Kalau cakap pasal jerung, mesti semua fikir ikan besar, gan.as dan bergigi tajam. Sebenarnya, bukan semua jerung begitu. Orang ramai fikir begini kerana pengaruh filem seperti Jaws yang jelas sekali fiksyen.

Dari segi susur galur taksonomi, jerung dikategorikan di tangga keempat iaitu Superorder.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Dalam bahasa saintifik, jerung dinamakan selachimorpha. Jadi senang kata, bukan semua jerung mempunyai sifat blender berenang. Ada saja jerung yang kelihatan comel dan tembam.

Kalau cakap pasal comel dan tembam, mesti semua fikir kucing. Ada sekeluarga jerung yang digelar “jerung kucing” (catshark). Ada juga jerung yang nampak macam gentleman Inggeris, iaitu blue shark.

Tetapi semua jerung ini bersirip. Macam mana kalau jerung mempunyai sayap?

Memperkenalkan jerung helang (aquilolamna milarcae). Sehingga hari ini, tiada siapa pernah tengok jerung ini berenang di lautan.

Lukisan jerung helang yang mempunyai peranan besar.

Kerana jerung ini sudah lama pµpµs. Ada baik juga ia pµpµs – tidak terbayang kalau jerung ini selamba berterbangan untuk menangkap mang.sa. Sebagai penjelasan, jerung helang tidak mampu bersayap.

Tidak semestinya semua haiwan bersayap boleh terbang. Ayam pun bersayap – tetapi berapa ramai pernah tengok ayam dan helang bersabung di langit?

Konsepnya sama juga macam manusia. Bukan semua orang mempunyai otak atau akal. Kalau betul semua ada otak dan akal, mesti masalah pemanduan mabµk takkan sesekali berlaku.

Sambung pasal jerung helang, ikan ini pernah mendiami lautan khususnya di rantau Mexico sekitar 93 juta tahun dahulu.

Lukisan digital yang meluaskan pemahaman tentang jerung helang.

Semasa zaman Cretaceous, jerung helang tidak mendominasi perairan sebagai peman.gsa teratas (apex predator).

Sebaliknya, jerung helang mencari kerja dalam industri sapu sampah saja. Kerana fitrahnya membersihkan air dengan cara memakan zarah makanan dan jirim terapung. Dalam bahasa saintifik, fitrah ini dinamakan filter feeder.

Hari ini ada banyak haiwan yang memenuhi fitrah ini, seperti kepah atau udang (krill). Malah paus baleen juga mengamalkan gaya hidup filter feeder.

Dalam bahasa marhaen, semua haiwan ini ialah ikan majlis perbandaran. Kerana sebelum zaman outsourcing kepada syarikat swasta, pihak berkuasa tempatan akan mengupah tukang sapu sampah.

Itulah kerja jerung ikan. Laut mengupah mereka (tanpa bayaran) untuk mencuci airnya. Mereka menelan haiwan pada plankton, sama seperti ikan pari hari ini. Jerung helang turut hidup di tempat ikan pari.

Mendalami Fitrah Ikan Jerung Helang

Seekor jerung helang sebenarnya lebih lebar daripada panjang. Ikan dewasa boleh mencecah 1.9 meter lebar, dengan panjang hanya 1.65 meter sahaja. Kepalanya kecil, bermoncong panjang bersama mulut yang besar.

Ekornya pula berbentuk seperti jerung moden. Memang rupa fizikalnya sangat pelik, bagaikan fiksyen seperti haiwan-haiwan lagenda pun.

Tetapi ia nyata dan pernah hidup dulu. Jerung helang juga terbukti bukan leluhur pari moden. Sebaliknya, ia berevolusi secara berbeza cuma berkongsi ciri-ciri sama.

Saintis mengenal pasti bahawa jerung helang tidak berenang pantas. Sebaliknya ia terapung perlahan untuk membersihkan laut sama seperti haiwan-haiwan elasmobranch moden.

Sayapnya mungkin mempunyai dua fungsi: 1) pengimbang semasa berenang dan 2) bantu memecut sedikit laju untuk menangkap mang.sa.

Saintis mengenal pasti semua ciri-ciri ini berdasarkan satu fosil yang ditemui.

Fosil jerung helang.

Kekurangan bukti menyukarkan proses pengetahuan secara lebih lanjut. Bukan semua bahagian jerung helang menjadi fosil. Saintis memerlukan gigi untuk meletakkan jerung helang pada kategori sepatutnya.

Tanpa gigi, saintis terpaksa mengenal pasti dengan cara lain seperti membandingkan unsur fizikal lain dengan ciri-ciri jerung moden.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Seperkara lagi, punca kepµpµsan pun masih menjadi tanya tanya besar. Buat masa sekarang, saintis hanya boleh membuat andaian bahawa spesis ini pµpµs kerana sebutir asteroid yang membµnµh dinosaur sekitar 65.5 juta tahun dahulu.

Kerana banyak makanan filter feeder lenyap akibat hentaman asteroid ini. Dan alam semulajadi memerlukan masa selama dua juta tahun untuk pulih secara sepenuhnya.

Lama sebenarnya untuk membaiki semula impak kepelbagaian biologi yang dibin.asakan hanya kerana sebuah batu daripada angkasa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.