia bermaksud ‘mayat kaku’. Jiang shi sinonim dengan pakaian rasmi Dinasti Qing, di samping postur tubuh dan pergerakannya yang ikonik – tangan didepakan ke hadapan sambil bergerak secara melompat.

Namun, jiang shi adakalanya tampil dengan rupa yang berbeza. Ada yang mempunyai taring, kuku yang panjang, dan keadaan tubuh yang lebih reput berbanding biasa. Kadangkala, kemunculannya diiringi asap hijau yang membangkitkan suasana misteri. Dalam beberapa versi, jiang shi mempunyai kebolehan untuk terbang dan berubah menjadi serigala.

Menurut kepercayaan umum, jiang shi wujud daripada beberapa jenis kema-tian. Antaranya, kema-tian dek bu-nuh diri, terjerut di tali gantung, atau lemas. Kema-tian sebegini kononnya membuatkan roh terperangkap di dalam tubuh, sekali gus mengubahnya menjadi ma-yat hidup. Kema-tian yang tidak disemadikan dengan sebaiknya juga boleh menjadi penyebab ma-yat mendiang bertukar menjadi jiang shi. Begitu juga dengan ma-yat yang dipanah petir atau diduduki haiwan (kebiasaannya kucing).

Legenda urban tentang jiang shi hakikatnya lahir daripada liuk-lentuk buluh tempat keranda mayat diikat untuk diangkut pada waktu malam

Legenda urban tentang jiang shi tidaklah wujud daripada khayalan kosong. Dalam kilat, ada kilau. Dalam dongengan, ada bayangan. Pada zaman Dinasti Qing, ma-yat buruh-buruh China yang meninggal dunia jauh dari kampung diusahakan supaya disemadikan di kampung halaman masing-masing. Kononnya, ia dilakukan supaya roh mendiang dapat bersemadi dengan tenteram.

Mereka yang mengambil tanggungjawab khusus bagi menguruskan pengangkutan ma-yat ini kebiasaannya menyelesaikan kerja tersebut semalaman. Hal ini bertujuan mengelakkan m-ayat daripada mereput, di samping menghindari pertembungan dengan masyarakat setempat. Terserempak dengan ma-yat, menurut mereka, adalah satu petanda malang.

Keranda yang diangkut biasanya diikat pada batang buluh. Ia kemudian diletakkan di atas bahu dua orang lelaki. Jika dilihat daripada jauh, pergerakan buluh yang liuk-lentuk itu saling tidak tumpah seperti ma-yat yang melompat dengan sendiri. Apatahlagi jika ketika itu langit legam, suasana sekeliling pula sunyi dan lengang. Keadaan sebeginilah yang melahirkan legenda urban tentang jiang shi.

Umumnya, jiang shi hanya keluar pada waktu malam. Untuk melangsungkan petualangan dan menambah kekuatan, jiang shi kononnya akan menyerap qi (tenaga hayat) milik manusia hidup. Menurut kepercayaan umum, antara sen-jata mujarab bagi mengelakkan diri dari menjadi mang-sa jiang shi adalah da-rah anjing hitam, cermin, telur ayam, dan air kencing budak lelaki.

Pada 1980an, sosok jiang shi kerap ditampilkan di dalam filem Hong Kong. Seiring peredaran masa, hantu Cina ini kian dikenali menerusi pelbagai medium – komik, animasi, dan rancangan televisyen.

Memasuki 1980an, Jiang shi kerapkali muncul dalam filem Hong Kong

TERJEMAHAN
Wu Mingren. (8 Jun 2016). The Living Dead: Chinese Hopping Vampires. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/myths-legends/living-dead-chinese-hopping-vampires-006050

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.